Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah gilerrrr!!!. Sebab itu kalau ada yang tanya saya, platform mana yang bagus untuk buat duit online antara YouTube, Facebook, Instagram, Blogging, Whatsapp dan juga Tiktok. Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan saya memang sukakan Tiktok 100%. Saya bukan jana pendapatan banyak pun di Tiktok. Saya suka sebab ianya mudah dan senang. Kalau anda memang hendak buat duit online tetapi masih merasakan Tiktok adalah susah, saya rasa mindset anda yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Kenapa?
Kepada pembaca sekalian. Antara buat duit online dalam bentuk DROPHIP dengan AFFILIATE mana yang paling senang? Sudah tentulah affiliate senang. Anda tidak perlu simpan stok. Saya tidak perlu buat apa apa pun. Anda hanya perlu pastikan orang klik membeli barang dari link url affiliate anda sahaja. Urusan beli barang, urusan pos barang dan sebagainya adalah tugas seller. Anda hanya promoter sahaja. Jadi orang tengah sahaja. Anda jana pendapatan dalam bentuk komisen sahaja. Jelas?
Cara Withdraw Komisen Affiliate Tiktok
Jadi macam mana boleh buat di Tiktok dengan mudah? Jawapannya adalah kerana Tiktok ada perkenalkan program affiliate Tiktok itu sendiri. Jadi sesiapa sahaja boleh join dan daftar secara percuma. Anda bila tonton video di Tiktok? Biasa tengok content creator buat video promosi produk? Dan selepas itu pasti akan suruh anda beli barang dengan klik pada BEG KUNING jika berminat betul? Itulah dia program affiliate! Dan beg kuning itu sendiri adalah link affiliate anda terhadap produk yang anda iklan kan tersebut.
Jujur cakap, saya sebenarnya dah mula ketagih hendak buat video di Tiktok. Bukan buat video tarik perhatian pun. Saya memang buat video untuk promote dan jual barang. Ketagih hendak buat duit di Tiktok sebab rasa ianya terlalu sangat mudah. Mudah yang macam mana? Haaa, mari saya kongsikan cara saya.
Cara Saya Promote Barang Di Tiktok
- Kita mula dengan barang dari rumah sahaja
- Saya nampak mainan kereta anak saya
- Saya buat carian di Tiktok Shop ada atau tidak mainan tersebut
- Jika ada, saya terus rakam video kereta mainan anak untuk 30 saat – 1 minit
- Kemudian saya masukkan suara saya cakap tentang kereta mainan tersebut
- Akhir video, saya selitkan dengan perkataan “KALAU ANDA BERMINAT DENGAN KERETA INI, SILA TEKAN BEG KUNING YA. BYE!!!!”
- Saya langsung tidak tunjuk muka pun
- Kemudian saya upload video di Tiktok dan add dengan music backgroud
- Kemudian saya tambahkan link affiliate produk kereta mainan tersebut
- Siap..
Satu video telah berjaya saya rakam dan upload. Tidak perlu beli barang pun. Hanya bermula dengan produk dan barangan yang ada di dalam rumah. Paling kurang pun pasti ada dekat 10 barang yang anda boleh rakam di rumah anda. Jangan susahkan diri beli barang mahal. Yang penting mula dari rumah. Jangan susahkan benda yang tidak perlu.
Anda sudah upload, tetapi masih tidak ada orang beli dari video anda. Dan anda masih tidak dapat komisen. Memang lah. Kita buat duit macam berniaga. Kita jual, belum tentu barang yang dijual ada orang beli. Jawapanya adalah memperbanyakkan video di Tiktok. Buat sampai 100 video kalau boleh. Jangan risau. Jangan fikir 100 video itu banyak ya. Bila anda sudah ketagih record videa dan upload di Tiktok, percayalah, 100 video itu sikit sahaja. Bila banyak video, maknanya peluang lagi tinggilah. Nanti anda video anda yang viral dan dapat views banyak. Dan kebarangkalian orang beli dari link affiliate anda pun jadi lebih tinggi.
Itulah yang terjadi pada saya. Video yang saya upload di Tiktok belum banyak. Tetapi ada beberapa video yang mula dapat views tontonan dengan banyak. Jadi peratusan orang beli dari beg kuning di video saya pun mula bertambah. Hasilnya saya mula nampak komisen masuk sedikit demi sedikit. Saya langsung tidak pandang berapa yang saya dapat. Bagi saya, RM1 pun sudah dikira berjaya. Kalau banyak video, maka banyaklah peluang dari RM1 sehari jadi RM10 sehari dan tidak mustahil jadi RM100 sehari komisen tiktok saya. Setuju? Jelas? Faham?
Cara Withdraw Duit Tiktok Ke Akaun Bank
- Buka akaun Tiktok dan login
- Klik “Profile” dan klik “TikTok Shop”
- Klik pada “Earnings”
- Pada “Available balance”, sila klik “Withdraw”
- Withdrawal account – Sila klik +Add jika anda belum tambahkan atau update akaun bank anda
- Anda kena set akaun bank anda terlebih dahulu. Harap maklum.
- Pada “Amount”, sila masukkan jumlah duit yang anda mahu keluarkan dan klik “Withdraw now”
- Done.
Minimum pengeluaran adalah RM1. Duit akan masuk ke akaun bank dalam 1-2 hari bekerja sahaja. Pengalaman saya sendiri. Jika kita selalu buat pengeluaran (withdrawal) komisen affiliate kita, biasanya duit akan masuk tidak sampai 1 hari pun. Pengalaman saya paling cepat dapat duit komisen affiliate Tiktok dalam beberapa minit sahaja. Ya betul. Dan ini sudah terjadi beberapa kali.
Saya kongsikan video bagaimana cara untuk buat withdrawal duit komisen Tiktok ke akaun bank dengan mudah. Saya harap anda dapat faham dengan mudah melalui panduan video di atas ini ya. Kepada anda yang telah berjaya menjana pendapatan online melalui program affiliate Tiktok. Apa pendapat anda? Adakah senang atau susah hendak buat duit di Tiktok? Kadang kala kita kena ikut trend arus semasa. Trend sekarang adalah platform Tiktok. Jadi kita sama samalah ambil peluang. Ok? BYE!!!.