Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP
    • Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student
    • Beli XRP Dan XLM Dan Simpan Di Ledger
    • Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank
    • Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet
    • Penapis Udara Storm Coway
    • Akaun Simpanan Maybank Yippie Untuk Kanak Kanak
    • Prestasi Saham Selepas Sebulan Guna Gotrade Malaysia
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest RSS
    MyRujukan
    Leaderboard Ad
    • Home
    • About Me
    • Contact Me
    • Privacy Policy
    MyRujukan
    You are at:Home»Info»Hantar Anak Ke Tadika Swasta Nur Cemerlang

    Hantar Anak Ke Tadika Swasta Nur Cemerlang

    0
    By admin on 15/03/2023 Info, Pendidikkan

    Dulu dulu biasanya anak kecil berumur 6 tahun akan dimasukkan ke sekolah tadika milik kerajaan. Bila zaman berubah, semakin ramai orang, maka sekolah tadika yang biasa tidak dapat menampung kemasukkan pelajar baru. Maka ketika inilah mula banyaknya tadika swasta tumbuh bagaikan cendawan. Malah saya boleh katakan yang tadika swasta memberikan lebih banyak kelebihan berbanding tadika kerajaan dari segi skop pembelajaran perkembangan awal kanak kanak. Sebab itulah saya memilih sekolah tadika Nur Cemerlang. Kenapa?

    Bukanlah sekolah tadika kerajaan tidak bagus. Cumanya salah satu sebab kenapa para ibu bapa memilih sekolah tadika jenis swasta adalah kerana kita mahukan anak kita untuk mula cepat pandai belajar kenal huruf, nombor, boleh membaca, boleh mengikut arahan dan sebagainya sebelum mula sesi persekolahan sebenar di sekolah rendah darjah satu nanti. Mudah cerita ini cumalah usaha ibu bapa bagi memastikan anak tidak ketinggalan ilmu asas bila masuk ke sekolah rendah nanti. Tadika swasta biasanya menyediakan modul pembelajaran yang agak baik dan serius berbanding tadika awam biasa.

    Sekolah Tadika Nur Cemerlang Kindergarten
    Sekolah Tadika Nur Cemerlang Kindergarten

    Tadika Nur Cemerlang Penang (English & Islamic Kindergarten)

    Namun samada kanak kanak cepat atau lambat untuk belajar juga bergantung kepada kanak kanak itu sendiri dan juga para ibu bapa ketika di rumah. Ada sahaja kanak kanak yang ke tadika kerajaan namun ada pendidikan awal kanak kanak yang para ibu bapa terapkan ketika di rumah. Jadi kanak kanak tersebut jadi cepat belajar juga. Kadang kadang kanak kanak juga belajar dari pergaulan dengan kawan kawan sebaya dan juga penggunaan teknologi seperti smartphone dan tablet seperti menonton YouTube Kids, Netflix Kid dan juga Monkey Stories.

    Anda pasti bersetuju dengan saya kalau saya katakan pada zaman moden ini yang mana kebanyakkan para ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga. Ini menyebabkan para ibu bapa ini kekurangan masa dan tenaga untuk mendidik anak di rumah. Paling tidak, balik rumah main handphone. Anak pun seperti tidak ada hubungan (bonding) yang kuat dari para ibu bapa. Bukan semualah, tetapi kebanyakkan begitu. Hasilnya anak jadi lambat perkembangan mental dan fizikal. Jadi paling tidak apabila hantar anak ke tadika dengan umur masih awal, maka perkembangan anak paling tidak akan hampir selari dengan kanak kanak lain.

    Di kawasan rumah saya, ada tadika Brainy Bunch, Little Caliphs dan juga Nur Cemerlang. Alasan paling utama kenapa kami memilih Tadika Nur Cemerlang adalah kerana lokasi yang mudah untuk kami hantar dan ambil anak kami ketika kami mahu pergi kerja. Mudah cerita, tadika Nur Cemerlang adalah dalam laluan yang sama untuk isteri saya ke tempat kerja. Jadi senang untuk hantar dan ambil. Ini adalah alasan utama kami.

