Adakah anda sedang mencari rumah? Ingin membeli rumah? Sejak 5 tahun lepas, bandar kluang mula berkembang dengan sangat pantas. Projek pembangunan di mana mana. Antara yang ketara projek pembinaan yang giat di lakukan adalah projek pembinaan pasaraya dan juga taman perumahan. Suka saya maklumkan yang projek taman Perumahan Baru Di Kluang yang sangat giat di bangunkan adalah di Taman Seri Impian Kluang Johor. Satu kawasan hutan tebal dari perladangan kelapa sawit yang telah ditebang untuk projek perumahan mega dibawah syarikat Matrix Concept Sdn Bhd.
Tahniah kepada Matrix Concept Sdn Bhd untuk projek taman Perumahan Baru Di Kluang yang terbesar ini. Dari pembinaan rumah kos rendah kepada rumah super mewah. Taman Seri Impian boleh dikatakan sebuah projek perumahan yang sangat panas (hot) dan mendapat permintaan tinggi. Malah sehingga kini ianya masih terus menerus membuat perumahan fasa baru. Yang menariknya, fasa terbaru lebih cantik dan lebih moden akan gaya reka bentuknya. Sudah tentu harga semakin tinggi.
Perumahan Baru Di Kluang Johor
Projek Perumahan Baru Di Kluang untuk Taman Seri Impian ini sangat sesuai untuk pelaburan. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana harga rumah yang dijual setahun lalu tidak sama untuk tahun terkini. Perbezaan sangat ketara. Ianya berita gembira buat pembeli rumah yang awal. Sedangkan projek masih lagi berjalan dan juga banyak benda yang masih lagi belum dibina. Masjid, sekolah, balai polis masih lagi belum dibina. Jika ini siap, maka kawasan perumahan akan jadi lengkap dan harga rumah pasti akan terus melonjak naik.
Ura ura mengatakan ada projek mendatang untuk Taman Seri Impian ini untuk menerima pintasan laluan lebuhraya (highway) melalui taman perumahan ini. Jika ini benar, maka sudah tentu Perumahan Baru Di Kluang ini bakal menjadi satu lokasi yang paling strategik dan sibuk. Peningkatan trafik laluan akan menjadikan Taman Seri Impian menjadi bertambah mahal. Sebab itulah saya katakan Taman Seri Impian ini adalah sebuah tempat pelaburan yang paling baik untuk jangka panjang.
Kepada yang mencari rumah tidak kira apa tujuan samada untuk duduk ataupun tujuan pelaburan. Saya nasihatkan anda untuk mendapatkan rumah di Taman Seri Impian ini secepat mungkin. Saya suka dengan suasana taman perumahan ini. Kawasan yang tidak terlalu bandar ini menyebabkan suasananya agak santai buat penduduk. Sebuah taman Perumahan Baru Di Kluang yang paling terancang setakat ini dengan keluasan yang paling luas. Diharap Taman Seri Impian bakal menjadi lokasi paling dominan diantara mana mana taman Perumahan Baru Di Kluang Johor ini. Terbaik..
Kepada Pembeli Rumah Taman Seri Impian. Sila sertai komuniti group sosial untuk mengikuti dan mengetahui status berita terkini tentang Taman Seri Impian ini di sini – https://www.facebook.com/groups/508273165868734/