Kepada pembaca, ini ada pandangan umum saya berkenaan topik untuk membuka kedai cyber cafe. Saya tahu, sampai sekarang masih ada orang yang teringin menjalankan perniagaan dan salah satu yang diminati terutamanya golongan muda adalah kedai cyber cafe. Jadi persoalan yang timbul yang ingin saya timbulkan adalah, adakah idea membuka perniagaan cyber cafe ini berbaloi pada zaman kini? Saya tidak berniat untuk menakutkan anda dan tidak juga berniat untuk melemahkan semangat anda dalam dunia bisnes.
Untuk pengetahuan anda, saya berpengalaman dalam menjalankan dan membuka kedai cyber cafe selama 1 tahun. Dan saya tiada niat untuk dapat wang yang banyak dalam bidang ini. Niat saya, asalkan angan angan saya tercapai dan saya tidak rugi RM1 dan untung RM1 selepas ditolak semua kos pun sudah memadai. Saya tahu pemikiran saya sebegini pelik. Tetapi kalau saya untung RM1 sebulan pun itu bermakna saya mampu bayar kos bulanan tanpa masalah cumanya saya tidak dapat untung untuk saya berbelanja.
Berbaloikah Buka Kedai Cyber Cafe Kini
Jadi adakah saya rugi semasa menjalankan bisnes kedai cyber cafe masa lalu? Saya tidak rugi masalah saya mendapat keuntungan. Cumanya disebakan kedai cyber cafe saya terialisasi dengan penggambungan modal dari 2 orang (saya dan seorang lagi partner), maka keuntungan bulanan terpaksa di kongsi kepada 2 orang selepas ditolak kos kesemuanya. YA, saya masih menjana untung TETAPI tidak banyak.
Kenapa saya bangkitkan persoalan “untungkah jika buka kedai cyber cafe buat anda?”. Ingat, ini hanyalah pandangan saya sahaja. Anda berhak menerima dan berhak tidak menerimanya. Di bawah ini saya senaraikan kenapa saya tidak menggalakkan anda untuk menceburi bidang ini pada masa kini ;
- Majoriti orang Malaysia sudah mempunyai smartphone/tablet
- Hanya peminat games tegar sahaja kini masih ke kedai cyber cafe
- Majoriti orang awam sudah mempunyai akses internet (broadband)
- Kos modal permulaan tinggi
- Lesen membuka kedai cyber cafe yang mahal
- Sudah tidak ramai yang mahu ke kedai cyber cafe
- Kos penggunaan sejam interet yang murah tetapi kos elektrik yang mahal
- Kurang menjadi pilihan zaman kini sebagai satu model bisnes
- Banyak contoh kedai cyber cafe tidak bertahan lama
Website Yang Menjual Komputer Terpakai/Refurbished
- Lazada – anda boleh mencari komputer desktop murah di sini
- Shopee – anda boleh mencari komputer desktop terpakai di sini
Saya sendiri percaya, yang anda sendiri pun sudah lama tidak ke kedai cyber cafe bukan? Kerana apa? Kerana anda kini sudah mempunyai akses internet melalui streamyx, broadband yang digunakan pada smartphone dan tablet anda betul? Mudah cerita, dengan kos yang terpaksa anda laburkan tinggi dengan pulangan keuntungan yang tidak pasti dengan bisnes kedai cyber cafe secara peribadinya saya tidak menggalakkan anda untuk menceburi perniagaan ini. Anda boleh tumpu kepada bidang bisnes perniagaan yang lain. Ini pendapat saya. Bagaimana dengan anda? Setuju? Tidak setuju?
