Anda mahu berhenti kerja. Adakah anda kecewa apabila syarikat tidak memberikan kenaikkan gaji bagi anda yang lama bekerja? Ketiadaan kenaikkan gaji walaupun sedikit memang mengecewakan. Mungkin juga majikan atau bos anda tidak mahu memberikan gaji “counter offer” yang anda mahukan melainkan hanya sedikit kenaikkan yang bagi anda tidak berbaloi. Mungkin anda sedang mendapat tawaran yang agak baik dari syarikat lain. Atau mungkin apa jua alasan anda, ada kini sedang mencari akan contoh surat perletakan jawatan bagi berhenti kerja secara baik dan telah tetap hati mahu “resign”.
Ini lumrah. Pertukaran kerja untuk mencari yang sesuai dengan “tujuan” kita berdasarkan lokasi, persekitaran dan juga gaji adalah faktor utama kenapa seseorang itu sering bertukar tempat kerja. Dan keadaan ini adalah suatu fenomena yang biasa bagi yang bekerja di dalam sektor swasta. Majikan dan pekerja sudah faham akan keadaan ini. Malah tidak pelik ada majikan yang menyokong kita untuk bertukar tempat kerja kerana faktor gaji yang lebih baik berbanding tempat semasa.
Surat Perletakan Jawatan Swasta
Dalam dunia pekerjaa sektor swasta. Bertukar tempat kerja untuk kenaikkan gaji adalah lebih cepat berbanding terus bekerja dengan syarikat yang sama. Saya pernah menulis tentang notis berhenti kerja yang mana menceritakan lebih detail tentang faktor gaji ini. Maaf saya tidak tahu akan apa tujuan anda untuk mencari Surat Perletakan Jawatan ini. Pada pendapat saya ianya selalunya kerana faktor yang saya sebutkan tadi. Mungkin anda ada alasan tersendiri yang lain yang mungkin anda boleh kongsikan dengan kami melalui ruangan komen dibawah ini.. 🙂
Kita berbalik kepada hajat anda yang singgah di artikel ini iaitu sedang mencari Surat Perletakan Jawatan yang boleh anda ambil untuk mendapatkan idea akan bentuk surat tersebut. Khas buat anda, anda tidak perlu membuat Surat Perletakan Jawatan ini dari awal. Saya telah sediakan untuk anda. Anda hanya perlu memuat turun, edit maklumat dan isikan dengan maklumat diri anda di samping niat anda untuk berhenti kerja berdasarkan sebab sebab anda sendiri. Mudah bukan. Silakan download contoh Surat Perletakan Jawatan melalui link di bawah. Sekian
4 Comments
setakat ni puteri pernah sekali je tulis surat perletakan jawatan
saya pun
perlu ke seseorang (A) tu letak jawatan andai kata dia seorang pekerja y jujur tapi disebabkan rasa tak puas hati dari staff lain y sering sebar fitnah berkaitan A, memaksa A utk berhenti
jika itu yg terbaik.. rezeki itu luas.. A kena mencari alternatif jalan rezeki lain, demi masa depan hidup yg lebih sihat..