Saya sudah bertahun melanggan menggunakan kad perubatan (Medical Card) dari PruBSN dan kemudiannya ke AIA. Cuma dari apa yang saya perasan, seiring dengan meningkatnya kos sara hidup, maka sudah tentulah kos bayaran bulanan untuk memiliki sekeping kad perubatan pun menjadi lebih mahal. Dan sehinggalah saya ditemukan dengan pelan perlindungan kos rawatan perubatan hospital yang berharga murah yang bernama We Kongsi. Anda pernah dengar?
Jujur cakap saya tidak pernah dengar tentang WE KONGSI ini. Rupa rupanya plan medical card WeKongsi ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2023. Saya jadi skeptikal pada mulanya apabila diperkenalkan oleh seorang rakan lama. Mana tidaknya, saya sendiri kena bayar RM178 sebulan sebuah medical card dari produk takaful. Tetapi di WeKongsi, saya dapat kemudahan yang hampir serupa atau lebih baik dengan bayaran tidak lebih dari RM90 sebulan di We Kongsi. Perbezaan bayaran langganan bulanan yang berbeza ya. Bukan sikit perbezaan tersebut. Baiklah, jom kita terus pada topik utama.

Pelan Perlindungan Perubatan Mampu Milik WeKongsi
We Kongsi adalah syarikat yang di asaskan oleh KITA KONGSI SDN BHD yang ditubuhkan persis sama macam model khairat kematian. Kita bayar duit. Duit dikumpulkan oleh ahli yang ramai. Dan mana mana ahli yang sakit admit masuk wad, wang yang dikumpul itulah digunakan untuk membayar bil rawatan di hospital swasta dan juga kerajaan. Perlu saya ingatkan yang WeKongsi ini adalah pelan perlindungan perubatan untuk bayar bil rawatan di hospital. Ianya bukan kad hibah mahupun takaful insurans. Harap anda dapat beza antara hibah, takaful dan medical card ya.
Saya terus kepada topik utama iaitu berkenaan We Kongsi itu sendiri. Kalau dikatakan murah dan mampu milik, berapa sebenarnya wang yang perlu kita keluar dan belanjakan setiap bulan untuk memiliki sebuah medical card WeKongsi?

Membership Fee (Yuran Keahlian)
- RM40 untuk bulanan
- Atau RM100 setiap suku bulan
- Atau RM360 untuk setahun
Bayaran keahlian dikenakan sebanyak RM40 sebulan atau RM100 setiap 3 bulan RM360 setahun. Kalau anda buat kira kira, adalah lebih jimat kalau anda terus membayar yuran keahlian secara terus setahun. Tapi terpulang dan bergantung kepada bajet masing masing. Ini adalah bayaran yuran pengurusan sebab itulah ianya disebut sebagai membership fee. Bayaran untuk memastikan syarikat We Kongsi berjalan dan berfungsi dengan baik.
Sharing Account (Akaun Perkongsian)
- Maksimum RM50 setiap bulan
Bayaran dan tanggungan bil hospital sebenarnya adalah dari wang yang dikumpulkan di akaun tabung yang bernama “Sharing Account” ini. Untuk pakej “Standard” anda hanya perlu pastikan wang di dalam akaun ini cuma RM100 sahaja. Dan kalau anda memilih pakej “Deluxe”, anda hanya perlu pastikan wang di dalam akaun ini dalam nilai RM200.

Jangan bimbang, anda tidak perlu buat bayaran RM50 setiap bulan! Tidak perlu! Ianya adalah akaun tabung. Hanya diguna bila perlu!! Mari saya jelaskan secara ringkas. Kita ambil contoh untuk bulan September 2023. Dan ketika ini ada seramai 1000 ahli berdaftar dan aktif dengan program medical card We Kongsi. Jom kita buat kira kira.
Kes 1 – Ahmad masuk wad dan kena dikenakan bil hospital sebanyak RM60K. RM60K / 1000 ahli = RM60. Dengan kata lain setiap ahli kena buat bayaran sebanyak RM60 untuk bulan tersebut untuk menanggung kos rawatan Ahmad. Akan tetapi pihak WeKongsi hanya mengenakan cas sebanyak RM50 sahaja dari Sharing Account anda sebagai cas tabung maksimum setiap bulan. Ketika ini akaun Sharing Account anda sudah tiada wang dan anda wajib topup semula.
Kes 2 – Ali masuk wad dan kena dikenakan bil hospital sebanyak RM10K. RM10K / 1000 ahli = RM10. Dengan kata lain setiap ahli kena buat bayaran sebanyak RM10 untuk bulan tersebut untuk menanggung kos rawatan Ahmad. Pada ketika ini, akaun Sharing Account anda akan ditolak sebanyak RM10 dan baki duit dalam Sharing Account anda menjadi RM90.
Kes 3 – Tiada ahli yang dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan pada bulan tersebut. Jadi tidak ada penolakkan wang di dalam akaun Sharing Account anda di bulan tersebut. Jelas? Faham?

Pakej WeKongsi
- Standard RM100 (bayaran ke dalam akaun Sharing Account)
- Deluxe RM200 (bayaran ke dalam akaun Sharing Account)
Sila lihat gambar di atas ini. Bayaran bulanan membership anda tetap sama iaitu RM40 sebulan. Gambar di atas adalah perbezaan ketika anda memilih samada mahu pakej Standard atau Deluxe. Ini penting ya. Kerana perbezaan ini akan memberikan sedikit kelebihan jika anda dimasukkan ke dalam wad.
Katakan anda memilih pakej Deluxe. Maka anda kena pastikan yang akaun Sharing Account mestilah kena ada sebanyak RM200 sebagai wang tabung. Jadi anda akan layak untuk menikmati faedah seperti bilik wad berharga RM250, dapat elaun tunai harian sebanyak RM100 di hospital kerajaan dan lain lain. Jelas ya.
Kelebihan Medical Card WeKongsi
- RM 1 juta had tahunan
- RM100K had tahunan untuk pesakit luar kanser (kimoterapi & rawatan kanser)
- RM10K khairat kematian
- RM10K rawatan segera kemalangan
- RM150/RM250 untuk bilik room & board
- RM250 perkhidmatan ambulans
- Diiktiraf lebih dari 250 hospital panel
- Patuh syariah
- Perlindungan seumur hidup
Syarat Daftar WeKongsi
- Berumur 14 hari – 45 tahun
- Warganegara Malaysia
- Sihat dan tiada penyakit
Video Panduan Cara Daftar Aplikasi We Kongsi
Video Panduan Daftar Medical Card We Kongsi
Daftar/Register WeKongsi
- [ Landing Page We Kongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ Register We Kongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kesimpulan? Adakah kad perubatan WeKongsi ini murah dan mampu milik? Jawapannya adalah YA!!!. Saya boleh katakan jika anda mahukan sebuah medical card tidak kisah samada untuk anak anda, atau untuk diri anda atau isteri anda yang berharga bawah RM100 setiap bulan, maka We Kongsi adalah salah satu pilihan yang boleh anda cuba. Kalau anda masih kurang faham dan tidak jelas di mana mana bahagian, sila Whatsapp saya melalui link yang telah saya kongsikan di atas ini ya. BYE!!!.