Saya telah mendapat respon komen dengan berbunyi begini “Nak Bermain Saham Kena Tuntut Ilmu Dulu. Berminat Tetapi Belum Berkesempatan Untuk Belajar!”. Satu komen dan pandangan yang saya rasakan benar tetapi kurang tepat untuk dikatakan kepada semua orang. Macam saya, saya telah hadiri seminar saham yang percuma 2 tahun lepas. Minat ada tetapi selepas dua tahun baru hendak mula membeli unit saham di kaunter saham Bursa Malaysia melalui iTrade CIMB. Kalau hendak tunggu ada ilmu pelaburan saham yang lengkap mungkin saya sampai sekarang masih belum beli beli lagi saham tersebut.
Dari apa yang saya perasan dan mungkin saya silap, kebanyakkan kelas belajar ilmu pelaburan saham ini mengenakan cas yuran yang agak tinggi. RM500 untuk satu sesi kelas belajar saham adalah nilai yuran yang biasa sebenarnya. Yang lain lain adalah seperti RM1000, RM1500, RM5000 dan lebih. Terkejut bukan? Kalau hendak tunggu kena ada duit untuk masuk kelas saham dan baru mula melabur saham, saya pasti ramai bangsa melayu terutamanya akan terus ketinggalan akan peluang buat duit dengan Bursa Malaysia. Ini pasti.
Mentor Kelas Ilmu Pelaburan Saham Terbaik
Sedangkan banyak slogan yang dilaungkan oleh orang yang menjalankan seminar saham ini mengatakan masalah “WANG” bukan masalah untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia. Masalah yang utama adalah “ilmu pelaburan saham”. Memang benar, tetapi beliau tidaklah mengatakan yang anda perlu dan wajib pergi kelas saham untuk mula pelaburan saham. Ya betul, dengan hadir ke kelas, belajar dengan betul, ikuti tips dan panduan yang diberikan akan memberikan anda persediaan sewajarnya untuk mengurangkan risiko rugi dan meningkatkan potensi untung.
Jadi apa yang saya buat kalau saya tiada duit hendak ke kelas saham untuk belajar ilmu pelaburan saham yang betul? Yang pertama sekali, mulakan langkah yang pertama dengan membuka akaun cds trading dahulu di mana mana bank investment. Macam saya, saya pergi ke CIMB Share Trading punya ofis. Saya daftar dan buka akaun pelaburan saham di situ. Ini penting bagi saya. Pergi seminar saham sana sini, sembang pasal untung buat duit dengan saham. Tetapi akaun cds pun masih tidak buka pun tidak guna juga.
Bila sudah ada akaun cds. Anda sudah boleh membuka website trading untuk melihat kaunter saham dan membeli mana mana unit saham yang anda mahukan. Mulakan dengan modal yang kecil dahulu. Rajin rajinlah baca maklumat berkenaan dunia saham tentang macam mana hendak beli saham, macam mana hendak mencari saham yang berpotensi, macam mana hendak tahu saham mana yang akan untung, saham mana yang patuh syariah dan sebagainya.
Nanti, bila sudah ada duit anda boleh ke kelas seminar saham yang professional yang mahal untuk belajar betul betul lengkap tentang ilmu pelaburan saham. Dan ketika itu, anda sudahpun ada basic asas tentang membeli saham dan melihat saham. Anda sudah biasa. Jadi ketika anda belajar untuk mendapatkan ilmu pelaburan saham yang lengkap, anda akan cepat belajar dan tangkap apa ilmu yang disampaikan kepada anda dengan mudah berbanding anda datang kelas saham dalam keadaan ZERO.
Mentor Pakar Pelaburan Saham Malaysia
- Dato Dr Nazri Khan – saya pernah hadir seminar Dato Dr Nazri Khan. Terbaik
- Mohd Asri Ahmad – salah seorang otai mentor saham yang terbaik masa kini
Mudah cerita, pada pandangan saya, kalau anda hendak buat duit dengan saham, sila buka dahulu akaun cds dan login website trading untuk membiasakan diri dengan platform jual beli saham. Tiada duit belakang kira. Belajar beli saham murah murah dahulu. Nanti bila sudah ada duit lebih saya memang sarankan anda untuk ke kelas saham. Pada mentor pakar saham manakah yang sesuai untuk anda masuk belajar ilmu pelaburan saham dari mereka? Pilih sahaja mana mana mentor saham yang saya cadangkan di atas ini. Mereka semua pakar. Selamat berjaya ya.