Rasanya anda pasti pernah mendengarkan saluran tv internet seperti Netflix, Hulu, Comcast, dan sebagainya bukan? Di Amerika atau eropah, saluran rancangan tv berbentuk video on demand yang boleh di tonton secara online sudah sangat popular di sana. Dengan kata lain, jika anda mempunyai saluran internet, anda juga boleh menonton apa apa rancangan seperti filem, drama, tv series secara online streaming. Atas faktor itu, iFlix telah muncul bagi memenuhi keperluan orang Asia termasuk Malaysia untuk juga sama sama menikmati peluang sebegini.
Sebenarnya sistem rancangan tv berinternet sudah ada di Malaysia. Kalau anda ambil pakej HyppeTV dari streamyx. Tetapi ianya kurang popular kerana hanya pakaj tertentu sahaja yang mempunyai pakej tv internet ini. Jadi penyelesaian kepada masalah ini untuk semua orang boleh menikmati pelbagai rancangan drama dan tv series dengan mudah dan murah melalui pelbagai platform seperti smartphone, tablet dan komputer telah di selesaikan oleh iFlix.
Tonton Rancangan Drama Melayu Secara Online Dengan iFlix Malaysia
Kenapa murah? Dengan bayaran HANYA RM8 SEBULAN, anda sudah boleh mengakses puluhan rancangan filem, drama dan tv series dari Hollywood, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Thailand dan Tokyo termasuk rancangan dari Malaysia sendiri. Mudah cerita, anda kini tidak perlulah membuat turun apa apa drama secara haram atau tercari cari rancangan kegemaran anda di sana sini untuk anda tonton secara online streaming. Dengan melalui iFlix, dan bayaran serendah RM8 sebulan, ianya sudah menjadi pusat untuk anda tonton rancangan kesukaan anda.
Saya telah menginstall aplikasi iFlix untuk saya tonton rancangan tv series melalui smartphone saya. Ianya memang menyeronokan. Dan saya cuba juga untuk menonton melalui komputer. Dan kedua dua pengalaman samada melalui smartphone ataupun komputer memang mudah. Buat masa ini masih lagi tidak banyak rancangan yang di tawarkan. Tetapi dengan berita terkini yang iFlix berjaya mendapatkan seramai 100,000 subscriber bakal membuatkan lebih banyak tawaran cerita yang akan di bekalkan di masa masa mendatang.
Video di atas ini saya tunjukkan kepada anda bagaimana saya boleh menonton rancangan korea seperti Running Man dan rancangan drama melayu dari Malaysia seperti Bini Biniku Perkasa dengan mudah dan senang. Bagaimana? Anda tertarik dengan banyaknya drama yang ada di dalam iFlix ini? Rasanya harga RM8 sebulan pasti tidak membebankan anda bukan? Yang anda perlukan adalah talian internet yang baik untuk anda menonton rancangan secara online streaming dengan mudah tanpa masalah. Mari daftar sekarang dan mencuba 14 hari “trial” untuk anda mencuba dahulu. Anda pasti suka.
12 Comments
kena pakai broadband yang unlimited ni.. kalau tak abis data
pakai streamyx boleh tengok movie dan drama online ni dengan best…..
nice. ada unifi, sedap layan ni 😀
Dah dekat 2 tahun tengok tv boleh kira dengan jari. Tak minat sangat kecuali cerita macam CSI atau Amazing Race. Kalau CSI mau berjam-jam saya duduk depan tv sebab ada 3 CSI yang kita boleh layan. Kalau Amazing Race saya suka check pitstop dia sebab boleh masukkan dalam wish list travel . Terima kasih dengan info ni. I
setakat ni aku install Apps kat ipad aku je tengok movie free..ahaha..memang best, semua movie english je le..HD plak tu..movie malay, kat Astro ada banyak ulang-ulang..:P
Memang kalau kat US agak popular dengan Netflix. Sambil iron baju, sambil tengok cerita…hehe
Sekarang ni jer macam tak menyempat-nyempat 😛
hoho..
macam best aje menda nih.
boleh guna yang trial dulu ni hehe:)
Macam mana cara nak nonton rancangan iflix ni kat tv..ada kena install apa2 aplikasi ke..
iflix ni untuk ditonton di android sahaja Suhaimi
Saya baru pakai android tp xpndai guna..huhhu..Ada iflix ni tp xtahu nak pakai..boleh tlg ajrkan
first sekali kena pandai guna dulu Ashraf. Dah biasa dan tahu guna internet baru pakai iflix. Saya takut nanti duit kamu habis tetapi x tahu apa yang kamu buat. kalau pertama kali pakai, sign up Google Play dulu ya