Saya adalah pengguna insurans hayat iaitu “Life Takaful” dari Syarikat Takaful Malaysia (STMB) sejak 2 tahun lalu. Dan kebetulan pada tahun 2018 ini, pihak STMB telah menamatkan program life takaful mereka dan hanya menawarkan pakej perlindungan insurans yang lain lain. Dan kebetulan pula, bayaran premium yang perlu saya bayar sebelum ini naik dari RM130 kepada RM170 sebulan. 2 kejutan ini membuatkan saya terfikir apakah patut untuk saya terus mengekalkan pelan perlindungan ini bersama Takaful Malaysia. Selepas membuat perbincangan dan bacaan, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dan membatalkan pakej life takaful dari STMB ini.
Pakej life takaful yang ditawarkan oleh TakafulMalaysia sebelum ini iaitu Takaful MyGen Life tetap diteruskan. Cumanya, penawaran untuk ahli baru tidak lagi dibenarkan. Sebagai pengguna, saya merasakan yang pakej takaful yang saya ambil ini berasa seperti bukan lagi produk premium utama. Ianya terasa seolah olah seperti produk sampingan yang bila bila masa sahaja Syarikat Takaful Malaysia bersedia menerima pembatalan dari ahlinya secara suka rela. Saya tidak bermaksud yang STMB mengatakan demikian. Ini hanyalah luahan dari diri saya sendiri sebagai pengguna yang setia sebelum ini.

Proses untuk membatalkan polisi insurans dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Bagaimana Membatalkan Polisi Insurans Takaful Malaysia
Saya telah membuat panggilan telefon kepada Syarikat Takaful Malaysia dan mengatakan hasrat untuk menamatkan polisi Takaful Malaysia yang saya ambil sebelum ini. Namun permintaan saya tidak boleh dilakukan secara dalam talian. Ianya mestilah dilakukan terus di kaunter pejabat Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Dengan membawa salinan IC, salinan penyata bank dan buku polisi Takaful Malaysia yang diberikan sebelum ini.
Saya pun mendatangi Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) cawangan Bandar Perda Pulau Pinang. Dan mengatakan hasrat untuk membatalkan polisi insurans nyawa yang saya ambil sebelum ini bersama Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Pihak staff pekerja ada menanyakan sebab sebab kenapa saya mahu berhenti melanggan polisi life takaful mereka. Dan saya jawab sebab sebabnya kerana saya sudah mengambil pakej polisi life insurans dari penyedia lain iaitu AIA Public Takaful. Mereka mengangguk sahaja tanda faham.
Step Untuk Stop Polisi Takaful Malaysia
- bawa salinan IC
- bawa salinan penyata bank (3 bulan)
- bawa buku polisi takaful Malaysia
- pergi ke cawangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad terdekat
- katakan kepada pihak takaful Malaysia yang anda mahu stop takaful Malaysia
- Selesai

Guna medical card dari AIA Public Takaful
Hasil dari kajian dan perbincangan saya bersama agen insurans. Mereka berpendapat saya memang perlu beralih dan menggunakan polisi life takaful dari syarikat lain. Alasannya adalah kerana untuk bayaran yang sama, saya boleh mendapatkan lebih banyak perlindungan (coverage) dari penyedia insurans yang lain. Selepas diteliti, barulah saya setuju menyertai AIA Public Takaful dengan bayaran premium bulanan RM178 sebulan yang sama seperti Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Ringkasan mudah. Kalau anda tetap membayar harga yang sama, tetapi anda boleh mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kenapa tidak anda beralih sahaja. Betul? Terpulang kepada anda mahu pakej takaful dari AIA, Great Eastern, Prudential atau lain lain. Ianya lebih kurang sama sahaja. Cuma bagi anda yang beragama Islam, pilih lah insuran nyawa dari Takaful yang patuh syariah. Salah satu sebab terbesar kenapa saya beralih adalah kerana bayaran hibah yang ditawarkan lebih baik dari penyedia takaful yang lain. Bye.
Leave a Reply