Kalau sudah masuk ke peringkat pengajian tinggi dan meminjam wang pula untuk belajar dan mendapatkan sijil berupa segulung diploma atau ijazah. Amat amatlah rugi kalau anda menuntut ilmu dengan sambil lewa dan mendapat skor markah iaitu pointer yang rendah. Lebih sedih kalau anda tamatkan pendidikan (graduate) anda dengan markah cukup cukup makan sahaja. Bukankah lebih baik kalau anda berusaha dan berjaya menjadi mahasiswa cemerlang? Bukan sahaja itu berita gembira untuk ibu bapa anda, malah ianya suatu kepuasan untuk diri anda juga.
Kita setuju yang segulung ijazah/diploma bukan ukuran yang anda pasti berjaya dalam hidup dan masa depan anda. Namun paling tidak, dengan sijil itulah nanti ianya paling tidak bakal memberikan anda laluan mudah untuk mencari dan mendapatkan kerja yang lebih elok dari yang peringkat bawah. Ya betul, ada orang tiada sijil pun boleh hidup senang. Tetapi kalau anda sudahlah tiada sijil, malah bakat kemahiran pun tiada, apa yang sebenarnya anda cuba cari dan capai dalam hidup di dunia ini?
Asas Rujukan Mahasiswa Cemerlang
Dulu dulu masa saya seorang mahasiswa, bila dikenang kembali zaman zaman mengambil sijil, teringat pula akan penyampaian hadiah dan juga sijil kepada mahasiswa cemerlang. Terfikir, bagaimanakah bentuk usaha yang mereka telah lakukan. Apakah bentuk study yang mereka telah lalui. Berapa banyak masakah yang mereka habiskan untuk study malam dan sebagainya. Dan macam mana pula otak mereka boleh menerima kemasukkan ilmu yang pelbagai dan banyak tanpa berasa pening atau mual.
Sebenarnya boleh dikatakan majoriti manusia adalah sama. Yang berbeza adalah dalam bentuk tindakkan dan juga usaha. Lain orang lain teknik pembelajaran mereka. Namun yang pasti anda tidak boleh menyangkal yang kebanyakkan kejayaan mahasiswa cemerlang pasti dibelakangnya ada masa dan usaha yang telah mereka berikan. Mereka banyak membuat ulangkaji. Mereka teratur dalam menyusun masa bila hendak berhibur dengan masa untuk belajar. Inilah teknik yang mereka pakai sebenarnya.
Tips Untuk Menjadi Mahasiswa Cemerlang
- Doa – jangan malu. Cakap dekat mak ayah minta doakan kejayaan anda
- Masa – tolong buat jadual antara masa anda perlu study dan juga berhibur
- Tidur – kalau boleh, latihlah diri anda untuk masuk tidur tidak terlalu lewat
- Subjek – setiap hari perbagaikan matapelajaran subjek yang perlu anda ulangkaji
- Priority – sila utamakan kerja kerja menyiapkan assignment dahulu kemudian baru study
- Sukan – kalau boleh lakukan aktiviti sukan. Main badminton atau jogging pun boleh
- GPA – sila jaga markah CGPA anda setiap semester. Kalau boleh biarlah 3.0 dan ke atas
- Kertas Soalan – perbanyakkan ulang kaji dan study dengan cara membiasakan buat kertas final exam
- Agama – jangan lupa agama. Tidak guna anda hebat dan berjaya tetapi anda lupa siapa pencipta anda. Yang penting jangan lupa solat dan berdoa terima kasih kepada Allah
Antara banyak banyak tips untuk menjadi mahasiswa cemerlang adalah, saya lebih sukakan kalau anda membiasakan diri melatih menjawab kertas soalan final paper tahun tahun lepas. Ini adalah langkah bijak untuk anda mudah lulus peperiksaan kerana anda telah membiasakan diri menjawab bentuk soalan yang selalu ditanya. Rajin rajinlah lakukan ulangkaji dengan kaedah begini. Jangan boros duit ptptn. Habiskan duit anda beli kertas soalan lepas adalah lebih baik.
MASA!!! Adakah anda sudah melakukan hal yang betul dengan pengurusan masa anda? Rakan rakan anda yang cemerlang itu, apakah pengurusan masa mereka dengan anda itu sama? Apakah mereka banyak mengulangkaji pelajaran dan anda banyak pula menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah. Kalau begitu corak pengurusan masa anda, maka ubahlah dari sekarang. Jangan ubah ketika anda dihimpit masa dan tidak cukup masa. Ketika itu anda akan berasa sesak, mula berasa putus asa , berasa tidak sempat dan sebagainya. Mula dari sekarang. Ubah tabiat pengurusan masa anda. Insyaallah anda akan menjadi mahasiswa cemerlang juga nanti.