Sebulan lepas isteri ada melanggan pakej pembelajaran online iaitu Monkey Stories khas untuk kanak kanak. Isteri mahu anak kami yang berumur 3 tahun untuk minat belajar dan dapat kurangkan beliau menonton kartun di tv. Cumanya pembelajaran awal kanak kanak menggunakan komputer terasa kurang praktikal kerana anak kami tidak pandai untuk menggunakan tetikus komputer. Kami pun buatlah carian di internet berkenaan tablet yang berharga murah iaitu bawah RM1000 dan akhirnya kami memilih untuk membeli Realme Pad. Kenapa?
Isteri cadangkan saya untuk beli sahaja tablet murah bawah RM700 kalau ada. Lagipun ianya hanya untuk anak kecil kami sahaja. Tidak perlu tablet yang hebat hebat pun. Hasil carian dan survey menemukan saya dengan tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite, Oppo Pad, Lenovo Tab dan juga Realme Pad. Saya tolak siap siap Samsung Galaxy A7 lite kerana penggunaan skrin TFT yang bagi saya tidak cantik. Saya tolak Oppo Pad kerana terlalu mahal. Akhirnya hanya tinggal Lenovo Tab dan juga Realme Pad sebagai perbandingan berdasarkan saiz skrin dan harga yang lebih kurang sama.

Tablet Realme Pad murah bawah RM1000
Realme Pad Sebuah Tablet Murah Berbaloi
Untuk info anda, Lenovo Tab menggunakan pemproses cpu dari Mediatek Helio P22T. Sedangkan Realme Pad menggunakan pemproses cpu dari Mediatek Helio G80. Kalau anda buat perbandingan untuk kedua dua spesifikasi pemproses cpu ini, maka anda akan dapati Mediatek Helio G80 adalah lebih hebat. Jadi untuk tablet yang harganya lebih kurang sama, sudah tentulah saya akan pilih untuk membeli tablet yang menggunakan cpu yang lebih baik. Maka inilah sebab pertama dan asas kenapa akhirnya saya memilih Realme Pad. Harap jelas ya.
Sebenarnya saya sendiri adalah pengguna produk dari Xiaomi. Oleh kerana sudah pakai banyak siri Xiaomi, saya dapati yang produk dari negara China ini semakin lama semakin baik, berkualiti dan yang lebih best mereka jual dengan harga mampu milik. Antara jenama produk smartphone yang semakin naik dan menghampiri kualiti produk keluaran Xiaomi dengan kaedah jualan harga yang murah adalah dari brand Realme. Inilah sebab kedua kenapa saya berasa yakin untuk memilih tablet dari Realme. Dan selepas melihat spesifikasi, bertambah jelaslah yang saya memang patut beli Realme Pad.

Spesifikasi Realme Tablet 10.4 inch
Spesifikasi Tablet Realme Pad
- Skrin 10.4 inci (LCD IPS)
- CPU Mediatek Helio G80 (12nm)
- 4GB RAM (memory) + 64GB ROM (storage)
- Kamera belakang 8MP + kamera depan 8MP
- 4 speaker stereo dengan kualiti Dolby Atmos
- Ada LTE iaitu boleh masukkan simkad
- Bateri 7100 mAh
- Fast charging 18W + reverse charging
Di atas ini adalah kelebihan utama yang perlu anda tahu tentang tablet Realme Pad ini. Saya akan ulas secara ringkas sebab kenapa anda patut beli Realme Pad ini untuk sebuah tablet yang berharga RM870 (2022) ini.
Tablet Realme dengan skrin bersaiz 10.4 mempunyai saiz skrin yang agak besar tetapi tidak terlalu besar. Anda kena faham ranking skrin ya. Paling rendah adalah skrin yang menggunakan teknologi TFT. Skrin sederhana baik adalah dari jenis IPS LCD dan yang paling bagus sekali dari dari jenis AMOLED. Oleh kerana Realme Pad menggunakan skrin jenis IPS LCD, saya sendiri merasakan sudah cukup memadai. Skrin kelihatan cantik.

