Strok adalah sejenis penyakit yang menyerang saraf-saraf di bahagian otak. Serangan ini disebabkan oleh pengaliran bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh badan. Fungsinya adalah untuk mengawal setiap perbuatan yang kita lakukan atau perkara yang kita fikirkan di samping mengawal fungsi-fungsi lain seperti pernafasan. Untuk mengawal seluruh fungsi tubuh badan, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan tidak dapat dialirkan ke bahagian-bahagian otak.
Maka, sel-sel otak juga akan kekurangan oksigen dan nutrient. Bahagian- bahagian otak yang berkenaan juga akan mati, dan pesakit akan mula diserang strok. Kerosakan otak ini akan menjejaskan deria-deria, pertuturan dan pemahaman bahasa. Manakala sebelah tubuh badan mungkin lumpuh. Sikap, corak pemikiran dan ingatan juga akan mula berubah bergantung pada tahap kondisi pesakit.
Jenis Dan Gelaja Penyakit Strok
Kebiasaannya, strok akan menyerang secara tiba-tiba ekoran tanda-tanda serangan strok tidak dapat dilihat dari fizikal. Pesakit berkemungkinan tidak menyedari akan tanda-tanda serangan awal strok. Ianya juga merupakan sebab utama pesakit kehilangan keupayaan yang teruk dan juga merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Dalam setahun, dianggarkan seramai 40,000 orang rakyat Malaysia yang diserang strok.
Penyakit ini tidak memilih pesakit. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira muda atau tua. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Akan tetapi, kumpulan majoriti yang diserang strok adalah kalangan orang-orang dewasa.
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Strok iskemia atau lebih dikenali sebagai mini stroke adalah tanda-tanda awal serangan strok. Nama saintifiknya adalah Transient Ischemic Attack (TIA). Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang peraliran darah, menyebabkan pembentukan ketulan-ketulan darah beku lalu mengganggu pengaliran darah ke otak.
http://www.youtube.com/watch?v=NtNgJHm9imU
Gejala-gejala strok iskemia amat serupa dengan strok yang sebenar. Tetapi tidak seperti strok yang serius. Gejala akan muncul kurang dari 24 jam dan pulih sepenuhnya setelah beberapa hari selepas itu.
Serangan iskemia ini adalah petunjuk bahawa sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. Ini berbahaya untuk pesakit. Setelah berlakunya gejala-gejala seperti ini, pesakit perlu melaporkan kepada pakar perubatan dengan segera bagi mengelakkan terjadinya strok yang serius.
Antara Gejala- Gejala Strok
1. Wajah tidak bermaya.
2. Kesemutan di lengan yang kerap.
3. Kesukaran untuk bertutur.
4. Kehilangan keseimbangan tubuh badan.
5. Sakit kepala yang berdenyut secara tiba-tiba.
6. Kehilangan memori jangka pendek.
7. Hilang keupayaan penglihatan.
Untuk mengelakkan dan merawat strok, pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berlemak dan beralkohol. Merokok juga perlu dielakkan untuk menangani masalah strok. Selain itu, pesakit digalakkan banyak bersenam dan beriadah untuk meregangkan otot dan saraf agar peraliran darah kembali teratur.
4 Comments
Serangan stroke ibarat silent killer. Boleh berlaku tanpa sedar.
itulah yang digerunkan, kalau boleh kita kalau ada x kena ja sebaiknya terus pi buat check-up
bab strok ni, memang bahaya beb.
anytime je leh kena kalau kita tak jaga badan kita.
risau dengan penyakit sekarang nih