Setiap bisnes haruslah mempunyai strateginya sendiri supaya bisnes yang dijalankan menjadi maju dan berjaya. Begitu juga jika anda menjalankan bisnes online. Walaupun anda tidak mempunyai kedai fizikal, tidak bererti anda harus mengambil ringan terhadap bisnes anda. Di sini saya akan huraikan tentang Strategi Bisnes Online khusus untuk anda yang menjalankan bisnes online. Kalau anda ingin mengetahui teknik pemasaran internet boleh membaca disini. Mari kita lihat akan tips tips Strategi Bisnes Online yang perlu diketahui oleh anda.
1) Pengiraan Harga Kos/Untung
– Mereka yang menjalankan bisnes online, kebanyakannya tersalah kira harga kos/untung. Mereka hanya kira harga kos+pos sahaja, tanpa mengambil kira hidden charges. Sebagai contoh jika harga kos sehelai baju ialah RM30, adakah anda akan menjual kembali dengan harga RM40? Jangan lupa untuk kira hidden charges seperti minyak kereta anda ketika anda pergi mengambil stok, plastic courier pos laju, free gift dan lain lain.
Tips Dan Panduan Strategi Bisnes Online
2) Simpan Database Customer
– Tujuan menyimpan database customer adalah untuk follow-up kembali jika ada customer yang pernah membuat pertanyaan. Mungkin ada di antara customer yang berminat untuk membuat pembelian, tetapi terlupa akibat kesibukan atau hal lain. Follow-up merupakan 1 kaedah yang berkesan untuk menghasilkan jualan.
3) Mempunyai Sistem Inventori/Prestasi Jualan
– Sistem Inventori amat penting kerana dengan sistem inilah anda akan alert dengan beberapa perkara seperti;
i- produk yang paling laris
Sebagai peniaga yang bijak, anda harus tahu produk mana yang paling laris, dan produk mana yang tidak mendapat sambutan. Ini akan membantu anda untuk membuat pemasaran produk yang betul.
ii- berapa banyak stok yang masih ada
Stok merupakan perkara penting kerana customer akan merasa bosan jika setiap kali ingin membuat pembelian, jawapan yang mereka terima ialah ‘out of stock’. Customer mungkin akan beralih kepada penjual lain jika mereka ingin mendapatkan produk dengan cepat, dan kesannya anda akan kehilangan customer anda. Dengan adanya sistem inventori, anda dapat mengambil langkah yang sepatutnya seperti membuat order apabila hampir kehabisan stok.
iii- waktu bila sales tinggi
Jika anda melakukan bisnes online, ada waktu-waktu tertentu di mana sales anda akan meningkat. Ketika itulah anda harus kerap membuat promosi. Sebagai contoh, anda membuat promosi ketika pukul 8 malam, iaitu waktu di mana customer sedang melayari internet dan hasilnya anda mendapat banyak feedback dan juga jualan. Berbanding dengan jika anda membuat promosi ketika pukul 1 pagi, di mana kebanyakan orang telah pun tidur dan tiada siapa akan memberi respon kepada produk anda. Oleh itu, sistem inventori amat penting supaya anda tidak tersalah waktu ketika membuat promosi sekaligus tidak dapat membuat jualan terhadap produk anda.
4) Pembahagian Masa Sebagai Admin
– Sebagai penjual online, sudah tentu anda mempunyai fanpage anda sendiri sebagai medium untuk mempromosikan produk anda. Tetapi, kebanyakan mereka yang membuat bisnes online terlalu banyak menghabiskan masa sebagai admin fanpage sehingga mengabaikan perkara yang paling penting iaitu ‘MARKETING’.
5) Mempunyai Cashflow
– Dengan mempunyai cashflow, anda akan mengetahui berapa banyak wang masuk, dan berapa banyak pula jumlah wang yang keluar. Ini membantu anda untuk merancang dan menguruskan budget dengan betul.
Kepada peniaga-peniaga online, pastikan anda mengikuti Strategi Bisnes Online ini supaya bisnes online anda berjalan dengan lancar.
8 Comments
satu ilmu yang penting bro..terima kasih kerana berkongsi..
p/s :Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin blog PORTAL ILMU
Salam Ukhuwah dari saya juga
hidden kos wajib diambilkira, mesti beri kesan terutamanya margin untung kecik…
yep, setuju dengan idea hidden kos perlu diambil kira
Betul tu..produk laris dan kurangnya permintaan di sesuatu kawasan…
itulah targetnya
kdanag2 perancangan mmg dan kira baik..tp bila dah execute smua kelaut..huhu..kena ada disiplin yang tinggi …
dan perlu juga ada ilmu