Ada orang tanya berkenaan “waiting period” ketika mengambil mana mana polisi insurans takaful perubatan. Mereka tidak faham kenapa perlu menunggu untuk membolehkan mereka mendapatkan manfaat perlindungan perubatan tersebut kerana mereka telah bayar. Dan soalan ini juga dikemukan oleh sesetengah orang ketika diperkenalkan dengan WE KONGSI. Jadi soalan berkenaan waiting period We Kongsi pun ada ditanyakan juga. Jadi di artikel ini izinkan saya berikan sedikit pencerahan dan penerangan berkenaan hal ini. Ok, jom baca.
Mana mana syarikat ditubuhkan adalah untuk menjana keuntungan. Tidak ada syarikat ditubuhkan semata mana untuk rugi atau kerja amal. Kalau ada pun kerja amal, syarikat memang dijalankan bukan berasaskan keuntungan semata mata, namun ianya tetap mendapat untung sedikit untuk membayar kos kos operasi syarikat mereka. Ini adalah normal. Syarikat insurans, takaful dan sebagainya ini bukan pusat kebajikan.

Tempoh Masa Menunggu (Waiting Period) We Kongsi
Dan syarikat seperti We Kongsi juga begitu. Tidak mungkin syarikat mahu menawarkan perlindungan penjagaan kesihatan dengan membayar bil rawatan hospital yang sangat tinggi kepada ke semua ahlinya lagi lagi kepada ahli yang baru sahaja mendaftar. Hari ini daftar, esok sudah boleh menerima manfaat penjagaan kesihatan. Ini adalah tidak mungkin. Anda masuk hari ini, bayar RM50, esok terus masuk hospital swasta dan syarikat kena bayar RM30K keseluruhan bil rawatan anda sepanjang anda berada di dalam wad. Logik? Sudah tentu tidak bukan?
Waiting period adalah prosedur biasa dalam mana mana medical card yang ada di dunia. Contoh, Ahmad ada kanser. Dia ambil medical card hari ini. Jika tidak ada waiting period, esok Ahmad masuk hospital untuk mendapatkan rawatan. Adakah syarikat yang rugi atau Ahmad yang untung? Ahmad lah yang untung. Sebab dia tahu yang dia sakit dan baru ambil medical card. Dan kalau semua orang buat yang sama macam mana? Sudah tentu syarikat akan rugi terus. Atas sebab inilah waiting period ini adalah perlu. Jelas? Faham?

Waiting Period WeKongsi
- 0-90 hari – Tuntutan kos kemalangan sehingga RM10,000
- 91 hari – 180 hari – Tuntutan untuk rawatan sakit biasa (common illness) seperti demam, selsema, denggi, keracunan makanan dan sebagainya
- Selepas 181 hari – Tuntutan untuk rawatan penyakit kritikal seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetis, buah pinggang, kanser dan sebagainya
Cover yang paling pantas adalah perlindungan kemalangan. Anda daftar dan aktif hari ini, jika berlaku musibah kemalangan, anda boleh terus menerima manfaat faedah kemalangan sebanyak RM10k. Tetapi dinasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan dihospital kerajaan ya. Ini kerana kebiasaannya nilai RM10K untuk hospital swasta pun tidak cukup. Kalau anda daftar sekarang, selepas tamatnya tempoh waiting period We Kongsi, anda akan terus di cover sebanyak RM1 juta sebagai limit tahunan medical card We Kongsi anda. Jelas? Faham?
Daftar/Register We Kongsi
- [ Landing Page We Kongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ Register We Kongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kesimpulan, waiting period adalah tempoh masa menunggu sebelum anda diberikan perlindungan (cover) untuk tahap tahap penyakit. Penyakit yang biasa akan cepat diberikan perlindungan. Penyakit yang kritikal akan memerlukan tempoh masa menunggu yang sedikit lama. Selepas tamatnya tempoh waiting period WeKongsi yang dinyatakan di atas ini, ke semua kos bil rawatan perubatan anda di hospital akan menerima had limit sebanyak RM1 juta setahun. Menarik? Harap anda jelas ya dengan waiting period We Kongsi berdasarkan perkongsian di atas ini ya. Tunggu apa lagi, jom daftar We Kongsi sekarang juga. BYE!!!.