Minggu lepas saya telah bercuti ke negeri Melaka untuk percutian keluarga. Memang setiap hujung tahun kalau sempat, kami akan bercuti untuk meluang masa bersama. Dan saya sendiri mencadangkan kami sekeluarga untuk bercuti selama 2 hari 1 malam. Dengan kata lain kami terpaksa bermalam di Melaka. Jadi tempat tidur sudah tentulah samada bilik hotel ataupun rumah homestay. Saya memilih untuk tempah homestay kerana ianya lebih sesuai untuk percutian keluarga dan sudah tentu kosnya jauh lebih murah berkali kali ganda berbanding terpaksa menempah bilik hotel. Kenapa?
Pada awalnya, adik perempuan saya memang bertegas mahu kami sekeluarga tempah bilik hotel. Katanya percutian akan lebih terasa kalau tidur di bilik hotel. Itu pendapat beliaulah. Bagi saya pula, bila sebut “keluarga”. Sudah tentu ianya melibatkan aktiviti bersama seperti makan malam bersama sama. Jadi mahu tidak mahu, sudah tentulah homestay lebih sesuai. Kalau satu bilik hotel kena cas harga RM200. Kalau ada 3 keluarga, itu sudah perlu bayar RM600 untuk semalam betul? Kalau ambil dan tempah homestay pula, dengan RM200 semalam pun sudah akan dapat satu rumah yang mempunyai 3 bilik. Lebih jimat, murah dan praktikal.

Paparan hasil carian untuk tempah homestay melalui AirBnB
Cara Tempah Homestay Menggunakan Apps AirBnB
Mungkin ada yang masih belum tahu. Biasanya kalau anda mahu tempah bilik hotel, anda akan gunakan website atau aplikasi Agoda betul? Kalau anda mahu tempah tiket kapal terbang, anda mungkin akan gunakan wesbite seperti Airpaz betul? Bagaimana kalau anda hendak mencari dan tempah homestay. Website apa atau aplikasi apa yang perlu anda gunakan? Nasihat saya, sila lakukan seperti saya iaitu install aplikasi yang bernama AirBnB. Anda juga boleh gunakan website AirBnB untuk anda booking homestay anda. Memang mudah.
Saya buka apps AirBnB melalui smartphone saya. Kemudian saya membuat carian rumah homestay melaka melalui search bar mereka. Hasil carian boleh saya “filter” untuk saya mendapatkan rumah homestay yang saya inginkan mengikut bajet saya. Saya setting carian homestay untuk 9 orang dan harga di bawah RM200 semalam. Kemudian saya klik gambar untuk melihat keadaan homestay tersebut dan ada kemudahan yang disediakan.

Gambar kenangan bersama di rumah homestay yang kami tempah melalui AirBnB
Alhamdulillah, rumah homestay yang saya inginkan menepati spesifikasi yang saya mahukan seperti khas untuk “muslim”, rumah jenis teres, mempunyai 4 bilik iaitu 3 bilik tidur dan 1 bilik sembahyang, parking kereta boleh muat 2 kereta dan kawasan terletak sangat berdekatan dengan Klebang. Kami memang mahu ke Klebang dan juga Bandaraya Melaka. Memang sesuai sangatlah. Saya terus book homestay melalui apps tersebut.
Setelah berjaya tempah homestay tersebut, saya terus membuat panggilan kepada pemilik homestay untuk memberitahu yang saya telah menempah homestay beliau supaya beliau tahu ada orang yang akan masuk ke homestay beliau pada hari dan waktu tersebut. Jadi sempatlah tuan rumah mahu berkemas kemas apa yang patut pada homestay beliau.
Website Untuk Tempah/Booking Homestay
- AirBnB – ini adalah website rasmi untuk anda tempah homestay
- Agoda – ini adalah website untuk booking bilik hotel
- Airpaz – ini adalah laman perbandingan tiket kapal terbang
- BusOnlineTicket – website untuk beli tiket bas express, feri dan keretapi
Selepas habis penginapan. Aplikasi AirBnB akan meminta kita sebagai penyewa homestay untuk memberikan sedikit komen dan pandangan tentang homestay tersebut. Ianya akan menjadi panduan kepada orang lain sebelum membuat keputusan mahu duduk dan tempah homestay tersebut. Pemilik homestay juga akan memberikan komen yang mana ianya boleh dibaca sesama pemilik homestay yang lain bahawa customer ini baik atau tidak dan menjadi panduan kepada pemilik homestay lain samada untuk menerima anda pula sebagai tetamu di masa akan datang. Jadi hati hati ok.
Apa pendapat dari pengalaman saya menggunakan aplikasi tempah homestay dari AirBnB ini? Ianya tersangat baik. Mudah dan mempercepat urusan. Di atas ini adalah video yang sempat saya rakam untuk tunjukkan kepada anda bagaimana saya mencari dan menempah homestay melalui aplikasi AirBnB dengan mudah. Zaman sekarang semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Dari proses mencari sehingga kepada proses tempahan (booking), semua boleh anda lakukan melalui internet dengan mudah. Harap anda dapat ikuti panduan tempah homestay ya.
[…] terus booking homestay ini secara online untuk memudahkan […]