Trafik blog adalah jumlah bilangan pelawat iaitu pembaca yang masuk dan membaca blog kita. Dan biasanya pemilik blog akan dapat mengetahui berapakah jumlah pelawat yang masuk ke dalam blog mereka setiap hari melalui bacaan trafik dari Analytics yang disediakan oleh Google sendiri. Pemilik blog akan dapat melihat trend jumlah pelawat blog mereka setiap hari, mingguan, bulanan dan juga tahunan. Dari sinilah kita akan ketahui apakah trend atau keadaan atau isu semasa yang membuatkan trafik blog jatuh dalam satu satu masa tertentu. Bagaimana mengatasinya.
Sebenarnya sudah agak lama saya tidak menulis berkenaan tips blogging yang fokus kepada pengurusan blog. Rasanya sudah bertahun. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini corak penulisan saya lebih kepada kehidupan personal dan juga buat duit online. Maklumlah sudah bertahun dalam arena blogging Malaysia. Sebab itulah jarang menulis berkenaan tips tips blogging ini. Tetapi apabila melihatkan graf trafik harian yang jatuh banyak baru baru ini kerana “musim” tertentu, maka saya terfikir hendak menulis dan berkongsikan sedikit pendapat dan cadangan terhadap isu berkenaan.
Trafik Blog Jatuh Ketika Hari Raya
Baru baru ini kita telah berjaya melalui musim perayaan iaitu Hari Raya AidilFitri. Saya sendiri bercuti selama 1 minggu di kampung. Dan selama 1 minggu ini boleh lah dikatakan capaian internet sangat sangat kurang memuaskan di kampung halaman. Saya pengguna line Celcom, dan kawasan kampung halaman pula adalah kawasan Maxis. Dan kebetulan rangkaian Celcom sangat lemah di kawasan tersebut. Maka jadilah simbul H+ kepada E dengan kerap. Kalau smartphone tunjuk kekuatan internet di kawasan berkenaan hanya “E”, maka fahamlah kita yang internet capaian internet akan sangat lemah.
Namun ada bagus juga internet lemah. Kurang bermain social media. Fokus beraya dan bersembang dengan sanak saudara. Rasanya orang lain pun begitu juga. Kalau ramai orang yang kurang membuang masa dengan banyak dalam dunia internet ketika musim perayaan, maka tidak peliklah kalau pelawat blog iaitu trafik blog boleh jatuh merudum. Sebab ramai orang kurang bermain internet dan kurang membaca blog.
Tidak semua orang hadapi benda yang sama seperti yang saya alami. Boleh jadi ada orang blog mereka menerima kunjungan trafik yang tinggi ketika bulan puasa dan hari perayaan. Cumanya dalam kes saya, keadaan ini membuatkan saya terfikir, yang saya perlu fokus menambah artikel yang orang cari dalam bulan puasa dan juga hari raya. Oleh kerana penulisan sebegini kurang saya tulis dalam blog ini, jadi tidak hairanlah trafik blog jatuh ketika hari raya. Jelas ya.
Jadi apa yang perlu saya buat? Isu ini bukannya besar. Hanya untuk memberitahu saya yang kandungan berisikan bulan puasa dan hari raya sangat kurang dalam blog saya ini. Jadi untuk tidak lagi trafik blog jatuh ketika musim perayaan, maka saya kenalah perbanyakkan artikel yang ber isukan tajuk untuk bulan berkenaan iaitu bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Anda pandai pandailah sendiri fikir. Anda pasti tahu hendak tulis apa.
Penting ke hendak tahu berapa jumlah trafik blog jatuh atau naik? Tidak penting kalau anda hanya menulis sebab suka suka. Penting kalau anda buat duit online. Bila buat duit online dari blog, maka trafik yang terus tinggi dapat memberikan potensi income lebih tinggi. Macam anda buka kedai juga. Kalau orang kurang datang kedai anda, maka kuranglah potensi untung yang boleh anda jana dan sebaliknya. Faham kan. Apa apa pun selamat hari raya. Bye.
1 Comment
Walaupun dah lama kontennya tetap evergreen dan membantu saya ketika ini. Terima kasih perkongsian tipnya..