Salam kepada pembaca. Sebelum itu saya ingin memberitahu anda yang saya baru sahaja membuka akaun iTrade CIMB sebulan yang lepas. Dan selepas itu pula, saham pertama yang saya beli adalah saham TecFast iaitu pada 21 September 2017. Dan saham kedua yang saya beli pula adalah saham TRIVE pada 25 September 2017 dengan harga seunit RM0.170. Untuk pengetahuan anda, semalam iaitu pada 20 October 2017, harga seunit kaunter saham Trive telah meningkat menjadi RM0.235 dan saya terus menjualnya kerana telah mendapat untung. Dan sebelum kaunter Bursa Malaysia ditutup semalam, harga seunit Trive ditutup dengan harga RM0.250. Alhamdulillah saya berjaya jual dan berjaya buat profit.
Apa yang saya ingin sampaikan kepada anda berdasarkan ringkasan di atas ini? Saya hendak beritahu anda saya tiada pengalaman melabur saham. Dan saya baru sahaja aktifkan semula akaun cds trading saya selepas 2 tahun lalu saya buka dan menyepi selepas itu. Dan unit unit saham di atas ini adalah saham pertama yang saya beli sebagai tanda dan langkah yang saya mula hendak belajar dan serius mahu melabur dalam Bursa Malaysia. Dan langkah pertama saya adalah bersedia melabur duit yang saya bersedia untuk rugi sebagai salah satu kaedah saya belajar dan mencari pengalaman pertama.
Bagaimana Saya Untung 38% Sebulan Dengan Saham Malaysia
Saya belum pernah ke mana mana kelas belajar saham yang berbayar dan professional. Saya hanya pernah berpengalaman menghadiri seminar pelabur global percuma kendalian Dato Dr Nazri Khan untuk mengetahui apakah itu saham sebagai asas. Dan kos saya melabur dan membeli unit saham buat pertama kali tidaklah besar mana. Hanya ratus ratus ringgit sahaja. Beli saham yang murah murah dahulu dan tidak kisah sekiranya saya gagal dan rugi. Ini kerana saya hendak belajar cara bagaimana untuk membeli unit saham dan bagaimana untuk menjual unit saham sebagai bentuk pelaburan ilmu yang boleh saya berikan kepada diri sendiri.
Dan alhamdulillah, dengan penjualan unit saham TRIVE semalam ianya telah melengkapkan kitaran pembelajaran saya untuk asas. Maksudnya saya telah pandai untuk membeli dan menjual saham dan dalam masa yang saya saya membuat untung (profit). Adakah benar saya telah menjana untung setinggi 38% dalam masa tidak sampai sebulan sebagai seorang newbie yang masih baru dalam dunia pelaburan saham? Jawapannya adalah YA. Saya sendiri terkejut sebenarnya. Saya jual saham itupun setelah teringat kata kata pakar saham. Kita jangan tamak. Apabila unit saham telah mencapai untung, kita terus jual. Jangan tunggu lagi. Jadi saya terus juallah.
Ringkasan Bagaimana Saya Mendapat Profit 38% Sebulan Dengan Saham
- Saya beli saham Trive pada harga RM0.170 seunit pada 25 September 2017
- Saya jual saham Trive pada harga RM0.235 seunit pada 20 October 2017
- Keuntungan se unit saham Trive adalah = RM0.235 – RM0.170 = RM0.065
- Peratusan keuntungan (kenaikkan) = RM0.065/RM0.170 x 100% = 38.23%
- Saya beli 5 lot saham = 500 unit saham
- Harga belian = RM0.170 x 500 unit = RM85
- Harga jualan = RM0.235 x 500 unit = RM117.5
- Keuntungan kasar = RM117.5 – RM85 = RM32.5
- Keuntungan bersih (selepas tolak semua cukai) = RM32.5 – 27.5 = RM5 UNTUNG
- Modal kecil keuntungan juga kecil. Modal besar, keuntungan pasti besar
Saya punya pegangan, untuk pertama kali melabur dalam saham. Saya bukan mahu buat untung gila gila atau menjadi kaya. Pegangan saya, buat masa di awal ini, saya anggap saya sudah berjaya buat untung kalau saya berjaya dapat RM1 selepas ditolak cukai belian dan jualan unit saham. Bagi saya untung RM1 adalah untung. Itu bermakna saya berjaya buat hasil profit dan saya tidak rugi. Kalau dengan modal yang kecil saya berjaya buat untung, sudah tentu saya menjadi lebih yakin untuk membuat pelaburan yang lebih besar dan tinggi. Ini cara saya. Insyaallah kalau anda duit, saya mahu ke kelas belajar saham dengan sifu saham Malaysia yang berpengalaman luas untuk saya kembangkan kareer dalam dunia pelaburan saham dengan lebih baik. Bye
2 Comments
saham kalau pandai memang boleh untung banyak
jom lah cuba