Ramai peniaga online di Malaysia hanya menumpukan marketing jualan bisnes online mereka melalui Facebook, Instagram dan juga Whatsapp. Agak kurang yang mahu menggunakan kedai online seperti website e-commerce sendiri untuk berniaga. Kita faham, kalau anda berniaga menggunakan konsep dropship dan mengambil produk barang dari orang lain, ianya seakan tidak berbaloi untuk menggunakan kedai online seperti open cart tersebut. Betulkah tanggapan tersebut. Mungkin anda rasa ianya agak mahal. Tetapi tahukah anda yang anda boleh ada kedai online anda sendiri serendah RM100 sebulan. Mahalkah?
Jika bisnes online anda agak besar dan anda mempunyai produk sendiri, kebergantungan kepada kedai online di Facebook agak bahaya. Anda tidak mempunyai kuasa untuk mengawal Facebook. Ada dalam keadaan tertentu, Facebook boleh menutup akaun anda. Jika itu berlaku, apa yang terjadi kepada bisnes online anda ini? Sebab itulah kita memerlukan website e-commerce sebagai tapak (base) bagi kedai online anda. Anda sendiri punya kedai, anda sendirilah yang berhak mahu kendalian kedai online anda itu bagaimana dan macam mana.
Pakej Website E-Commerce Popular Malaysia
Sebenarnya salah satu kebaikkan yang boleh anda dapatkan dengan website e-commerce adalah anda boleh mendapatkan lebih banyak agen jualan. Bisnes sekarang anda tidak boleh jual dan promosi seorang seorang sahaja. Anda kena ada pekerja. Dan pekerja ini akan membantu anda membuat jualan dan secara tidak langsung akan meningkatkan hasil pendapatan online anda. Sampai bila anda mahu berusaha sendiri tanpa pekerja. Memanglah buat sendiri, semua keuntungan yang anda dapat adalah milik anda sendiri. Tetapi anda kena kerja seperti setengah mati. Mahukah?
Sudah tiba masa anda memulakan langkah pertama untuk orang lain yang uruskan promosi dan jualan anda. Anda hanya menguruskan proses penghantaran pengeposan barang sahaja. Anda pasti bersetuju dengan pendangan saya akan kebaikkan website e-commerce sebagai tapak untuk membina agen jualan anda? Baiklah mari saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman kedai online yang popular digunakan oleh peniaga online di Malaysia untuk bisnes online mereka. Anda boleh pilih pakej kedai online yang anda mahukan.
- EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes iaitu website hosting yang ternama di Malaysia
- Shopify – Sistem website e-commerce dari luar negara yang sangat POPULAR di Malaysia
- SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
Nasihat saya, sila lawat ke empat-empat website e-commerce yang saya perkenalkan kepada anda. Dan kemudian anda lihat dan banding pakej yang mereka tawarkan. Carilah mana mana pakej kedai online yang anda berminat dan register. Sistem sebegini sebenarnya memudahkan kerja anda. Bayaran minima pun hanya RM60 sebulan. Anda buat bisnes online tidak mungkin anda untung RM50 sahaja bukan? Jadi kos bulanan dengan pakej paling murah RM50 sebulan bukanlah halangan buat anda untuk memiliki kedai website e-commerce yang cantik dan nampak professional.
Mungkin ada yang akan tanya, sekarang sudah ada online shopping eCommerce yang kita boleh buat kedai online juga sebagai seller di Lazada, Shopee dan 11Street yang percuma. Jadi kenapa kita perlu ada dan buka website e-commerce sendiri dan perlu bayar bulanan pula? Jawapannya begini. Kalau anda buka kedai online melalui online shopping, anda hanya ada 1 kedai sahaja. TETAPI kalau anda buka website e-commerce sendiri, anda boleh integrasi dengan kedai online yang lain seperti di Lazada, Shopee, Facebook dengan mudah. Mudah cerita produk anda boleh terpapar di pelbagai platform kedai online. Sedangkan pelanggan datang dari banyak arah. Bukankah ini akan meningkatkan sales online anda?