    Jadual pembelajaran dan yuran pendaftaran Tadika Nur Cemerlang Pulau Pinang
    Jadual pembelajaran dan yuran pendaftaran Tadika Nur Cemerlang Pulau Pinang

    Bayaran Yuran Nur Cemerlang (2023)

    1. [ NurCemerlang ] – Link pendaftaran. Sila hubungi pihak tadika berdekatan untuk booking tempat terlebih dahulu.
      • Pakej Akademik (7 pagi – 12 tgh hari) – yuran bulanan RM350
      • Pakej Separuh Hari (7 pagi – 3 ptg) – yuran bulanan RM450
      • Pakej Sepenuh Hari (7 pagi – 6 ptg) – yuran bulanan RM580

    Ke semua yuran pendaftaran adalah RM1000. Yuran semester kedua pula adalah RM350/360. Kelas bermula pada 8.00 pagi dan anda boleh ambil anak anda selewat lewatnya pada pukul 6.30 petang. Lain lain perkara seperti hari sukan, hari graduasi, gambar graduasi, lawatan sambil belajar dan lain lain aktiviti tambahan akan dikenakan bayaran yuran berasingan.

    Baiklah, sekarang saya cerita dari pengalaman saya sendiri ya. Saya ambil pakej sepenuh hari untuk anak saya kerana kami suami isteri bekerja dan balik pukul 6 petang. Sekolah Nur Cemerlang menawarkan makan kepada ke semua kanak kanak. Untuk anak anak yang memilih dalam makan seperti kurang makan, tidak suka sayur, tidak suka pedas dan lain lain, dinasihatkan untuk para ibu bapa menyediakan (bawa bekal) kepada anak masing masing.

    Anak saya berumur 4 tahun seronok bersekolah di Nur Cemerlang Penang
    Anak saya berumur 4 tahun seronok bersekolah di Nur Cemerlang Penang

    Setiap bulan, jika ada tarikh lahir dari mana mana kanak kanak dalam bulan tersebut, maka sekolah tadika Nur Cemerlang akan membuat sesi meraikan hari jadi kepada kanak kanak tersebut. Jadi para ibu bapa boleh terlibat untuk menyediakan juadah makanan. Dan kanak kanak akan ke tadika dengan mengenakan pakaian mengikut tema yang diberikan. Tidak diwajibkan untuk mesti memakai pakaian ikut tema, tetapi boleh ikut kalau mahu. Pakai pakaian yang biasa dan sopan pun boleh. Terpulang.

    Jadual Kelas Tadika Nur Cemerlang

    • 7 am – 7.40 am – Arrival & Dhuha Prayer
    • 7.40 am – 8.00 am – Morning circle
    • 8.00 am – 10.00 am – CLASS START
    • 10.00 am – 10.30 am – Breakfast
    • 10.30 am – 12.00 pm – Science Project
    • 12.15 pm – 1.00 pm – Lunch
    • 1.00 pm – 1.40 pm – Shower
    • 1.40 pm – 2.00 pm – Prayer
      • 1.40 pm – 3.00 pm – Academic Tutoring & Al Barqy Class
      • 2.00 pm – 3.15 pm – Rest/Nap
    • 3.15 pm – 4.00 pm – Snack Time
    • 4.00 pm – 4.45 pm – Academic Tutoring & Al Barqy Class
    • 4.45 pm – 5.30 pm – Evening Extra Class
    • 5.30 pm – DISMISS (no later than 6.30 pm)

    Biasanya para ibu bapa zaman kini mahukan anak mereka terdedah dengan Bahasa English dan juga aktiviti Islamik. Jadi jangan risau ya. Sekolah Nur Cemerlang Kidergarten memang menawarkan pembelajaran anak anda dalam subjek english dan islamik.

    Aktiviti sambutan hari lahir setiap kanak kanak di tadika Nur Cemerlang secara bulanan
    Aktiviti sambutan hari lahir setiap kanak kanak di tadika Nur Cemerlang secara bulanan

    Maaf, saya tidak boleh menulis dan berkongsi lebih banyak info berkenaan tadika swasta Nur Cemerlang. Ini kerana penulisan ini hanyalah penulisan awal sepanjang anak saya sudah bersekolah selama 1 bulan. Sebelum terlupa, tadika Nur Cemerlang menerima pengambilan kanak kanak dari umur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Jangan bimbang kalau anank belum pandai makan suap sendiri, pakai baju sendiri dan masih pakai lampin pakai buang (pampers). Ke semua cikgu terlatih yang akan melakukan semuanya. Ibarat kita hantar anak ke rumah pengasuh tetapi anak boleh belajar dalam masa yang sama. Terbaik. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    admin
    • Website
    • Facebook
    • Twitter

    Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

    Related Posts

    Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP

    Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank

    Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet

    Leave A Reply Cancel Reply

    Copyright © 2023 ThemeSphere. Powered by WordPress.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.