Saya sebenarnya telah beberapa kali mendapat pertanyaan dari “rakan online” tentang cara yang betul untuk menghantar wang dari akaun online banking Maybank ke akaun online banking yang lain. Mereka keliru terhadap beberapa terma perkataan yang digunapakai ketika mahu transfer duit dari Maybank2u kepada akaun Maybank atau bank bank yang lain. Masalah timbul apabila ada penerima yang mendapat duit dengan cepat dan ada yang dapat lambat. Dan di artikel kali ini saya mahu berkongsikan dengan anda secara ringkas tetapi mudah faham akan proses transfer duit dengan betul melalui Maybank2u ok.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh transfer iaitu hantar wang dari akaun Maybank secara online melalui akaun Maybank2u kepada akaun Maybank yang lain atau bank bank yang lain. Masalah yang mungkin berlaku adalah, ada pengguna yang kurang faham kenapa ada penerima yang terima lambat dan ada yang terima cepat. Saya ringkaskan contoh mudah begini. Sistem pos hantar barang ada yang gunakan pos biasa dan ada yang gunakan pos laju. Dua dua perkhidmatan sama tetapi berbeza dari segi kecepatan sampai. Jelas?

Sila klik Acounts & Banking untuk melihat akaun Maybank2u anda
Panduan Bagaimana Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Maybank Atau Bank Lain
Kita sekarang bercerita mengenai kaedah bank in duit secara online. Kalau anda bank in secara manual terus melalui mesin ATM, maka tiada isu lambat atau cepat. Selesai sahaja ada bank in duit, penerima duit biasanya sudah boleh check akaun bank mereka samada sudah masuk atau belum. Namun kaedah bank in duit online ini ada lambat dan ada cepat. Maka di sinilah anda perlu hati hati sedikit ketika lakukan transaksi secara online. Ada setting yang perlu anda pilih untuk lakukan transfer samada kaedah biasa atau cepat. Jelas?

Sila klik Transfers untuk mula hantar duit kepada penerima
Di bawah ini saya akan kongsikan 2 rujukan panduan kepada anda. Satu panduan untuk transfer duit dari Maybank2u kepada akaun Maybank yang lain. Dan satu lagi panduan untuk transfer duit dari Maybank2u kepada akaun bank yang lain. Jelas?

Pilih mahu transfer ke akaun Maybank atau bank lain
Cara Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Maybank
- Maybank2u – sila login akaun Maybank2u anda dengan memasukan Username, mengesahkan kod keselamatan dan Password anda dan kemudian sila klik Login
- Sila klik Acounts & Banking untuk melihat akaun Maybank2u anda
- Sila klik Transfers untuk mula hantar duit kepada penerima
- Sila pilih New 3rd Party Account Transfer untuk hantar duit ke akaun Maybank lain
- Masukkan jumlah wang yang mahu anda transfer di Amount. Masukkan nombor akaun Maybank pada To 3rd Party Account Number dan masukkan apa apa maklumat transaksi pada Recipient Reference dan klik Continue
- Sila klik pada Request For TAC. Dan anda akan menerima sms nombor TAC pada telefon anda. Dan masukkan nombor TAC yang diberikan pada ruangan SMS TAC dan kemudian klik Confirm
- Jika Status ditulis Successful itu bermakna transaksi anda itu berjaya dilakukan. Siap
- Biasanya transfer dari Maybank2u ke akaun Maybank lain akan hantar duit secara cepat pada hari yang sama tanpa dikenakan apa apa cas

Cara transfer duit dari Maybank2u ke bank lain
Cara Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Bank Lain
- Maybank2u – sila login akaun Maybank2u anda dengan memasukan Username, mengesahkan kod keselamatan dan Password anda dan kemudian sila klik Login
- Sila klik Acounts & Banking untuk melihat akaun Maybank2u anda
- Sila klik Transfers untuk mula hantar duit kepada penerima
- Sila pilih New 3rd Party Account Transfer untuk hantar duit ke akaun Maybank lain
- Sila pilih New Interbank Fund Transfer untuk hantar duit ke akaun bank lain
- Sila pilih akaun bank yang mahu anda hantar duit kepadanya. Dalam contoh ini saya pilih mahu transfer duit kepada akaun Hong Leong Bank dan kemudian klik Continue

Sila isikan semua maklumat yang diperlukan ini
- Sila masukkan jumlah wang yang mahu anda transfer pada Amount
- Mode Of Transfer – Ada 2 pilihan di berikan iaitu Instant Transfer dan juga Interbank GIRO. Kalau anda mahu hantar cepat dan penerima terima wang dengan segera on the spot, sila pilih tetapan Instant Transfer. Kalau penerima tidak kisah terima wang dalam masa 1-3 hari bekerja, sila pilih tetapan Interbank GIRO
- Recipient Name – nama penerima akaun yang mahu anda berikan duit
- Transaction Type – sila pilih Funds Transfer
- Account Number – sila masukkan nombor akaun penerima di sini
- Recipient Reference – masukan apa apa info berkenaan transaksi di sini. Contohnya bayar duit kereta, beri pada Ali, bagi kat mak, beli barang itu ini atau apa sahaja seperti nota ringkas dan kemudian klik Continue

Klik Request For TAC untuk menerima nombor TAC pada telefon anda
- Sila klik pada Request For TAC. Dan anda akan menerima sms nombor TAC pada telefon anda. Dan masukkan nombor TAC yang diberikan pada ruangan SMS TAC dan kemudian klik Confirm
- Jika Status ditulis Successful itu bermakna transaksi anda itu berjaya dilakukan. Siap
Sebenarnya kalau anda mempunyai akaun online banking seperti Maybank2u, CIMBclick dan sebagainya ianya akan memudahkan urusan anda. Ada banyak benda yang boleh anda lakukan melaluinya. Anda boleh beli topup melalui Maybank2u, bayar takaful melalui Maybank2u, bayar bil, buat simpanan pelaburan secara online dan banyak lagi dengan mudah dan cepat.
Langkah langkah untuk transfer duit dari Maybank2u ini bukanlah sesukar mana. Bagi anda yang pertama kali mungkin berasa susah. Jika anda sudah lakukannya berkali kali saya pasti ianya mudah untuk anda. Kepada anda yang masih keliru saya sediakan video di atas untuk rujukan dan tontonan anda. Saya harap selepas ini anda sudah pandai dan boleh hantar wang duit dari akaun Maybank2u anda kepada akaun Maybank lain atau kepada bank bank yang lain. Selamat mencuba. Bye.
Terima kasih admin atas perkongsian ini. semoga bermanfaat bagi pembacanya.