Percayalah cakap saya, jikalau anda terlibat dalam proses buat duit Youtube iaitu mengupload video ke YouTube, pasti tidak akan lagi daripada menyunting video betul? Maksud menyunting video adalah proses “edit” video kepada video akhir yang kita mahukan. Jadi kita memerlukan sebuah software video editing yang baik dan selesa untuk kegunaan kita. Tidak kisahlah samada ianya adalah perisian menyunting video di komputer pc atau pada smartphone anda. Masing masing ada pro dan con mereka yang tersendiri. Yang penting anda sendiri berasa selesa dan mudah menggunakannya.
Kenapa perlu edit video? Ini adalah soalan asas. Jawapan yang saya boleh beri adalah, bukan semua video yang anda rakam dan hasilkan itu mempunyai babak scene yang elok. Kadang kala anda mungkin terakan perbualan audio dan video yang kurang menyenangkan tatapan penonton. Maka babak (scene) tersebut perlu dipotong dan dibuang supaua ianya tidak mencacatkan ke seluruhan video tersebut. Contoh mudah, ketika anda rakam video permandangan di satu satu kawasan dan anda terakam aksi tidak elok pasangan remaja. Anda pasti tidak mahu babak berkenaan berada di dalam video yang mahu anda upload betul? Maka proses mengedit dan membuang diperlukan di sini.
Pengalaman Guna Software Video Editing Dari Camtasia Studio
Software video editing hanyalah sebuah alat untuk menyunting video sahaja. Kadang kala ianya menyediakan fungsi terhad dan kadang kala ada software edit video yang menyediakan fungsi yang menyeluruh dan juga teknikal. Jadi bukan semua orang sesuai dan selesa dengan satu satu software suntingan video. Saya suak edit video saya yang simple simple. Jadi video editing software yang asas dan ringan adalah pilihan saya. Jika anda suka untuk meluangkan banyak masa ketika mengedit video untuk memastikan di dalam video anda ada banyak kesan kesan tambahan, maka software video editing yang jenis professional adalah pilihan untuk anda.
Saya adalah jenis orang yang sukakan sesuatu yang mudah dan simple. Namun kalau anda fungsi (features) yang menarik ianya akan menjadi nilai tambah yang bagus. Jadi mana mana software video editing yang mudah digunakan tanpa kita perlu berserabut belajar banyak perkara sebelum boleh menggunakannya adalah terbaik untuk kes saya. Software editing video yang ingin saya perkenalkan adalah CAMTASIA STUDIO.
Semasa saya pertama kali menggunakannya pun berasa tidak kekok. Tekan sana sini pun boleh cepat faham. Tidak rumit dan ianya memang kena dengan apa yang saya mahukan pada sebuah software video editing iaitu mudah. Mudah untuk saya import, cut, paste, combine, masukkan tulisan, edit bunyi audio dan lain lain. Dan mudah pula untuk saya convert video berkenaan kepada satu fail yang baru yang lain format dengan mudah. Malah yang lebih best, software Studio Camtasia sangat kurang menggunakan sumber kad grafik. Jadi kalau pc komputer anda mempunyai spesifikasi grafik yang rendah pun tidak mengapa.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Bercakap tentang spesifikasi ketika menggunakan software video editing dari Camtasia Studio. Spesifikasi minima yang dicadangkan adalah Windows 7, 8, 9 with 64 bit, dual core processor dan 4GB Ram. Tetapi itu sistem pc cadangan minima. Cuma bagi saya, spesifikasi minimanya adalah Windows 10 (64bit), Quad Core processor dan 8GB Ram. Atas sebab itulah kenapa saya membeli pc dengan spesifikasi dari CPU APU AMD Ryzen 5 3400G ini. Dan setelah menggunakannya ianya memang menawarkan prestasi yang baik ketika saya menyunting video tanpa masalah. Ada satu tips pekerja kedai komputer berikan pada saya untuk tips komputer lancar ketika edit video iaitu kena tinggikan jumlah RAM komputer anda.
Ketika menggunakan software video editing dari Camtasia Studio contohnya. Saya dapati ketika proses menyunting, combine dan convert video, penggunaan RAM tiba tiba menjadi lebih tinggi berbanding grafik komputer itu sendiri. Jadi ini membuktikan yang RAM adalah lebih penting ketika anda mahu edit video menggunakan mana mana software video editing. Dan yang paling saya suka dengan software Camtasia Studio ini adalah kebolehan untuk merakam skrin komputer dan memudahkan saya menghasilkan video berasaskan rakaman skrin dengan mudah. Di mana hendak membeli software video editing full version dengan harga murah? Beli sahaja melalui link website online shopping di atas ini. Selamat mencuba.
1 Comment
Oh ok camtasia studio memang salah satu software yang best juga