Khas untuk buat pembaca yang bernama mahasiswa. Adakah anda perlukan Wang Tambahan untuk kehidupan pembelajaran anda? Adakah baki wang dari PTPTN masih mencukupi? Kehidupan mahasiswa dengan wang pinjaman dari tabung PTPTN hanya cukup cukup sahaja. Dan saya sebagai yang telahpun berpengalaman menimba ilmu di UiTM tahu apa yang dirasakan oleh siswa dan siswi. Akan tetapi UiTM adalah salah satu universiti di Malaysia yang mengenakan yuran pendidikkan yang paling murah berbanding dengan di universiti yang lain yang terdapat di Malaysia. Betul bukan kata saya?
Umum mengetahui yang mahasiswa bagi jurusan tahap diploma hanya mendapat pinjaman PTPTN sebanyak RM2500 sahaja untuk digunakan didalam tempoh satu semester yang bersamaan dengan 6 bulan. Kebiasaannya RM500 akan diguna untuk bayaran yuran kemasukkan di Universiti setiap semester. Jadi yang tinggal hanyalah RM2000 sahaja. Kalau dibahagi dengan tempoh pendidikkan selama 6 bulan (lebih kurang 5 bulan sebenarnya), mahasiswa hanya mendapat sebanyak RM400 sebulan untuk tempoh 5 bulan.
Pengalaman Wang Tambahan Untuk Mahasiswa
Saya telahpun menamatkan zaman sebagai mahasiswa sejak 8 tahun lepas. Saya tidak pasti dengan corak dan keadaan situasi pembelajaran di UiTM kini. Maksud saya adakah semua siswa dan siswa kini 100% duduk di hostel yang telah diberikan atau masih ada yang perlu tinggal diluar iaitu rumah sewa selepas duduk di hostel beberapa semester. Minta kepastian dari anda yang bergelar mahasiswa di UiTM.
Tetapi tidak mengapa, artikel saya pada kali ini bersifat umum dan rasanya sesuai buat semua mahasiswa di pelbagai universiti kerana semuanya tetap menerima RM2500 setiap semester bagi program diploma. Dan saya pasti ramai mahasiswa dari peringkat Universiti mahupun di Politeknik perlu untuk duduk di rumah sewa untuk beberapa semester terakhir.
Jadi bagaimana dengan mahasiswa yang perlu untuk tinggal diluar iaitu rumah sewa. Adakah RM400 sebulan berdasarkan kiraan saya cukup? Kalau anda tanya saya, saya akan katakan yang RM400 sebulan sebagai “mahasiswa” adalah “cukup cukup” sahaja. Jika anda perlukan Wang Tambahan, apa rasanya yang perlu anda lakukan kini? Bekerja part time? Tidak, jangan lakukan itu. Anda hanya memenatkan diri anda sendiri dan mungkin dari badan dan minda yang letih menyebabkan anda kurang pula memberikan fokus terhadap apa yang perlu anda fokus iaitu pembelajaran.
Saya ingin kongsikan dengan anda (mahasiswa) akan cara untuk membuat dan mendapatkan Wang Tambahan buat anda secara “pasif”. Maksud “pasif” disini adalah wang yang bukan selalu anda dapat tetapi pasti (kalau kena cara) anda akan tetap mendapat hasil (wang) setiap bulan. Anda sebulan hanya perlu membelanjakan RM400 sahaja bukan? Adakah penambahan RM50 didalam sebulan sudah memberi kesan kepada wang perbelanjaan anda? Bagaimana jika RM100 sebulan? atau RM200 atau RM300 atau lebih? Saya sendiri pasti RM50 sebulan bukan ilusi malah boleh jika anda berusaha. Apa itu? baca dibawah ini
Saya sebenarnya teringatkan masa saya dizaman seperti anda. Dan antara yang buat saya terfikir akan hal ini sudah tentu perihal “DUIT”. Jadi saya ingin sangat berkongsi dengan anda supaya anda tidak melalui zaman seperti saya dan tidak ada alasan lagi buat anda untuk mendapatkan Wang Tambahan semasa anda sedang berlajar kini.
Dunia anda sekarang sudah zaman internet. Saya pasti majoriti mahasiswa kini sudahpun mempunyai akses kepada talian internet. Saya sarankan untuk anda membuat duit secara online melalui program affiliate. Ya, program affiliate adalah salah satu cara buat duit yang SANGAT SESUAI dan SANGAT TERBAIK buat mahasiswa. Kenapa saya katakan sesuai? Ini kerana saya sendiri sedang menikmati hasil dari program affiliate dan ianya memang sesuai buat anda yang senantiasa berada di bilik hostel/rumah sewa apabila tiada kuliah dan mempunyai sambungan talian internet. Jadi tiada alasan untuk anda katakan tidak boleh.
Anda boleh baca disini tentang pendapatan blog ini dan juga tentang akan apa itu affiliate. Semoga panduan ringkas ini boleh membuka mata anda bahawa ada diluar sana ada cara yang boleh untuk anda (mahasiswa) gunakan untuk mendapat Wang Tambahan secara online. Rasanya tidak perlulah bersusah payah untuk bekerja part time diluar sana jika ada cara yang lebih memudahkan anda melalui cara sebegini. Akhir kata, selamat maju jaya didalam pendidikkan anda dan jangan lagi risau dengan isu wang PTPTN tidak mencukupi. Bye.
6 Comments
Budak-budak sekarang ni beruntung sangat. Banyak kemudahan untuk mereka mencari duit tambahan , antara rajin dan tidak aja..:)
betul tuh diarymama
budak sekarang banyak manja dari yang dulu-dulu
ada betul tuh
untunglah budak sekarang duduk depan pc pun boleh buat duit
kalau zaman kita dulu ada macam ni mesti best kan, silap silap PTPTN pun cepat habis bayar kan