Adakah anda ingin menjadi usahawan dengan menjual kek dari rumah? Anda sebenarnya boleh sahaja menjalankan perniagaan dengan menjual kek secara online. Saya tidak pasti samada kek boleh di buat “delivery” penghantaran secara jauh atau tidak. Kalau tidak boleh, menjual kek dari rumah untuk kawasan yang mampu di hantar oleh anda adalah lebih praktikal. Adakah anda mampu buat kek dari rumah? Anda ada bakat dalam kek atau tahu cara membuat kek?
Bila sebut usahawan masa kini, kita tidak boleh terlepas dan lalai dari menggunakan media internet seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatapps dan sebagainya untuk mempromosikan bisnes kita. Saya pernah menuliskan artikel keberkesanan menggunakan medium seperti Facebook dalam membantu memperkenalkan bisnes makanan dari rumah secara Food Delivery. Saya mengajak anda untuk membaca artikel saya tersebut. Kalau anda hendak buat kek dari rumah dan menjual dari rumah pun tiada masalah. Telah ada bukti ianya boleh dijayakan dengan adanya Facebook.
Panduan Bisnes Online Untuk Buat Kek Dari Rumah
Adakah anda mempunyai apa apa masalah untuk menjayakan misi anda ini? Atau adakah anda sebenarnya tidak tahu cara untuk buat kek dari rumah yang popular yang mendapat permintaan kini? Kalau ini masalah anda iaitu tidak tahu cara untuk membuat kek dan tidak tahu kek yang manakah menjadi pilihan kini. Di artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 5 jenis kek yang mungkin sesuai buat anda dan anda akan belajar cara membuatnya dengan mudah kerana telah di sediakan panduan berkenaan.
Oleh kerana anda memang betul betul mahu menjalankan bisnes kek secara online melalui Facebook (cadangan), maka adalah lebih baik anda buat kek dari rumah dengan menu kek yang menjadi trend terkini yang menjadi pilihan ramai. Tidak salah mencuba menu kek lain dari yang lain, cumanya menu kek yang menjadi pilihan selalunya mudah terjual kerana “jenama” nya. Jom lihat senarai 5 kek yang menjadi pilihan.
- Panduan Cupcake – Pelajari cara membuat aneka cupcake iaitu kek cawan yang menarik dan cantik
- Panduan Kek Cheese – Belajar cara membuat kek cheese meleleh yang menjadi pilihan ramai di internet
- Panduan Kuih Tart – kuih tart jenis lama kepada kuih tart yang baru seperti cheese tart
- Panduan Kek Kukus – Kek kukus yang menjadi kesukaan buat peminat kek kukus
- Panduan Kek Coklat – Panduan membuat pelbagai kek coklat yang sedap
Di atas adalah 5 senarai kek yang popular yang boleh anda buat kalau anda mahu. Panduan yang saya perkenalkan ini adalah dalam bentuk CD Video. Jika anda mendapatkan panduan buat kek dari rumah akan mana mana atau kesemua kek berkenaan, anda akan mendapat CD Video yang akan di hantar ke rumah anda. Anda akan menonton proses cara membuat kek berkenaan dengan pelbagai resepi yang diberikan. Sudah tentu pembelajaran yang paling baik adalah dengan melihat sendiri proses pembuatan kek berbanding alat bacaan jika anda tidak dapat memperlajarinya melalui kelas pastry. Saya berharap anda suka dengan apa yang saya perkenalkan dan semoga berjaya dengan bisnes makanan anda.