Cuba pergi ke kedai DIY, hardware, barang murah RM2, barang dapur seperti benda benda plastik, barang barang rumah yang murah murah dan sebagainya, percayalah semuanya boleh dikatakan 100% adalah dari China. Kalau orang yang berduit, dia akan ikut trip melancong ke China untuk melawat gudang kilang yang menjual barangan dengan harga borong. Boleh lihat sendiri, cakap sendiri dengan pembekal dan pemborong di sana. Hendak dapat harga murah pun boleh. Tetapi kena ada ilmu dan kena pandailah skill merunding harga. Kalau yang tidak ada bajet besar, kenalah order dan beli barang murah dari website borong China. Anda tahu?
Ingat!!! Bukan semua website eCommerce online shopping China itu adalah website borong China tau. Sila pilih, anda terpaksa bayar sama seperti pembeli yang lain. Bukan harga tidak betul. Cumanya harga yang anda dapat itu bukan harga yang diberikan kepada peniaga online atau pemborong. Satu barang dijual di Malaysia berharga RM100. Sudah tentulah anda mahukan barang yang dibeli dari China berharga kurang dari itu seperti RM50 dan ke bawah betul? Barulah berbaloi pembelian anda dan anda pun dapat buat untung. Di China terdapat berpuluh puluh atau beratus website yang memang menjual produk dan barangan terus dari kilang di China. Tahukah anda mana satu website borong barang China yang betul?

TaoBao adalah salah satu website borong China popular
Senarai Website Borong China Yang Bagus
TaoBao – Ianya adalah salah satu lubuk website borong China yang sangat popular. Anda boleh beli barang murah dari China walaupun hanya satu barang. Tetapi masalahnya adalah berkenaan “bahasa”. Website dipaparkan hanya di dalam tulisan China sahaja. Anda kena guna “google translate” untuk membantu anda jika anda bukan orang cina atau tidak boleh membaca tulisan cina. Website ini adalah salah satu website yang terbaik dan boleh dipercayai. Cumanya, anda tahukah cara untuk membeli melaluinya dan memastikan anda membeli dengan selamat tanpa kena tipu dan sebagainya. Rasanya 90% dari kita yang bukan orang cina pasti tidak tahu bukan?

1688 antara website borong China paling murah
1688 – Website ini menawarkan harga yang lebih lebih murah dari Taobao. Mudah cerita paling murah. Sama seperti TaoBao yang websitenya di dalam bahasa cina. Tidak boleh membeli 1 barang. Kena beli minima 5 barang dan ke atas. Walaupun terlebih lebih murah, ianya HANYA di buka untuk dijual kepada pembeli dari China sahaja. Mereka hanya mahu pos barang di dalam negeri China sahaja. Kalau anda orang luar, memang tidak akan dilayan. Caranya adalah dengan meminta bantuan agen. Agen adalah orang China yang menjadi orang tengah untuk membelikan barang untuk anda. Soalnya, tahukah anda mana satu agen yang betul dan tidak menipu?
Kalau anda sebagai orang Malaysia, yang mahu berniaga di Malaysia secara online mahupun offline, mahu tidak mahu anda mesti kena dapatkan barang dengan harga paling paling murah betul? Kalau kos beli barang murah dan dijual dengan harga seperti pasaran Malaysia, sudah tentu anda akan untung berkali kali betul? Mesti anda akan tanya, macam mana hendak beli? Mahu tidak mahu saya sarankan anda mendapatkan ebook berbentuk panduan dan rujukan bagaimana cara untuk membeli barang murah melalui website borong China dengan betul dan selamat. Penulis panduan ini juga adalah seorang cina dari Malaysia yang berpengalaman membeli banyak kali barang murah China melalui website borong di internet.

Agen beli barang murah China dari Malaysia adalah website EzBuy
Senarai Website Borong China Terpercaya
- Alibaba – barang murah. kena beli banyak secara pukal
- AliExpress – sedikit mahal tetapi boleh beli 1 barang minima
- TaoBao – murah, boleh beli minima 1 barang. Website dalam bahasa cina [ Ebook Taobao ]
- 1688 – paling murah, kena beli minima 5 barang. Website dalam bahasa cina [ Ebook 1688 ]
- Ezbuy – website agen taobao + 1688 untuk pasaran Malaysia
- Kumoten – website paling sesuai untuk buat dropship barang China di Malaysia
Di dalam dunia borong, kita akan sebut ianya sebagai “WHOLESALE”. Kalau anda tengok orang promosi perkataan wholesale ini, itulah maksud kepada borong ini. Ramai sahaja peniaga cina yang buat untung besar melalui kaedah ini. Cuma kita yang bukan bangsa cina sahaja yang tidak tahu atau baru tahu.
Beli barang murah dari negara China dari pemborong. Katakan harga kos untuk beli melalui website borong China adalah RM30. Jual di Malaysia harga RM100. Sudah untung 200%. Kalau ada pembeli yang minta diskaun pun memang kita boleh beri kerana harga kos berkali kali jauh lebih murah. Tidak percaya? Cuba lihat promosi pakaian di pasaraya. Mereka boleh beri diskaun 20%, 50% dan sehingga 70% tanpa masalah. Adakah mereka rugi? Tidak. Mereka tetap untung. Sebab apa? Kerana harga kos yang rendah. Jadi dapatkan panduan TaoBao dan juga 1688 untuk anda belajar bagaimana hendak belajar order melalui website tersebut melalui link di atas ini. Bye.
Leave a Reply