Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Tips › Komputer › Tukar Streamyx Dan Pakai Internet Unifi Lebih Laju

Tukar Streamyx Dan Pakai Internet Unifi Lebih Laju

Review By admin / 2 years ago — Komputer, Produk, Servis/Perkhidmatan, Teknologi, Tips, Wifi Adapter

Sudah bertahun sebenarnya saya menggunakan internet rumah iaitu Streamyx. Dari kelajuan muat turun (download) 1MB kepada 4MB dan yang terkini adalah 8MB. Dan pengalaman menggunakan streamyx ada kelebihan dan kekurangan. Masa zaman zaman dulu streamyx ini baguslah dan popular. Sebab boleh download tanpa had. Bila zaman sekarang ini, orang ramai mula melakukan aktiviti upload video. Maka di sinilah kenapa streamyx mula rasa kekurangan dan sudah sampai masa untuk beralih mengunakan internet rumah yang lebih laju menggunakan fiber optik iaitu unifi pula. Kenapa?

Tahukah anda sebenarnya proses anda melayari internet (browsing) dan menonton video Youtube sebenarnya anda sedang menggunakan kelajuan muat turun iaitu DOWNLOAD SPEED. Sebab itulah kalau anda pengalaman menggunakan internet yang laju dan lancar, anda kena melanggan pakej internet yang mempunyai speed yang laju contohnya 10mbps, 30mbps, 100mbps, 500mbps dan sebagainya. Sangat jarang orang melihat berapakah pula kelajuan memuat naik iaitu UPLOAD SPEED. Ini adalah benar dalam kes tahun tahun sebelum ini.

Pemasangan cable fibre unifi sedang dilakukan

Pemasangan cable fibre unifi sedang dilakukan

Upload Video Guna Unifi Lebih Laju

Cumanya sejak zaman YouTube meletus, ramai orang mula mahu mengupload video di Instagram, Facebook, Whatsapp dan juga di YouTube, maka mereka kena pastikan pakej langganan internet mereka menawarkan kelajuan memuat naik (upload) yang lebih laju. Atas sebab inilah kenapa saya bersetuju untuk beralih dari menggunakan streamyx kepada unifi pula. Kerja kerja mengupload video bersaiz 300MB ketika menggunakan streamyx mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam untuk siap akan tetapi jika menggunakan unifi hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Cepat bukan? Kenapa?

Tahukah anda, kelajuan memuat naik (upload speed) menggunakan streamyx hanyalah 512kbps SAHAJA!!! 1mbps pun tidak sampai. Memang sangat perlahan. Akan tetapi upload speed menggunakan unifi adalah minima 10mbps. Anda lihat beza kelajuan memuat naik antara 2 internet ini. 512kbps VS 10mbps. Sudah tentulah masa yang diambil untuk menghabiskan proses memuat naik video di YouTube misalnya akan cepat siap. Memang saya puas hati sangat sangat.

Ini adalah modem dan router Unifi

Ini adalah modem dan router Unifi

Saya melanggan pakej internet rumah (home fibre) dari Unifi dengan pakej langganan download speed 30mbps dan upload speed 10mbps. Ada kontrak selama 2 tahun. 1 tahun pertama kena bayar RM69 bulanan dan tahun ke-2 pula kena bayar RM89 bulanan sampai bila bila selagi masih menggunakan unifi. Bagi saya ianya sangat berbaloi. Kalau dulu saya bayar RM69 sebulan untuk streamyx cuma dapat speed 8mbps sahaja tetapi kini dengan bayaran yang sama saya boleh dapat speed 10mbps. Memang berbaloilah.

Cara Langgan Unifi Online

  • [ Unifi Home ] – ini adalah laman website untuk anda membuat langganan pakej internet unifi. Daftar sekarang!!!

Satu lagi benda penting yang anda perlu buat adalah melakukan internet speedtest. Ujian ini adalah untuk membuat semakan adakah kelajuan download dan upload di rumah anda itu menepati speed yang mereka iklankan kepada anda. Contohnya di dalam kes saya, saya melanggan unifi lite berharga RM89 sebulan dan ianya menawarkan kelajuan download 30mbps dan kelajuan upload pula 10mbps. Dan selepas ujian speed test dilakukan, memang itulah keputusan yang saya dapat, maka saya berpuas hatilah dengan langganan tersebut.

Ini kerana ada ramai juga yang tidak tahu cara untuk check speedtest internet mereka. Ada yang langgan 30mbps, tapi bila di check rupanya hanya dapat 15mbps sahaja. Jadi rugilah anda bayar untuk pakej tersebut tetapi tidak dapat apa yang ditawarkan. Jadi pengguna kena bijak juga. Di atas ini adalah video speedtest internet yang saya lakukan di rumah saya. Namun berbalik kepada keperluan semasa anda juga. Seperti saya, sebenarnya sudah selesa dengan download speed 8mbps streamyx. Cumanya saya mahukan upload speed yang lebih pantas, maka unifi adalah pilihan terbaik. Saya sudah guna dan pakai unifi. Secara keseluruhan adalah terbaik. BYE!!!

Related posts:

Simkad Unifi AirPakai Internet TM Unifi Air Wireless Broadband Ini adalah keputusan TM Streamyx speed test untuk Streamyx 8MB di rumah sayaTM Streamyx Speed Test Download Dan Upload Bila langgan pakej internet, sila lihat download speed dan upload speed seperti iniApa Beza Download Dan Upload Speed

daftar unifi guna unifi langgan unifi pakai unifi unifi unifi download speed unifi Malaysia unifi speedtest unifi terbaik unifi upload speed

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

User Reviews and Comments

  1. titan says
    20/04/2021 at 2:16 am

    unifi tempat aku memang laju.

    cuma aku dah tak pakai kat rumah. sebab port penuh.

    haha

    Reply
  2. mrhanafi says
    22/04/2021 at 1:25 pm

    saya guna broadband wifi dari telefon sahaja..

    kalau di pejabat saya guna LAN sahaja.

    memamg super laju tetapi tidak boleh bukak Youtube hehehe

    Reply
  3. Media Klik says
    22/04/2021 at 1:44 pm

    saya guna yg ni dulu tapi dah terminate sebab dah pindah rumah sewa lain. so sekarang dah setahun guna unifi bebas 35 ringgit sebulan.
    apa apaun tetap setia dengan TM bro

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in