Sebenarnya tajuk dan persoalan sebegini memang tidak patut tanya pun. Kalau anda seorang muslim (Islam), maka sudah tentulah anda perlu menukarkan simpanan kewangan yang anda masukkan dalam simpanan bukan islamik iaitu konvensional kepada yang islamik iaitu patuh syariah. Sebab itulah ketika pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan akaun simpanan kwsp syariah yang halal, saya terus memohon untuk menukar simpanan kwsp saya yang asalnya konvensional kepada yang patuh shariah. Terus tukar tidak perlu fikir lagi. Kecewa apabila masih ramai orang Islam yang belum menukar akaun kwsp mereka. Mungkin ada alasan disebaliknya.
Ada orang tanya, kenapa tidak tukarkan sahaja akaun simpanan kwsp yang tidak islamik kepada yang patuh islamik secara automatik kepada orang yang sememangnya Islam. Jawapan yang diberikan adalah tidak boleh kerana ianya terikat dengan undang undang dan perjanjian sedia ada. Pemilik yang akaunnya ditukar tanpa persetujuan boleh mengambil tindakkan mahkamah. Sebab itulah anda yang berminat perlu datang sendiri ke pejabat kwsp untuk membuat permohonan menukar akaun kwsp semasa kepada akaun simpanan kwsp syariah.
Orang Islam Mesti Tukar Dan Pakai Simpanan KWSP Syariah
Saya berfikir positif. Mungkin ada alasan kenapa masih ramai orang Islam yang belum menukar kepada simpanan kwsp patuh syariah. Mungkin kerana tidak tahu, malas hendak ke pejabat kwsp, mahu lihat lihat dahulu, tidak yakin dengan dividen yang bakal diberikan dan sebagainya. Ramai yang terkeliru dengan dividen kwsp yang diberikan setiap tahun. Tahukah anda, yang simpanan kwsp adalah berbentuk SIMPANAN. Ianya bukan satu tempat pelaburan. Harap anda faham perbezaan tersebut.
Oleh kerana ianya adalah berbentuk simpanan dan bukannya pelaburan. Maka ianya tidak ada kewajiban pun untuk memberikan berapakah kadar pulangan tahunan kepada simpanan anda di dalam kwsp. Oleh kerana kwsp sendiri menggunakan wang anda itu untuk dilaburkan di pasaran saham, maka sebab itulah kita dapat melihat pihak kwsp memberikan kadar dividen yang agak tinggi berbanding bank. Mudah cerita, ianya sebagai salah satu cara untuk membantu orang awam yang bekerja swasta misalnya untuk meningkatkan jumlah simpanan yang ada.
Ada beberapa persoalan yang mungkin akan ditanya berkenaan simpanan kwsp syariah itu sendiri. Saya pasti akan ada orang muslim Islam sendiri tidak faham akan kewajaran dan sebab kenapa kita perlu beralih kepada simpanan kwsp berbentuk syariah yang halal. Ini adalah langkah terbaik dari kwsp sendiri setelah mendapat maklum balas majoriti orang Islam memang mahukan simpanan kwsp yang syariah.
Sebab Perlu Menukar Kepada Simpanan KWSP Syariah
- Tiada Jaminan Modal Dan Kadar Dividen – tahukah anda di dalam Islam, setiap perniagaan yang sah dan halal memang akan berlaku untung dan juga rugi. Maka sudah tentulah tidak diperbolehkan untuk pihak kwsp (epf) untuk menjamin modal dan juga menetapkan kadar dividen terendah. Kalau untung, maka untunglah. Kalau rugi, maka rugilah.
- Non Muslim – semua orang Islam termasuk bukan Islam pun boleh memohon
- Kadar Dividen – income dari simpanan kwsp syariah adalah bersih. Dari rekod sejarah, kadar dividen untuk pencarum kwsp shariah pada tahun 2017 adalah sebanyak 6.4% setahun. Agak bagus. Jangan risau, panel pelabur dalam kwsp sudah tahu akan tujuan utama simpanan kwsp iaitu untuk meningkatkan simpanan pencarum. Jadi mereka akan pastikan portfolio pelaburan adalah yang paling kurang berisiko untuk rugi.
- Jawatankuasa Penasihat Shariah – pelaburan yang dibuat oleh kwsp untuk simpanan patuh syariah dipantau oleh jawatankuasa penasihat shariah ini. Mereka akan pastikan portfolio pelaburan adalah halal dan bebas riba
- Tidak Boleh Batal Akaun Kwsp Shariah – kepada yang sudah menukar akaun simpanan konvensional kepada simpanan kwsp syariah, tidak boleh lagi untuk menukar kepada yang sebaliknya
Mungkin ramai tidak tahu. Sebenarnya badan fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa dan menyatakan keperluan untuk orang Islam untuk membersih harta dan simpanan mereka termasuk simpanan yang ada di dalam kwsp. Anda tahu atau tidak, dividen yang dimasukkan ke dalam akaun kwsp anda memang bukan halal 100%. Anda kena keluarkan wang tersebut dan anda tidak boleh gunakan kerana ianya tidak halal. Kalau anda menukar akaun kwsp konvensional anda kepada Simpanan KWSP Syariah, maka dividen yang anda dapat dan dimasukkan ke akaun anda adalah 100% halal. Tidak perlu dibersihkan lagi. Hati rasa tenang. Jom tukar dan pakai simpanan kwsp patuh shariah. Bye