18 Comments
Idea untuk buka cc dah lama dan banyak kali saya fikirkan, macam tuan cakap, susah nak untung kalau buka cc zaman sekarang ni, melainkan terlalu banyak keistimewaan yang kita tawarkan yang memerlukan modal yang lebih besar
bagi saya modal besar dan permintaan kurang sangat bahaya untuk buka CC
Mmg betul tu bro,. kurang untung dan kurang pelangan. Sebab rata2 org lebih suka mengadap hp atau laptop di rumah…
adik saya pun dah ada smartphone, memang x ke CC gayanya
Saya rasa lokasi juga menjadi faktor penting. Macam di cybercafe di tempat saya sentiasa full kerana masih ramai yang tidak mampu mempunyai komputer yang spec tinggi untuk bermain game. Malah Internet mereka juga tidak sesuai untuk bermain game.
Kalau tempat tu ramai remaja, insyaallah mesti boleh berjaya CC tu. Lagipun masih banyak yang tak langgan streamyx jadi kalau nak download fail mereka suka ke CC kerana Internet yang laju. Sekadar pendapat….
setuju juga, mungkin kena tgk juga faktor lokasi dan penduduk setempat
Pendapat aku la, aku setuju dengan posting ni. Pasal rata-rata yang datang cyber cafe skang ni pun budak-budak sekolah. Datang pun sebab main game online. Student ipta ipts sendiri jarang pergi cyber cafe dah skang ni. Masing-masing ada broadband. Tak pun kalau sewa rumah langgan streamyx. Kalau dah satu rumah 10 orang bayar bil Rm100 sebulan, baru Rm10 sorang. Nak laju lagi ambil unifi, baru Rm150 sebulan. Nak download dengan main game online pun puas hati.
betul tuh Tuan
emm…mungkin kalau di kawasan perkampungan, CC ni masih relevan utk dibuka. Cuma kesan yang tak elok nya nnt, budak2 sekolah ramai yg akan lepak di CC semata2 nak main game.
kalau di bandar, memang kurang sambutan
kampung saya setuju, dan saya juga setuju ianya kurang elok kerana faktor games tersebut
biasa, aku gi kedai sebab nak check akaun adsense je.
haha..
tak pun, sebab nak main game.
main internet memang takde feel sangat sebab dah biasa wat kerja kat rumah.
jauh nyer nak check adsense sampai ke cc
Saya nak tanya admin… ada x pihak yg mnydiakaan pakej bayaran ansuran (komputer,serve dll) yg boleh d prcya… kepada mereka yang ingin memulakan peniagaan CC…
sepanjang saya tgk dan buat carian, belum ada yang buat pakej ansurans bro
Kat sini ada buat pakej. dah lama. cuba contanct.
https://crescent18.wordpress.com/pakej-cyber-cafe/
Encik tlg sya kjp ye..blh beritahu sya apa kelebihan,risiko dan sebab bila kita membuka atau memulakan sebuah perniaagan cybercafe??
#ForKerjaKursus
#ForKerjaKursus
Sekarang dh famous pro gamers yang kaya raya disebabkan online game seperti Dota 2, CS:GO, dan LoL. So blh buat, melahirkan bakat-bakat pro gamers dari Cyber Cafe. Kebanyakan CC yang aktif akan selalu anjur event Tournament untuk games seperti di atas. Team yang menang akan di’sponsor’ oleh CC tersebut untuk ke tournament yg lebih berprestij seperti Selangor Cyber Games, Malaysia Cyber Games, LoL peringkat Negeri dll.
Risiko bukan cc adalah memerlukan kos yang tinggi dari segi hardware dan software. Pastikan software dan hardware adalah yang terkini.
CC juga perlukan sambungan internet (enterprise type bkn home type) yang laju. 1 CC memerlukan sekurang-kurangnya 2 line internet berkelajuan kalo streamyx 8mbps, kalo unifi no prob…1 line dh ok sbb 1 line 50 mbps.
Maintenance. Pastikan tuan empunya cc ada kemahiran IT especially hardware. Dapat jimatkan kos bnyk.
CC perlu gunakan air cond untuk keselesaan pengguna dan menyejukkan CPU. CPU yang panas akan cepat rosak.
Terbaikkkkkk