Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Produk › Beli Xiaomi Power Bank 20000 mAh

Beli Xiaomi Power Bank 20000 mAh

Review By admin / 5 months ago — Produk, Smartphone, Teknologi

Powerbank pertama yang saya beli adalah dari jenama Xiaomi dari kapasiti 10000mAh. Rasanya sudah hampir 4 tahun saya masih lagi guna sehingga kini. Masih belum rosak dan masih berfungsi dengan baik. Berdasarkan kapasiti bateri yang boleh dicas pada smartphone dulu memang sesuai dan relevanlah untuk saya beli ketika itu. Tetapi rata rata smartphone sekarang memang mempunyai kapasiti bateri yang lebih tinggi maka saya perlu untuk membeli Xiaomi power bank dengan kapasiti simpanan cas bateri setinggi 20000mAh pula. Kenapa?

Ketika 4 tahun lalu, powerbank Xiaomi yang saya beli hanya boleh dicas menggunakan kabel micro-usb sahaja. Sedangkan smartphone terkini hampir ke semuanya hanya menyokong sistem pengecasan usb type-c sahaja. Jadi kurang relevan lah hendak gunakan 2 jenis cable yang berlainan. Bukanlah lebih elok gunakan Xiaomi powerbank yang boleh dicas menggunakan kabel usb type-c. Atas sebab itulah kenapa saya ingin bertukar kepada sebuah powerbank yang baharu untuk lebih terkini dan lebih praktikal ketika menggunakannya.

Xiaomi Mi Power Bank 3

Xiaomi Mi Power Bank 3

Review Xiaomi Power Bank 20000mAH + 18W

Mungkin akan ada yang tanya, kenapa hendak guna powerbank pula? Sebenarnya pengguna yang ingin menggunakan powerbank adalah disebabkan situasi dan keadaan semasa. Bagi anda yang jenis banyak bergerak ke sana sini atas pelbagai urusan, maka memang memerlukan powerbank untuk mengecas bateri smartphone. Saya sendiri dalam keadaan tersebut. Saya dari Johor. Isteri dari Terengganu. Kami berdua tinggal di Penang. Kalau balik kampung memang wajib dan kena ada powerbank. Kalau tidak susahlah. Saya kurang suka mengecas handphone menggunakan port usb di dalam kereta. Adalah sebabnya.

Kenapa Xiaomi? Saya pernah menggunakan smartphone Xiaomi Mi Note 8 Lite, mesin gunting rambut Xiaomi dan yang paling terkini sedang menggunakan penimbang berat badan Xiaomi. Jadi dari pengalaman lalu dan sekarang yang masih menggunakan produk keluaran jenama Xiaomi, maka tidak hairan lah saya juga yakin untuk membeli powerbank terkini dari jenama Xiaomi juga. Lagi pula smartphone zaman sekarang sudah menjadi suatu keperluan di zaman moden ini. Memastikan bateri handphone untuk sentiasa penuh adalah penting supaya dapat elak dari situasi yang memerlukan.

Kapasiti simpanan cas bateri Xiaomi power bank 3 ini adalah sebanyak 20000mAh

Kapasiti simpanan cas bateri Xiaomi power bank 3 ini adalah sebanyak 20000mAh

Siri powerbank yang saya beli ini adalah dari Xiaomi Mi Power Bank 3. Kelajuan pengecas pantas (fast charging) powerbank ini adalah 18W. Kalau anda inginkan powerbank anda boleh mengecas dengan lebih pantas lagi, sila dapatkan Xiaomi Mi Power Bank 3 Pro kerana powerbank versi pro menawarkan kelajuan mengecas sepantas 45W. Ianya sudah setanding kelajuan mengecas ketika menggunakan pengecas smartphone anda di rumah. Terpulang kepada keperluan anda.

Pengalaman saya ketika menggunakan Xiaomi Power Bank 3? Dengan kelajuan fast charging 18W powerbank Xiaomi ini mampu mengecas smartphone Xiaomi Mi Note 10 Lite saya dari ZERO kepada FULL penuh agak cepat. Kalau anda tanya saya samada saya berpuas hati penggunakan power bank Xiaomi 3 ini adalah YA!!!. Dan sangat berbaloi. Cuma kalau anda mahu smartphone anda dicas dengan lebih pantas lagi, maka beli sahaja powerbank versi PRO kerana lebih laju ketika mengecas handphone anda kerana jumlah watt power yang lebih tinggi lagi.

Output port pengecas power bank Xiaomi 3

Output port pengecas power bank Xiaomi 3

Website Untuk Beli Power Bank Xiaomi

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Saya beli 2 Xiaomi powerbank ini. Satu untuk saya dan satu lagi untuk isteri. Xiaomi Mi Power Bank 3 ini dengan kapasiti 20000mAh, mampu untuk mengecas smartphone 4-5 kali untuk saiz kapasiti bateri handphone zaman ini. Rasanya memang sangat berbaloilah. Kalau hendak cas tablet dan laptop pun memang masih sangat sesuai. Adakah sebuah power bank masih sangat relevan pada zaman sekarang? Jawapannya adalah YA!!!. Seperti yang saya katakan di atas tadi. Setiap orang keperluan mereka adalah berbeza. Dan powerbank ini sesuai kepada anda yang selalu keluar rumah outstation yang tiada tempat untuk mengecas handphone.

Di mana hendak beli Xiaomi Mi Power Bank 3 ini? Beli sahaja secara online melalui link yang saya kongsikan di atas ini. Anda juga boleh semak original produk Xiaomi selepas anda terima barang untuk ketahui samada produk yang anda beli itu tulen atau tidak. Harga semasa bagi sebuah Xiaomi Mi Power Bank 3 20000mAh dengan fast charging 18W cuma berharga RM80 sahaja. Di luar sana ada banyak juga power bank dari brand jenama lain yang bagus, berkualiti dan terbaik. Cuma kalau tanya saya adakah Xiaomi power bank bagus? Jawapannya adalah YA!. BYE!!!.

Related posts:

Nombor security code yang digunakan untuk check keaslian produk XiaomiCara Semak Produk Xiaomi Samada Original Atau Tidak Smartphone Xiaomi Mi 8 Lite versi MalaysiaKenapa Saya Memilih Xiaomi Mi 8 Lite Malaysia Pengalaman pakai dan guna Xiaomi Redmi Note 3 Pro MalaysiaSmartphone Bajet Xiaomi Redmi Note 3 Pro

Beli Xiaomi power bank Harga Xiaomi power bank Xiaomi Mi Power Bank 3 Xiaomi power bank Xiaomi power bank 20000mAh Xiaomi power bank online Xiaomi power bank Shopee Xiaomi powerbank Xiaomi powerbank 20000mAh

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in