Setiap orang pasti ada blog atau website yang mereka suka lawati. Dan dari kebanyakkan blog tersebut pasti ada website yang anda senantiasa lawat seolah olah sudah menjadi seperti “WAJIB LAWAT” untuk anda apabila membuat blogwalking. Saya sendiri ada beberapa blog atau website yang saya wajib lawat dan seterusnya membentuk trafik yang masuk ke dalam blog mereka adalah dari jenis “LOYAL READER” iaitu trafik dari pembaca setia. Apakah kelebihan top blogger Malaysia yang membuatkan kita atau saya untuk selalu melawat website tersebut?
Di bawah ini nanti akan saya senaraikan hanya 5 blog sahaja sebagai antara blog yang saya sukai untuk menjadi pembaca setia blog mereka. Untuk mereka menjadi top blogger Malaysia pilihan hati tidaklah perlu untuk mereka menjadi TOP BLOGGER melainkan mereka mempunyai beberapa ciri istimewa akan kenapa mereka dipilih. Sebenarnya ada banyak blogger yang hebat hebat di Malaysia ini tetapi cukuplah hanya 5 blog sahaja yang menjadi pilihan pada kali ini.
Senarai 5 Top Blogger Malaysia 2014
Antara ciri top blogger Malaysia yang saya pilih lebih merupakan kepada sebab musabab Nichie, Update Selalu, Tumpuan Ramai, Infomasi Terkini dan juga Informasi Berguna. Saya rasa ramai yang sudah mengetahui akan blog yang akan saya senaraikan. Mungkin ada yang tidak tahu. Banyak blogger baru naik dan tumbuh bagaikan cendawan. Dengan menulis entry berkaitan top blogger Malaysia diharap dapat memberikan khabar kepada blogger baru untuk mengenali blogger lama dan popular di media maya ini.
Berikut Adalah 5 Top Blogger Malaysia
1. Denaihati – Denaihati boleh dikatakan Top Blogger Melayu diantara semua blogger. Kenapa memilih Denaihati? Blog Denaihati boleh dikatakan sebagai blog pusat sehenti di mana aktiviti aktiviti atau penganjuran blogger terbesar dianjurkan oleh Denaihati. Semua blogger mengharapkan blogger Denaihati untuk mengadakan apa apa aktiviti perjumpaan terbesar blogger melayu melalui blogger Denaihati. Senang cerita, blogger Denaihati boleh dikira ketua bagi blogger melayu dan menjadi blog yang wajib dibaca.
2. Amanz – Sebuah blog nichie berkaitan TEKNOLOGI. Website Amanz adalah sebuah blog berkenaan dunia teknologi berbahasa melayu. Sebuah blog teknologi yang senantiasa update dan terkini dan hanya ditulis di dalam bahasa melayu. Kepada yang berminat dengan smartphone, tablet, website atau apa apa tentang dunia teknologi boleh singgah di Amanz
3. AhmadFaizal – Sebuah blog peribadi milik Titan yang diberi nama. Tiada lain yang boleh anda cari dan baca di blog ini melainkan tentang dunia buat duit secara online. Sebuah blog yang berkisar tentang bagaimana hendak buat dan dapatkan duit melalui online. Anda boleh sertai pelbagai program buat duit dan blog ini sesuai buat orang yang mahu cari idea akan apakah bentuk duit online yang anda boleh ceburi.
4. AbangEnsem – Sebuah blog Nichie berkaitan HARTANAH. Kepada yang berminat hendak memperlajari tentang dunia hartanah terutamanya tentang beli rumah subsale memang digalakkan. Kalau anda mahu membeli rumah, mencari idea bagaimana untuk membuat untung dengan beli rumah subsale dan memberi sewa, maka blog ini memang sesuai buat anda.
5. Paultan – Sebuah blog niche berkaitan AUTOMOTIVE – Sebuah blog tentang dunia kenderaan bermotor. Segala galanya tentang kereta samada dalam negara mahupun luar negara. Blog automotif yang ditulis didalam bahasa English milik orang Malaysia yang popular di Malaysia.
Seperti yang saya katakan di awal tadi. Ada banyak blog yang hebat dengan nichie masing masing di Malaysia ini. Tetapi saya cuma senaraikan hanya 5 sahaja top blogger Malaysia yang saya rasakan perlu untuk saya singgah baca walaupun hanya cuma menjadi “silent reader” sahaja. Kelima lima blog ini pun rasanya sudah cukup rempah untuk mengetahui akan apa yang berlaku di dalam dunia blogging. Saya rasa anda semua kenal bukan akan kesemua top blogger Malaysia yang saya senaraikan di atas ini. Bagaimana pula dengan pilihan anda?
10 Comments
AA dah follow semua blog kat atas kecuali paultan.com .sebab AA tak berapa minat otomotif.
terbaiklah AA, xpa, girl memang kurang bab kereta kan
ahaaa, top5 ni memang den slalu follow update diorng.. skrng tgh panas psl ipong, update amanz, panas tentang affiliate update kat titan, pasal tentang proton update kat paultan.. huhu
semua orang pasti tau kan
5 blog yang wajib follow. Siap simpan dalam feedreader lagi.
kalau boleh simpan feedreader saya sekali yer
Ramai yang sudah buka blog. Blog juga tidak semeriah dahulu dengan komen-komen. Lebih banyak bounce rate sekarang nih.
tu la, saya pun dah turun skrg nih
Saya sudah membaca pelbagai ebook semenjak mula berblogging 2011. Rata-rata blogger (antarabangsa) mengesyorkan saya mencari 1 topic niche untuk blog saya. Namun apa yang saya lihat:-
1. melalui Denaihati, Penpatah dan beberapa blog Malaysia – ia lebih kepada sindicate blogging (kombinasi beberapa orang blogger yang menyumbang kepada 1 blog). Adakah ini bermakna sindiket blogging mempunyai peluang untuk sukses lebih berbanding blogger individu?
2. Ramai blogger-blogger melayu yang berblogging pelbagai topik (termasuk saya). Adakah ini caranya untuk mengekalkan momentum menjana pendapatan dan trafik yang konsisten?
Sekian.
1. Kombinasi beberapa blogger memang lebih menarik sebab banyak entry artikel yang dihasilkan dengan kepelbagaian corak penulisan yang sudah tentu memberi warna kepada blog tersebut
2. Niche memang lebih baik dari berblogging pelbagai topik. TETAPI pemilihan yang tepat untuk Niche diperlukan supaya tidak silap langkah kerana ianya sangat melibatkan keyword, persaingan dan trafik. Kalau tidak ada kekuatan disitu, lebih baik menulis pelbagai topik. saya sendiri suka menulis pelbagai topik kerana ianya tidak menghadkan penulisan saya untuk satu topik semata mata