Tidak lengkap rasanya selepas saya berkongsi dengan anda akan bagaimana Iklan Google Adwords berfungsi tetapi tidak pernah menunjukkan kepada anda kaitan antara Google Adwords dan juga Google Keyword Planner. Mengikut pengalaman saya (maaf jika saya salah), kebanyakkan dari kita iaitu blogger sendiri apabila melibatkan soal “GOOGLE” hanya mengetahui tentang Gmail, Analytics dan Adsense sahaja. Tahukah anda yang Adwords, Adsense, Keyword Planner dan juga Analytics berkaitan antara satu sama lain. Malah kalau anda menggunakan sepenuhnya kesemua servis dari Google ini, anda akan dapat manfaatnya.
Sebelum saya pergi lebih jauh? Tahukah anda akan apa itu Google Keyword Planner? Google Keyword Planner ini adalah tempat untuk anda membuat kaji selidik tentang “keywords” samada ianya baik bagi trafik dan SEO anda dan apakah ianya baik bagi Adsense anda. Saya tidak mahukan menumpu soal adsense tetapi kepada soal optimasi keyword untuk kebaikkan trafik yang masuk kedalam blog anda.
Pengenalan Asas Tentang Google Keyword Planner
Sejujurnya saya sendiri amat jarang menggunakan Google Keyword Planner ini. Malah artikel yang dihasilkan ini pun tanpa merujuk sedikit pun pada Keyword Planner. Cumanya saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman peribadi apabila menggunakan Google Keyword Planner. Kepada pengguna Adsense rasanya artikel lebih berguna kepada anda kerana anda dapat meningkatkan lagi earning Google Adsense anda dengan lebih tinggi. Walaupun begitu ini adalah tips mudah sahaja dari saya. Mungkin di lain masa saya akan kongsikan sesuati yang lebih detail kepada anda.
Kepada yang masih baru dan baru hendak mengenali akan apa itu Google Keyword Planner. Sila buka laman keyword planner di sini. Sign in dengan email Gmail anda. Selepas itu anda akan dibawa ke halaman seperti gambar diatas. Ada empat pilihan diatas. Kebiasaannya kita akan menggunakan pilihan yang pertama. Sila klik pada link pertama.
Masukkan keyword “Baju Kurung” sebagai contoh untuk kajian kita ini. Dan tekan “Get Ideas”. Anda akan dibawa ke halaman hasil carian yang akan memaparkan maklumat seperti keywords, month searches, competition, suggested bid dan sebagainya. Boleh lihat gambar dibawah untuk kefahaman.
Apabila menggunakan Google Keyword Planner, dan menggunakan kata kunci “Baju Kurung” sebagai contoh uji kaji, keputusan hasil carian adalah seperti diatas. Tambahan untuk anda, saya telah mengkonfigurasi kepada Malaysia sahaja. Jadi gambar diatas menunjukkan hasil untuk trafik dari Malaysia sahaja.
Berdasarkan data dari Google Keyword Planner seperti gambar diatas. Telah disenaraikan jenis jenis kata kunci (keywords) yang boleh digunakan dan digunakan oleh para pengguna internet. Anda juga boleh mengetahui akan berapakah hasil carian yang dibuat oleh pengguna internet terhadap keyword tersebut. Teknik ini dapat membantu anda meningkatkan trafik yang masuk ke dalam blog anda dengan melihat kata kunci manakah yang paling diguna oleh pengguna.
Untuk kes pengguna Adsense pula, anda boleh melihat kepada “Suggested Bid” ini kerana nilai ini menunjukka nilai Cost Per Click (CPC) yang anda boleh dapat melalui keyword tersebut. Senarai keyword yang banyak dipaparkan dapat membantu anda untuk mendapat idea akan keyword manakah yang sesuai buat anda untuk memandu trafik dan sekaligus menjana untung dengan program Adsense.
Sebenarnya mudah sahaja hendak menggunakan Google Keyword Planner ini. Hanya perlu masuk ke laman Keyword Planner tools, masukkan keyword yang hendak dikaji dan tekan search. Kemudian anda akan diberikan senarai hasil keputusan untuk anda buat kaji selidik tentang keyword yang bakal anda gunakan. Kalau anda rajin dipersilakan untuk selalu menggunakannya. Bagi pembaca yang telah menggunakan Google Keyword Planner ini, apakah pendapat anda?
10 Comments
tools utama aku nk pastikan keyword dpt bertahan lama di search engine dengan jayanya..hhe..
wow, ni mesti pengguna tegar nih, hehhe
Mula-mula transformasi Google Adwords diperkenalkan agak skeptikal. Sekarang ini suka pula.
betul tuh, sama macam saya jugak, masa mula mula macam negatif tp skrg rasa suka
banyak lagi yang aku nak belajar daripada bro nih
hang dah ok dah
asalnye memang penin gak sebab belajo tutorial dulu lain hehe
pening tang mana
Satu artikel yang amat berguna dan menarik.. dah lame tahu.. tp tak tau gune dgn betul.. mmg terbaik…