Salah satu hobi yang saya suka lakukan dihujung minggu adalah bermain badminton. Memang dari kecil sudah main badminton. Cumanya bukan bermain sebagai seorang pakar lah. Hanya main main biasa sebagai hobi. Dan apabila sudah terlalu lama iaitu bertahun tahun tidak bermain badminton, tiba tiba mula balik, memang terasa kesannya. Badan sudah naik berkilo kilo, jogging pun jarang sekali. Bila mula balik main badminton, terasa macam bawa guni sahaja badan ini ketika mahu menyambut dan memukul bola tangkis badminton. Memang penat. Malah ianya lebih berpeluh berbanding berjogging.
Kalau dulu saya memang suka berjalan jauh dan berjogging di Mengkuang Dam. Dan sejak ianya ditutup untuk naik taraf empangan, maka tempat untuk anda berjogging adalah di Ceruk Tok Kun. Dan kemudian saya beralih pula ke Botanical Garden di dalam Pulau Pinang. Sebab berpindah kerana mahu berjogging yang santai santai sahaja. Mengkuang Dam dan Botanical Garden boleh santai santai. Sedangkan di Cherok Tok Kun terus membukit. Jadi terlalu penat.
Kawasan Tempat Untuk Bermain Badminton Penang
Atas sebab itulah saya memilih Botanical Garden untuk bersukan sementara menanti Mengkuang Dam di seberang di buka semula selepas selesai semuanya. Akibat dari berjogging dikawasan terbuka dan mempunyai kawasan yang luas dan landai, maka saya dan isteri bermula semula aktiviti bermain badminton. Memang jarang orang main badminton di sini. Tetapi ada juga. Cumanya kawasannya yang luas dan landai menyebabkan saya merasakan ianya sesuai untuk bermain badminton.
Selepas itu pekerja pekerja di tempat kerja isteri saya ada membuat tournament perlawanan bermain badminton. Antara kawasan iaitu tempat untuk mereka melakukan training adalah di pusat Sunway Sport Center di Seberang Jaya dan TCH Badminton Court yang terletak di Mak Mandin Pulau Pinang. Mereka yang menyertai pertandingan lawan badminton melakukan latihan di pusat ini. Saya sendiri baru tahu rupa rupanya Sunway Sports Center ini adalah pusat untuk bermain badminton. Memang terbaik.
Website Untuk Beli Peralatan Badminton & Aksesori
- Lazada – anda boleh membeli raket badminton, bola tangkis dan lain lain di sini
- 11Street – anda boleh membeli raket badminton, bola tangkis dan lain lain di sini
- Shopee – anda boleh membeli raket badminton, bola tangkis dan lain lain di sini
Dan pada hari pertandingan main badminton pula, ianya diadakan di pusat latihan badminton di Mak Mandin Pulau Pinang. Ini bermakna, di kawasan “seberang” Pulau Pinang terdapat 2 kawasan pusat untuk bermain badminton secara berbayar setakat yang saya tahulah. Kalau anda tahu yang lain atau ada kawasan yang percuma, tolong beritahu saya melalui komen di bawah ini ya. Kami mahukan gelanggang untuk bermain badminton percuma yang berdekatan dengan Bandar Perda Penang kalau ada.
Kenapa aktiviti bermain badminton lebih banyak keluar peluh dan lebih penat berbanding berjogging? Kalau anda berjogging, hanya kaki anda sahaja yang bergerak. Dan ianya biasanya anda bergerak ke depan hanya satu hala sahaja. Kalau anda main badminton, anda bergerak banyak arah. Kedepan, kekanan, kekiri dan juga kebelakang. Dan dalam masa yang sama, kebanyakkan anggota badan anda bergerak sekali. Kaki bergerak, melompat, tangan memukul bola tangkis dan sebagainya. Saya tidak katakan yang hobi bermain badminton lebih baik dari berjogging. Lakukanlah apa sahaja hobi. Yang penting anda kekal bersukan dan badan anda pun sihat. Bye.
1 Comment
Main badminton memang mencabar n cepat penat tapi saya tetap layan jogging sebab badminton agak sukar untuk saya yang makin rabun ni..