Saya bukan jenis orang yang suka untuk makan makan di restoran yang “mahal” pada pandangan saya. Paling kuat mahal pun hanyalah KFC dan McD sahaja. Mungkin ada yang ketawa mendengarnya. Tetapi itulah diri saya. Saya lebih suka makan di kedai kedai yang biasa sahaja. Akan tetapi saya tidak menolak untuk mencuba di restoran makan yang diluar dari kebiasaan diri kalau ada yang mengajak dan menjemput. Sebab itu sejak berkenalan dan bertunang, saya cuba belajar dan mengikuti cara tunang dan mencuba makan makan di tempat tersebut.
Antara yang saya pernah cuba adalah seperti makan di restoran Seoul Garden, Sushi King, The Manhattan Fish & Chips, Boat Noodle dan lain lain. Tujuan untuk mencuba adalah untuk tahu bagaimana rasanya makanan tersebut. Kita pun kadang kala sekali sekala merasa makanan sebegini tidak salah. Bukan makan selalu. Sebulan mungkin sekali. Jadi tiada salahnya kita belanja diri kita untuk menikmati hidangan seperti ini.
Makan Di Restoran Boat Noodle
Dan semalam adalah kali kedua saya pergi restoran Thai Boat Noodle. Walaupun sudah dua kali, saya masih belum menikmati hidangan “Thai Boat Noodle” yang sebenar iaitu merasai sendiri rasa mee noodles tersebut. Insyaallah di lain masa. Yang saya cuba rasa dan makan adalah selain dari “noodles”. Pelik bukan? Tetapi tidak mengapa, tidak perlu tergesa gesa. Dan semalam saya menikmati hidangan Boat Noodle dari menu seperti Bangkok Omelette yang siap dengan nasi putih dan berlaukkan menu Flame Grilled Ayam Legend yang sangat sedap. Anda boleh lihat gambar di atas ini.
Bagaimana dengan menu boat noodle? Anda boleh lihat menu di bawah ini. Jujur cakap, kalau anda pergi makan untuk 2 orang, anda kena siap siapkan wang minima RM50 untuk hidangan tersebut. Dari pengalaman saya makan di restoran sebegini, harga RM50 dan ke atas untuk 2 orang adalah harga yang biasa. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau hendak merasa dan sekali sekala berbelanja untuk diri sendiri apa salahnya. Jadi anda tahu bagaimana rasanya. Asalkan sedap, RM berapa pun pasti boleh.
Anda sudah pernah ke Boat Noodle? Suka dengan rasa makanan tersebut? Menu yang saya tunjukkan di atas ini adalah gambaran penuh akan makanan dan minuman yang ada di jual di sana. Bagi saya, menu yang ada tidaklah banyak tetapi tidaklah terlalu sedikit. Dan sedikit tambahan, saya juga sangat menyukai meni Hulk Smash Green Curry yang pedas. Rasa ayam masak kari hijau style thai dan sederhana pedas tetapi sedap. Cubalah.