Sebelum ini saya ada membuat permohonan untuk mendapatkan penyata pinjaman loan rumah yang diperlukan sebagai syarat untuk membuat permohonan pengeluaran akaun 2 kwsp untuk membayar menyelesaikan baki pinjaman loan rumah. Dan bila home loan statement itu telah saya dapatkan, saya perlu untuk pergi ke pejabat KWSP (EPF) untuk tindakkan selanjutnya. Dan setelah selesai, pihak kwsp iaitu staff yang menguruskan permohonan tersebut yang saya akan mendapatkan maklum balas samada permohonan saya berjaya atau tidak melalui sms atau email. Kalau tiada, cara yang paling mudah adalah dengan melihat sendiri penyata terkini baki akaun 2 saya secara online melalui internet. Itu cadangan beliau.
Kenapa perlu melihat penyata terkini akaun 2 kwsp saya? Proses pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan adalah dengan mengambil dan memotong duit dari baki akaun 2. Dan jika baki akaun 2 saya terdapat pengurangan, maka proses tersebut telah berjaya. Proses tersebut memakan masa 2 minggu untuk ketahui samada lulus atau tidak. Jika setelah 1 bulan akaun 2 kwsp masih sama, itu bermakna proses pengeluaran adalah gagal. Saya berminat juga untuk melihat penyata terkini kwsp epf secara online. Tetapi sudah tidak ingat username id dan juga password. Susah juga kalau terpaksa ulang alik ke pejabat kwsp semata mata untuk mencetak penyata terkini.

Pilih lupa id pengguna kata laluan untuk mengaktifkan balik akaun online i-Akaun kwsp
Mahu tidak mahu, saya terpaksa juga untuk mengaktifkan akaun website kwsp yang juga di sebut sebagai i-Akaun KWSP. Kalau anda belum pernah mendaftar akaun online kwsp, anda WAJIB ke pejabat kwsp dan aktifkan nombor telefon anda melalui mesin pencetak penyata yang terdapat di sana. Tujuan mendaftar nombor telefon anda adalah untuk mendapatkan nombor tac (TAC NO) yang diperlukan untuk mendaftar atau mendapatkan username dan password anda semula. Dalam kes saya, saya terlupa username ID dan juga password. Mari ikuti langkah ini untuk mendapatkan username dan password anda semula. Bye

Klik permohonan tac untuk mendapatkan no tac kwsp melalui handphone anda
Step Langkah Mendapatkan ID Dan Password i-Akaun KWSP
- Lawat website kwsp di sini – [ Click Here ] dan klik login Ahli
- Klik pada “lupa ID pengguna/kata laluan”
- Pilih bantu saya terlupa “Id pengguna dan kata laluan”
- Masukkan No Id Ahli iaitu no kad pengenalan atau masukkan no kwsp
- Klik pada “permohonan Tac” dan tunggu no tac di hantar ke telefon anda melalui sms
- Masukkan No Tac dan Klik Seteterusnya
- Masukkan kata laluan password yang baharu dan klik Hantar. Siap
Selepas selesai, di nasihatkan anda mencapatkan username id dan kata laluan password i-akaun kwsp anda itu di mana mana supaya anda tidak terlupa lagi. Dan selepas itu sila cuba untuk login semula untuk membuat pengesahan yang anda sudah lakukan dengan betul dan dapat masuk ke ruangan portal i-akaun epf anda dan anda sudah boleh melihat penyata terkini akaun kwsp anda secara online melalui internet. Kalau masih tidak faham, sila lihat video di atas ini. Selamat mencuba. Bye
[…] KWSP – sila login i-akaun kwsp anda. Jika belum daftar, sila baca login kali pertama kwsp […]