Anda seorang blogger pasti pertama sekali semasa mempunyai blog memikirkan tentang cara bagaimana untuk mendapatkan trafik dari Google bukan. Dan selepas itu cuba untuk belajar cara untuk submit blog pada engin carian Google untuk diindex dan menerima kemasukkan trafik selepas itu. Dan selepas beberapa ketika anda mula belajar untuk mendapatkan trafik dari sumber yang lain pula iaitu Yahoo dan Bing bagi yang berminat. Dan kepada yang membuat blog semata mata untuk update berita terkini yang sumbernya dari orang lain dan pelbagai sumber pula akan menumpukan trafik dari media social seperti Twitter, Facebook dan juga Instagram.
Setelah seberapa seketika dan anda mempunyai akaun untuk melihat statistik trafik harian yang masuk kedalam blog anda seperti Nuffnang Statistik ataupun dari Google Analytics, anda akan sedar dan perasan yang majoriti trafik blog anda memang dari Google semata dan selepas itu media social dan juga Yahoo/Bing. Dan kalau anda teliti bebetul kelihatan akan ada trafik yang masuk kedalam blog anda dari sumber yang anda tidak kenali atau kurang di kenali seperti dari Ask.com, search.babylon.com, search.conduit.com, dan pelbagai lagi yang kecil kecil.
Cara Tarik Trafik Dari Yandex
Kalau dulu saya pernah membuat tutorial kepada anda akan bagaimana untuk mendapatkan Bing Organic Traffic, dan kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengikut apa yang saya faham (jika silap sila betulkan saya). Memang diketahui umum Google digunakan secara meluas malah boleh dikatakan “Global”. Tetapi tahukah anda sebenarnya ada sesetengah kawasan atau negara di dunia ini menggunakan engin carian mereka sendiri dan Google hanya menjadi engin carian kedua atau ketiga popular dinegara terbabit. Contohnya China menggunakan “Baidu” dan Russia menggunakan “Yandex”. Saya pasti anda sukar untuk mendapatkan trafik dari negara China bukan? Sebab apa? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana anda tidak mengindexkan blog anda atau submit kepada engin carian Baidu.
Tetapi untuk artikel kali ini saya ingin menfokus kepada Trafik Dari Yandex. Yandex berasal dari Rusia dan menggunakan alamat utama iaitu “yandex.ru”. Tetapi untuk penggunakan umum yandex ada juga menubuhkan yandex commercial iaitu :”yandex.com” yang menjadikan english sebagai bahasa utama. Tahukah anda yang Yandex ini diguna secara meluas di negara Russia, Ukraine, Kazakhstan, Belarus dan juga Turkey. Dengan kata lain ianya terkenal di negara Russia dan juga negara jiran berdekatan.
Soalan saya kepada anda adalah, jika Yandex ini diguna secara meluas hingga menjadi engin carian utama dan pertama di negara Russia dan negara jiran mereka, jadi bagaimanakah untuk anda mendapatkan trafik dari kawasan rantau yang saya sebutkan ini? Jadi tiada cara lain melainkan anda terpaksa mendapatkan Trafik Dari Yandex ini dengan cara mendaftar dan men-submit blog anda untuk diindex oleh yandex webmaster seperti mana yang pernah anda lakukan dengan Google dahulu.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Trafik Dari Yandex, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar mengikut cara dibawah ini;
1. Daftar Webmaster Yandex – http://webmaster.yandex.com/
2. Selepas Daftar, sila login dan “Add Site” – http://webmaster.yandex.com/site/?wizard=add.site
3. Selepas add site sila verify blog anda. (Tiada tutorial, harap anda faham cara verify blog)
4. Sebelah kiri sidebar webmaster Yandex, lawat “indexing option” dan sila submit “sitemap” blog anda
Artikel ini ditulis hanya kepada yang berminat untuk mendapatkan Trafik Dari Yandex. Dan kepada anda (blogger) yang memang menumpu kepada trafik didalam Malaysia sahaja rasanya Yandex bukan untuk anda. Kepada yang membuat blog dan juga menulis didalam English saya galakkan anda untuk mendaftar di yandex.com. Saya sendiri mendapat trafik dari Russia walaupun kecil tetapi ini menyebabkan saya ingin mendapatkan Trafik Dari Yandex kerana untuk menarik lebih lagi trafik dari kawasan negara ini. Itu sahaja dan saya harap artikel ini sedikit sebanyak memberikan pandangan baru bagi anda terhadap keperluan mempelbagaikan lagi sumber trafik yang masuk kedalam blog anda. Bye
26 Comments
Yandex ini berasal dari china ka?
China tu “Baidu”, yang Yandex ni dari Rusia
Nice share. Tp malangnya bila reg ngan search engine lain, bounce rate meningkat dn ssh dpt target audience.
Bg artie yg beniaga online n offline sgt penting target users. Alhamdulillah paid off apabila fokus kpd target dr trafiks sebb conversion rate lebih tinggi.
Anyway tks share info.
owh mcm tu ka, ada kaitan ka antara bounce rate dengan trafik dari engin carian yang pelbagai? saya rasa tiada, kalau ingin tahu blog saya ini terima pelbagai trafik dan bounce rate adalah disekitar 11%
aku cuba kita tgk hasilnya 🙂
try jgn x try
menarik ni, mungkin boleh cuba nanti.. trafik blog siapa yang tak mahu kan, hehe
jom jom
Hehe..memang betul tu bro..susah hati kalau traffic kurang di blog..hehe..yandex..tak pernah cuba lagi ni..hehe
jom cuba
Haha..orait..terima kasih bro..tapi sekarang ni agak sibuk lagi..macam biasalah alasan orang malas..hahaha
hehehee
wahhh… yandex patut dicoba… betul betul betul 🙂
apmwater.blogspot.com
jom cuba
ramai orang kerjakan benda ini ibarat makan katakan
blog tanpa trafik memang sunyi la
blog aku berbahasa melayu , agak susah sikit lah agaknya
mungkin ada orang melayu tinggal di Rusia?
Boleh gunakan bukan satu sumber sahaja.
jom try
nice sharing
terus gi daftar ni… huhuhu
wow sepantas kilat
biasa aku tumpukan pada market luar aje. site atau blog untuk market malaysia..aku tak tumpu sangat kat sini.
tu la, trafik blog ko pasti mencanak kan
Hurmm first time dengar search engine ni. Walau tulis dalam bahasa melayu masih ada harapan untuk dapat trafik dari sini sebab boleh translate artikel kita kepada maana-mana bahasa kalau kita tulis sebaiknya
yep, betul tuh bro, Yandex dari Rusia tapi mereka ada perkenalkan yang english punya, so boleh pakai