Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Tempat Menarik › Perlancongan › Berbaloi Ke Pergi Taman Burung Penang

Berbaloi Ke Pergi Taman Burung Penang

Review By admin / 2 years ago — Perlancongan, Tempat Menarik

Salah satu tempat berjalan jalan bersama keluarga yang juga murah ketika hari cuti di Pulau Pinang adalah di Taman Burung Penang. Saya sudah duduk lama di negeri Pulau Pinang sejak zaman bujang dan memang tidak pernah pergi ke sini. Hanya selepas berkahwin sahaja saya ke sini itupun selepas isteri mengajak ke sana. Itu adalah kisah 2 tahun lalu. Dan pada kali ini kami ke sini lagi selepas mempunyai anak bersama adik ipar dan juga mertua. Agak berpuas hati juga ke sini. Jom baca.

Taman burung di Pulau Pinang ini terletak di Seberang Jaya. Ianya dibuka dari jam 9 pagi – 7 petang. Ianya dibuka setiap hari termasuk hari minggu dan juga cuti umum. Harga tiket adalah RM28 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Salah satu yang menarik di sini adalah ada pertunjukkan burung dan ianya hanya pada pukul 11 pagi – 3.30 petang sahaja. Seperti biasa, di tempat seperti ini ada dijual makanan, minuman dan cenderahati. Ok faham ya.

Harga tiket untuk masuk ke Penang Bird Park

Harga tiket untuk masuk ke Penang Bird Park

Bercuti Hujung Minggu Di Taman Burung Penang

Ok, apa yang ada di taman burung Penang ini? Bila sebut taman burung, sudah tentulah ianya ada sangat banyak jenis burung betul? Dan ianya adalah benar. Memang seronok ke sini. Boleh lihat pelbagai jenis spesis habitat burung. Dari burung yang kecil hingga kepada yang besar. Binatang selain burung pun ada seperti ikan, buaya yang juga ular. Akan tetapi 90% adalah binatang burung. Dengan penjagaan (maintenance) yang baik, kita boleh lihat yang taman burung Pulau Pinang ini memang diselenggara dengan baik.

Persekitaran Taman Burung di Pulau Pinang ini memang bersih dan kemas

Persekitaran Taman Burung di Pulau Pinang ini memang bersih dan kemas

Jangan keliru ya kalau ada yang sebut taman burung Penang ini sebagai Penang Bird Park. Ianya sama sahaja. Yang seronoknya, harga tiket bukanlah RM28 sekepala untuk dewasa, tetapi hanya RM14 sahaja dan ianya promosi sehingga December 2020. Teringat saya ketika ke taman burung 2 tahun lalu, harga tiket seorang adalah RM23. Bila tengok harga tiket terkini sudah naik harga menjadi RM28 seorang. Mungkin kerana faktor Covid-19 yang belum selesai, maka harga promosi diskaun diberikan iaitu sebanyak RM14 sahaja.

Burung Flamingo lawa lawa kat Taman Burung Penang ni

Burung Flamingo lawa lawa kat Taman Burung Penang ni

Baiklah, apa yang menarik di taman burung Penang ini? Bagi saya ianya menarik kepada anda yang suka melihat binatang seperti burung seperti saya. Bila kita suka, dapat pula melihat pelbagai jenis habitat burung dari yang kecil sehingga yang besar memang memberikan kepuasan. Malah ada burung yang sebelum ini hanya dapat lihat dikaca tv seperti burung enggang dapat kita lihat sendiri depan mana di sini.

Puas hati pengalaman ke Taman Burung Penang ini

Puas hati pengalaman ke Taman Burung Penang ini

Di sini, salah satu yang menarik yang saya suka ada satu sangkar besar, kita boleh masuk, beli makanan burung RM1 dan boleh berikan pada burung yang sangat banyak di situ. Banyak burung yang jinak jinak yang datang dekat dan makan makanan yang dikhaskan yang kita berikan. Satu momen yang menarik bagi saya dan juga orang lain. Hendak pegang pun boleh. Owh sebelum terlupa, anda juga boleh memegang burung hantu yang jinak dan bergambar dengannya. Saya kongsikan gambar tersebut dengan anda di atas ini ya.

Sesuai bawa anak belajar tentang burung di sini

Sesuai bawa anak belajar tentang burung di sini

Persediaan Percutian Ke Pulau Pinang

  • PenangBirdPark – website rasmi tentang Taman Burung Pulau Pinang
  • Lokasi Google Maps – lokasi alamat berdasarkan Google maps
  • Agoda – cari hotel di sini
  • Homestay – cari homestay di sini

Jujur cakap tempat ini sesuai untuk memberikan pendedahan kepada anak anak tentang binatang dan saya pasti anak anda pun akan suka melihat burung burung yang ada di sini. Sambil berjalan jalan boleh tambah ilmu pengetahuan betul tidak. Hendak bergambar kenangan pun boleh. Memang cantik kawasan ini bagi saya.

Antara burung yang cantik bagi saya adalah burung flamingo. Burung yang cantik, berwarna merah jambu dan hiasan kawasan siap dengan air terjun menambahkan lagi kecantikkan permandangan ketika melihat burung flamingo ini. Kepada anda yang mencari tempat untuk bercuti bawa anak anak berjalan, rasanya taman burung Penang ini memang sudah lebih dari sesuai untuk keluarga anda. Marilah ke sini. Saya pasti anda tidak akan kecewa. Selamat bercuti ke Pulau Pinang.

Related posts:

Pintu masuk hadapan Taman Burung Pulau PinangTaman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park) Anak anak burung unta di ladang ostrichLadang Ostrich Dan Telur Burung Unta Entopia Penang Butterfly FarmEntopia – Taman Rama Rama Pulau Pinang

Harga Tiket Penang Bird Park Menarik Di Penang Bird Park Penang Bird Park Taman Burung Penang Taman Burung Penang Bird Park Taman Burung Pulau Pinang Waktu Operasi Penang Bird Park

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in