Ramai sekali yang bertanyakan tentang bagaimana dan apakah servis Memendekkan Link URL yang boleh digunakan, Sebenarnya servis Memendekkan Link URL ada banyak disediakan oleh servis perkhidmatan online seperti Bitly, Tinyurl, Easyurl, Deck.ly, Is.gd, Goo.gl dan pelbagai lagi. Memang ada banyak. Dan antara yang paling popular ketika ini tentulah dari Bit.ly. Ada yang bertanya dan saya sendiri pernah bertanya akan apakah kegunaan servis Memendekkan Link URL ini. Dan dari jawapan yang saya terima adalah untuk memudahkan link yang panjang apabila di share dan menyorok link sebenar dari diketahui. Apakah tujuannya?
Ada pasti perasan link yang sebegini contohnya “http://www.blogapaapa.com/cerita-tentang-dunia-kini”. Link sebegini yang panjang (ada lagi panjang) selalunya kurang digemari untuk di “share” kerana panjang dan kadang kala kita boleh melakukan kesilapan kerana silap cara copy link url tersebut. Dengan perkhidmatan servis Memendekkan Link URL seperti ini contohnya “http://bit.ly/akPn” ianya tetap membawakan link sebenar sesuatu artikel itu cumanya link urlnya telah dipendek dan dipermudah.
Cara Memendekkan Link URL
Itu tentang mahukan link url menjadi pendek. Ada juga yang menggunakan servis Memendekkan Link URL untuk menyorok link sebenar dari diketahui. Seperti anda selalu menekan link di media social Facebook untuk membaca artikel yang disebar luas. Ada ketikanya anda tidak suka dengan artikel dari blog tertentu kerana ianya hanya menarik anda membaca kerana Tajuk Berita yang menarik perhatian tetapi kandungan isinya tidak seperti tajuknya. Jadi dengan cara Memendekkan Link URL ini anda sebagai pembaca tidak tahu apakah link tersebut membawa kepada link blog yang anda tidak suka? Kelebihan ini digunakan secara salah oleh blogger yang mahukan trafik secara tidak wajar bagi saya.
Dua sebab kita telah ketahui akan fungsi Memendekkan Link URL ini iaitu memendekkan url dan juga menyorok link sebenar dari diketahui umum. Dua dua ada kebaikkan jika diguna secara betul. Antara kelebihan yang saya suka terhadap servis Memendekkan Link URL ini adalah kebolehan untuk mendapatkan statistik terhadap link yang digunakan.
Katalah saya ingin membuat jualan produk affiliate. Saya memendekkan link affiliate saya dengan mengunakan servis URL shortener dari Goo.gl. Dan selepas sebulan katalah saya mendapat jualan dari link affiliate yang telah saya pendekkan. Dari sana saya akan dapat membaca dan melihat langsung berapakah jualan yang saya dapat dari jumlah klik yang saya terima. Mungkin anda kurang faham dan jelas. Mari saya tunjukkan pada gambar dibawah dari salah satu link yang saya gunakan dan telah saya pendekkan.
Tekan Gambar di Bawah Untuk Besarkan Gambar
Lihat gambar diatas, saya telah menggunakan Servis Memendekkan Link URL dari Google Url Shortener. Mengikut rekod yang dicatatkan, didalam sebulan saya telah menerima 2078 clicks. Jika link ini saya gunakan untuk membuat jualan, maka dari sini saya akan ketahui perbandingan jumlah jualan produk saya berbanding dengan jumlah klik yang saya terima. Saya juga mampu untuk melihat dari mana klik ini datang, adakah dari blog, dari twitter, dari Facebook dan negara manakah yang klik link url saya. Dan inilah kelebihan kenapa ramai yang suka untuk menggunakan servis Memendekkan Link URL ini. Termasuk saya.
Saya lebih suka menggunakan perkhidmatan dari Google URL Shortener. Bagi saya kenapa perlu menggunakan servis lain jika Google sendiri ada menyediakannya. Betul tak? Sebagai contoh saya akan gunakan Google URL Shortener untuk menunjukkan cara Memendekkan Link URL dari Google. Lihat dibawah;
- Lawati link ini >>> http://goo.gl <<<
- Lihat gambar pertama diatas ada saya letakkan No1, No2 dan No3 bukan. Ikuti langkah tersebut
- Masukkan link yang mahu anda pendekkan di No1
- Sila tekan “Shorten URL” seperti di No2
- No3 menunjukkan link url yang telah dipendekkan. Sila gunakan link yang pendek selepas itu
Saya harap penjelasan ringkas saya tentang cara Memendekkan Link URL dapat difahami dengan mudah oleh anda yang membaca. Saya sendiri kebanyakkannya menggunakan perkhidmatan sebegini untuk melihat statistik klik produk affiliate yang saya terlibat. Ianya banyak memberikan faedah buat saya. Kalau dulu saya berasa janggal dengan servis sebegini kerana merasakan pelik dengan tujuannya. Tetapi kini setelah faham akan kebaikkannya maka saya gunakan secara meluas. Buat kawan kawan yang membaca. Selamat mencuba..
19 Comments
Saya suka guna link pendek google dan bit.
dua dua ni memang popular setakat nih
terima kasih perkongsiannya dan mudahan ramai dapat manfaatnya ni.
mudah mudahan
Aku suka guna Bitly sebab boleh setting untuk guna domain sendiri pada URL pendek tu..
sy biasa guna bitly juga
takpe boleh cuba2 google shortener pula nanti
saya terus guna google jer
Yup ini merupakan URL shortener terbaik saya pun guna juga
best kan
Google url shortner memang best..hehe..login dan nikmatinya..hehe
best best
mmg mudah dan bagus gunakan goo.gl nie…
dulu saya pun selalu guna.. tqvm bro atas info nie…
sama sama Hairul
baru sy tau yg google ada perkhidmatan ini. biasa nampak dr tiny.url tu. terima kasih atas perkongsian..
sama sama
kadang-kadang sahaja guna..selebihnya main redah sahaja..apa-apapun perkongsian ini amat menarik..
terima kasih bro hanafi
Boleh cuba review http://lynk.my pula 😀
Total newbie. ^___^