Bonggol kamera belakang tablet Realme 10.4
Pemproses cpu Helio G80 ini bukanlah sebuah cpu yang terbaik. Ianya adalah cpu dari kategori sederhana baik. Tetapi kalau anda bandingkan sebuah tablet dengan harga yang lebih kurang sama, cpu Helio G80 adalah paling terbaik. Realme Pad dijual mengikut kategori saiz RAM dari 3GB atau 4GB atau 6GB ram. 3GB bagi saya kurang cukup. Kalau ambil yang 6GB pula tablet akan jadi mahal. Jadi 4GB ram adalah memadai. Masih ada rasa lag namun tidak ketara dan pengalaman ketika menggunakan adalah masih sangat memuaskan.
Hasil tangkapan gambar dan rakaman video adalah memuaskan walaupun bukan yang terbaik. Kekurangannya adalah kerana tidak ada ciri penstabil imej. Jadi hasil rakaman video akan menjadi kurang stabil dan nambak bergegar kalau tangan anda ketika merakam video terlalu banyak bergerak. Namun jangan bimbang, hasil tangkapan gambar dan rakaman video masih jelas dan cantik. Tidak berlaku gambar atau video nampak malap. Masih jelas walau bukan yang terbaik.

Realme Pad menggunakan 4 speaker stereo Dolby Atmos yang sedap
Realme tab 10.4 inch ini menawarkan 4 speaker stereo. Dan yang lagi best ianya menggunakan speaker jenis Dolby Atmos. Bila ada brand dolby armos, anda jangan bimbang. Kualiti bunyi adalah kuat dan sedap. Kalau anda tonton video atau mendengar lagu, memang mengasyikkan.
Biasanya tablet akan dijual dari dua versi iaitu versi WIFI dan juga LTE. Kalau yang versi LTE, anda boleh pasang simkad. Realme Pad ini ada fungsi LTE 4G ya dan bukannya 5G. 4G pun dah berbaloi sangat. Biasanya 5G lebih sesuai untuk sebuah smartphone. Jadi tidak ada isu sangat untuk sebuah tablet ini ada 5G atau tidak. Dan anda boleh pasangkan simkad. Jadi bolehlah anda buka internet kalau anda bawa tablet ini di luar rumah seperti di highway ketika balik kampung dan juga boleh membuat panggilan call. Hendak buat video call pun boleh. Jadi memang berbaloilah.

Realme Pad ada sim tray untuk masukkan simkad
Sesebuah tablet di anggap sedap ketika menggunakannya kalau ada kapasiti bateri yang besar. Maklumlah kalau anda suka main game atau tonton video, anda mesti hendak guna dalam tempoh yang agak lama. Kapasiti bateri untuk tablet Realme 10.4 inci ini menawarkan bateri sebesar 7100mAh. Jadi memang berbaloilah beli.
Website Untuk Beli Tablet Murah Bawah RM1000
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Akhir sekali, tablet Realme Pad ini juga ada fast charging 18W dan juga reverse charging. Fast charging adalah untuk mengecas tablet dengan lebih cepat. Maklumlah saiz bateri sebesar 7100mAh, jadi kalau hendak cas pastilah akan ambil masa yang lama. Dengan teknologi pengecas pantas 18W ini, dapatlah cas bateri tablet Realme 7100mAh dengan sedikit lebih cepat. Maksud reverse charging adalah kebolehan untuk mengecas bateri perkakas elektrik yang lain. Contoh Realme Pad anda masih ada cas bateri sebanyak 50%. Dan bateri smartphone anda tinggal 1% sahaja. Jadi anda boleh mengecas bateri smartphone anda menggunakan kuasa bateri yang ada di dalam bateri tablet Realme Pad anda ini. Menarik bukan?
Akhir sekali, apa yang saya rasa setelah menggunakan tablet Realme Pad ini? Saya beli tablet ini hanya untuk anak sahaja. Akan tetapi rupa rupanya tablet Realme ini berikan lebih dari apa yang kami mahukan. Saya sendiri telah menggunakan tablet ini untuk menonton Netflix dan juga YouTube. Memang puas hati. Anak saya nampak suka gunakan tablet ini untuk bermain sambil belajar ketika menggunakan tablet ini. Saya boleh berikan review skor 8/10 untuk sebuah tablet dari Realme ini. Harga bawah RM1000? Memang berbaloi sangat sangat. BYE!!!.
Leave a Reply