Beberapa hari lepas isteri saya telah membeli alat yang bernama Philips Food Processor. Isteri telah memberikan saya nombor tracking keretapi untuk disemak secara online di internet. Nombor tracking ini diberikan oleh sepupu beliau yang menjual produk ini kepada beliau. Dan barang ini sememangnya telah dipos dan dihantar menggunakan keretapi. Ini adalah kali pertama saya menerima pesanan barang yang dibeli menggunakan kurier servis oleh keretapi. Jadi buntu juga pada awalnya tentang cara untuk track dan trace nombor tracking keretapi tersebut.
Saya sebenarnya berasa pelik pada awalnya. Terfikir, ada ke orang yang pos barang biasa biasa menggunakan keretapi. Kenapa tidak gunakan kaedah pos yang biasa orang guna seperti pos laju, skynet, Gdex Citylink dan sebagainya. Biasanya orang pos barang naik keretapi sebab hendak hantar dan pos motosikal. Itu adalah apa yang saya faham sebelum ini. Tetapi rupa rupanya kotak alat pemproses makanan tersebut agak besar. Jadi sesuailah kalau pos pakai keretapi.
Check Dan Semak Track Nombor Tracking Keretapi Online
Sedikit maklumat buat anda. Syarikat pengangkutan keretapi di Malaysia hanya satu dan ianya bernama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kalau anda hendak naik keretapi, anda kena beli tiket keretapi dengan membuka website KTMB. TETAPI!!!, kalau anda mahu pos barang, ambil barang dan semak lokasi semasa barang yang anda hantar itu, anda kena semak di website Keretapi Tanah Melayu Distribution (KTMD) dengan menggunakan nombor tracking keretapi. Ingat! Jangan terkeliru pula ya. Ada beza di situ.
Ini anda kena faham dahulu. Biasanya pihak kurier servis tidak kiralah dari pos biasa atau dari keretapi. Mereka akan hantar barang anda sampai ke rumah. Kalau tiada orang di rumah, mereka biasanya akan telefon (call) anda. Kalau masih tidak dapat, maka anda sendirilah yang terpaksa pergi ke pejabat mereka untuk ambil barang anda sendiri.
Bahagian keretapi yang menguruskan penghantaran barang (delivery) menggunakan servis dari Keretapi Tanah Melayu Distribution (KTMD). Cara untuk semak tracking number keretapi Malaysia sama sahaja. Anda boleh lakukannya secara online melalui website KTMD sendiri. Di bawah ini saya kongsikan panduan dan rujukan buat anda sebagai contoh.
Langkah Check Tracking Number Keretapi
- KTMD – sila klik link ini untuk masuk ke website KTM Distribution
- Sila klik pada menu “TRACK & TRACE”
- Pada ruangan kotak, sila masukkan tracking no
- Kemudian sila klik “Track”
- Done
Di mana anda boleh dapatkan nombor tracking keretapi? Anda minta dari penjual. Sebab penjuallah yang akan pos barang kepada anda. Bila mereka pos barang menggunakan mana mana servis perkhidmatan kurier Malaysia, maka akan ada surat bukti pengeposan barang termasuk dengan tracking number sekali untuk penjual dan pembeli menyemak status terkini keberadaan barang anda itu sudah berada di mana.
Dalam kes keretapi, sila semak nombor tracking keretapi seperti yang saya kongsikan di atas. Kemudian lihat ianya sampai di stesen keretapi di mana. Anda pergi ke stesen keretapi berkenaan. Mereka akan minta nombor kad pengenalan (IC) anda dan juga tracking number. Jika barang tersebut memang ada, mereka akan serahkan kepada anda. Itu sahaja. Rupanya dengan keretapi anda boleh pos dokumen, parcel dan barang barang lain yang besar dengan mudah dan juga murah. Berkenaan kadar cas penghantaran melalui keretapi, sila lihat gambar di atas ya. Kalau masih tidak faham, tonton sahaja video di atas ini. Selamat mencuba. Bye