Adakah anda sedang terfikir untuk membuat sebuah blog berbayar? Tetapi anda buntu untuk memikirkan nama blog yang anda mahukan. Nama blog yang anda mahukan itu kita sebut sebagai “domain”. Jadi, apakah nama domian yang anda mahukan itu. Sebelum anda boleh mempunyai sebuah blog, anda seharusnya perlu mempunyai beberana nama yang anda mahu gunakan. Ini kerana boleh jadi nama blog yang anda mahukan itu sudah diambil dan digunakan oleh blogger lain. Jadi anda perlu memilih nama domain yang pelbagai sebagai persediaan.
Saya, 2 minggu yang lepas ada membeli domain untuk blog yang mengkhususkan dalam nichie telekomunikasi. Saya terpaksa perlu mempunyai beberapa nama domain sebagai persediaan jikalau domain tersebut sudah di beli oleh orang lain, Ternyata, tekaan saya betul, sangat susah untuk saya mendapatkan dan memilih nama domain yang saya mahukan. Saya pilih A, ada orang sudah beli A, saya pilih B, ada orang pilih B, nasib baiklah tiada yang membeli domain C, hehe.
Tips Ringkas Memilih Nama Domain
Saya sudahpun berpengalaman membeli domain lebih dari 10 domain. Dan saya sendiri ada menjalankan servis buat blog. Dan salah satu blog WordPress terbaru yang saya tolong siapkan adalah untuk saudara Hanafi di blog beliau iaitu MrHanafi.com. Beliau salah seorang pelanggan saya yang menggunakan khidmat saya untuk membantu membeli domain hosting dan siap pasang WordPress sekali. Jadi bagaimana dengan tip memilih nama domain.
Mengikut pengalaman saya, sebenarnya tidak kisah pun anda mahu menggunakan nama domain apa sekalipun. Ianya adalah hak anda. TETAPI jika anda mempunyai pengkhususan sendiri, adalah lebih baik anda memilih nama domain yang ada kaitan dengan apa yang bakal anda tulis nanti. Jika anda adalah salah seorang yang buat duit dengan BESTMobile, adalah lebih baik nama domain anda begini iaitu “BESTMobileTelco.com” (contoh).
- Domain Nama Sendiri – Selalunya anda boleh menggunakan domain dengan nama sendiri. Ianya lebih bebas, penulisan tidak terikat dengan satu satu tema, boleh membina jenama dengan nama sendiri selain mudah diingati
- Domain Nichie – Kalau anda ada bisnes anda digalakkan untuk fokus kepada nichie. Nichie adalah bermaksud nama domain anda terus melambangkan apa kandungan blog anda. Jika nama blog anda adalah [ htttp://webhostingbays.com ], maka kita akan tahu yang nama domain anda itu melambangkan kandungan blog yang bercerita tentang hosting.
- Domain Pendek – Memang disarankan kalau boleh anda memilih nama domain yang pendek dan singkat. Ianya bertujuan untuk mudah diingat. Jangan gunakan nama blog yang pelik pelik dan sukar dihafal. Ianya bakal merugikan anda nanti. Nama yang pendek dan mudah diingati akan menyebabkan pembaca blog anda nanti mampu dengan mudah mencari dan membuka blog anda untuk dibaca.
- Domain Tanpa Nombor – Elakkan memasukkan nombor dalam nama blog anda. Ianya hanya menyukarkan sesiapa untuk mengingat dan nama blog anda kelihatan tidak professional. Contoh domain yang baik “sayang.com” dan contoh domain tidak baik yang ada nombor “sayang2u.com”.
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular luar negara
Ini adalah perkongsian ringkas saya tentang tips mudah untuk memilih nama domain. Saya harap tips ringkas ini dapat memberikan anda idea akan apa yang anda mahukan dan harus lakukan. Kalau anda perasan, ada sesetengah nama domain pasti melekat dalam ingatan anda bukan? Setiap kali anda buka internet, saya pasti anda akan buka website yang sama. Kerana apa? Kerana penjenamaan domain yang ringkas dan mudah diingati membuatkan anda menjadi salah satu pembaca tetap di website tersebut dan salah satu faktornya adalah nama domain yang baik dan mudah diingati. Anda bagaimana?
4 Comments
Domain nama sendiri menjadi pilihan saya pada ketika ini
Pemilihan sesuatu domain juga memainkan peranan penting untuk penjenamaan apa yang kita nak sampaikan di dalam blog.
domain mrhanafi.com macam best je..so terima kasih kerana memberi backlink kepada insan tersebut..
Waktu mula2 nk ada blog dulu..mmg dok pk nma sendiri. Dan smpai la skrg ni..walaupun chikumarisa itu hnya sekadar nma pnggilan..tp chii pasti..ia mudah diingati kn :p