Saya tidak pasti kenapa masih ramai orang Islam yang masih belum menukar akaun kwsp biasa iaitu simpanan konvensional kepada akaun kwsp patuh syariah. Mungkin kerana tidak tahu, tidak berkesempatan untuk ke pejabat kwsp atau tidak rela untuk mendapat dividen kwsp yang sedikit dari biasa. Kalau ini sebabnya, anda sebenarnya memang kurang peka dengan isu semasa dan soal haram haram. Atas asbab ingin memudahkan urusan untuk membantu menukar akaun kwsp kepada akad shariah kepada pemegang akaun kwsp. Pihak kwsp memperkenalkan fungsi boleh tukar akaun kwsp kepada patuh syariah menerusi online sahaja.
Mesti akan ada yang bertanya, kenapa pihak kwsp tidak menukar sahaja akaun simpanan kwsp pemegang akaun muslim dari konvensional kepada patuh syariah. Bukanlah lebih mudah. Rupanya ada penjelasan dari pihak kwsp. Mereka tidak boleh sewenang wenangnya menukar akaun semasa kepada yang baru tanpa persetujuan pemegang akaun. Ini semua terikat dengan undang undang. Pemilik akaun boleh mengambil tindakkan mahkamah. Kerana ada sahaja orang muslim yang tidak bersetuju untuk akaun mereka ditukarkan kepada patuh syariah. Mungkin kerana berpendapat yang dividen kwsp patuh shariah adalah sedikit kurang berbanding akaun konvensional biasa.

Permohonan simpanan shariah diluluskan

Proses tukar akaun kwsp kepada patuh shariah melalui i-akaun kwsp online
Cara Tukar Akaun KWSP Shariah Online
Jadi atas sebab inilah kenapa hanya pemegang akaun simpanan kwsp sahaja yang berhak menukar akaun mereka kepada patuh syariah. Jadi untuk meningkatkan jumlah simpanan kwsp biasa kepada patuh syariah ini, maka pihak kwsp memperkenalkan fungsi baru untuk menukar akaun kepada syariah compliant secara online dan boleh dilakukan dengan mudah hanya melalui akaun kwsp online masing masing. Saya sendiri sudah login i-Akaun kwsp isteri saya dan memang ya terdapat fungsi untuk memohon akaun simpanan kwsp yang patuh syariah. Cubalah.
Di bawah ini saya kongsikan panduan bagaimana untuk anda menukar akaun kwsp anda yang biasa kepada patuh shariah. Yang paling utama sekali anda hendaklah mempunyai akaun kwsp online terlebih dahulu. Kalau belum ada, sila pergi ke pejabat kwsp, sila ke mesin kiosk dan aktifkan nombor telefon anda. Dan kemudian sila register akaun i-Akaun kwsp secara online dengan klik daftar kali pertama. Teruskan proses sehingga selesai ya. Dan selepas itu barulah boleh login akaun kwsp online anda secara biasa dengan mudah.

Permohonan simpanan shariah diluluskan
Panduan Tukar Akaun KWSP Shariah
- i-Akaun KWSP – sila login akaun kwsp online anda
- Sila lihat menu bar di bahagian atas. Sila klik “Simpanan Shariah”
- Sila klik “Register Here” untuk mula memohon penukaran akaun konvensional kepada patuh syariah
- Teruskan proses sehingga selesai. Done.
- Untuk lebih faham, tonton sahaja video di bawah ini ya.
Tahniah kepada anda kerana berjaya menukar akaun kwsp yang konvensional kepada patuh syariah yang halal lagi baik. Kenapa perlu tukar kepada yang patuh syariah. Tiada jawapan lain melainkan kerana anda hendak bersihkan sumber wang simpanan pencen anda dan juga mahu memastikan wang dividen kwsp yang anda dapat itu nanti adalah halal.
Anda setuju atau tidak kalau saya katakan ramai dari kita memang mahukan sumber rezeki, simpanan dan pelaburan itu adalah halal dan bersih dari riba. Namun ramai dari kita tidak kuat kerana bimbang tidak mendapat dividen tinggi dan akhirnya hanya menutup mata sahaja akan sumber dividen yang kurang bersih. Kos sara hidup, kepayahan dan lain lain sebab inilah kerana manusia kurang peka terhadap halal haram. Sekarang dengan adanya fungsi untuk tukar akaun kwsp kepada yang halal secara online dan mudah pula dilakukan. Maka tiada lagi alasan untuk tidak bersegera untuk memilih yang halal bila ianya sudah ada. Selamat mencuba. Bye.
Leave a Reply