Adakah anda pertama kali mahu mencuba sendiri akan cara tempah bilik hotel secara online? Dan anda tidak tahu laman website apakah yang boleh anda gunakan untuk melakukan tempahan bilik hotel. Sebenarnya ada banyak laman laman web tempahan hotel. Akan tetapi yang paling popular di antara yang paling popular setakat ini adalah Agoda. Saya tidak pasti anda pernah mendengar nama ini atau tidak. Jangan salah sangka perkataan Agoda dengan “Pagoda”. Ianya tidak ada kaitan satu sama lain.
Seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya ada banyak laman untuk anda tempah bilik hotel ini. Cumanya, adalah lebih baik saya memperkenalkan kepada anda akan laman booking bilik hotel yang biasa di gunakan ramai orang samada pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Laman web Agoda adalah laman perkumpulan senarai hotel seluruh dunia. Jadi tidak ada masalah untuk anda mencari senarai hotel di mana mana pelusuk dunia jika anda berhajat untuk keluar negara.
Tempah Bilik Hotel Dengan Agoda
Jikalau anda melancong dalam negara, saya nasihatkan anda untuk terus menukar matawang (currency) kepada Ringgit Malaysia (MYR) untuk memudahkan anda terus melihat berapakah bayaran yang dikenakan terhadap anda. Seperti biasa anda haruslah mempunyai kad credit, kad debit atau paypal untuk membuat bayaran terhadap bilik hotel yang anda tempah. Anda boleh membuat pembayaran semasa anda check in di hotel jika anda mahu. Tempah bilik hotel secara online sememangnya memudahkan jika anda ketahui.
Saya lihat ramai rakan rakan saya yang melancong samada dalam negeri atau luar negara melakukan tempah bilik hotel secara online. Banyak juga maklumat yang saya terima. Kelebihan utama anda tempah bilik hotel secara online adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari bilik hotel ketika anda sampai ke destinasi perlancongan anda. Lagi pula dengan menempah awal, anda sebenarnya menjimatkan masa dengan merancang masa dengan lebih baik. Sampai sahaja ke lobby hotel, anda hanya perlu menunjukkan surat bukti tempahan anda yang anda cetak. Itu sahaja dan kemudian lakukan pembayaran.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Nasihat saya, jika anda sudah tempah bilik hotel secara online melalui Agoda. Sila jangan terlambat atau terlewat untuk mengikuti jadual masa untuk anda check in bilik hotel. Ini kerana selalunya anda akan dikenakan charge tambahan akibat dari kesalahan anda sendiri. Faham faham sahajalah, pihak Hotel mereka menjalankan bisnes. Jika anda booking tetapi tidak menepati masa, mereka secara umumnya akan rugi kerana bilik tersebut ditempah oleh anda tetapi anda tidak sampai atau check ini pada masa yang ditetapkan. Ianya bukan polisi Agoda sahaja, mana mana laman web perbandingan hotel juga begitu. Jom tempah bilik hotel anda sekarang dengan klik pada banner Agoda di bawah ini. Selamat melancong.
[…] 2 jenis orang yang apabila dia tempah bilik hotel online, mereka akan mencari dan memilih bilik hotel berdasarkan kemahuan dan kemampuan. Orang yang pertama […]