Smartphone Xiaomi dari model Redmi saya yang pertama adalah Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Boleh dikatakan saya tidak pernah menggunakan smartphone yang berharga RM500 dan ke bawah kerana berpendapat ianya bakal menjadi lambat (lag), tidak seronok ketika menggunakan, bateri cepat habis dan tidak boleh digunakan untuk bermain games. Namun pandangan saya sedikit berubah bila saya sendiri menggunakan smartphone Xiaomi Redmi 9C. Tanggapan saya sedikit berubah. Kenapa?
Alasan pertama, agak jarang orang mahu bertukar dari smartphone lama ke smartphone baharu yang mempunyai saiz skrin yang lebih kecil dari yang semasa. Biasanya kita menganggap, smartphone murah biasa saiz skrin pasti sedikit lebih kecil. Namun handphone Xiaomi Redmi 9C adalah sebaliknya. Saiz skrin adalah sebesar 6.53 inci iaitu lebih besar dari smartphone kelas pertengahan milik saya iaitu Xiaomi Mi Note 10 Lite yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.47 inci. Mudah cerita, kalau saiz skrin jadi ukuran, handphone murah Xiaomi ini tidak kalah hebat.

Pandangan hadapan skrin Xiaomi Redmi 9C
Beli Handphone Xiaomi Redmi 9C
Alasan kedua, orang takut hendak beli handphone murah kerana berpendapat bateri akan cepat habis. Tetapi kita lupa, zaman sekarang hampir ke semua CPU dan bateri sudah ada banyak penambahbaikkan. Pemproses menggunakan MediaTek Helio G35 dengan saiz 12 nm. Dari saiz ini pun kita sudah tahu yang ianya adalah chipset pemproses yang agak terkini. Namun jangan bimbang, Xiaomi Redmi 9C ini di datangkan dengan kapasiti bateri sebanyak 5000 mAh. Jadi tidak bimbanglah kalau cepat kehabisan bateri. Pendapat saya, mana mana smartphone dengan kapasiti bateri 4500 mAh dan ke atas sudah terbaik pada tahun 2021 ini.
Alasan ketiga, smartphone Xiaomi Redmi 9C sangat sesuai untuk dijadikan sebagai handphone kedua iaitu sebagai handphone extra, backup kecemasan dan untuk tujuan kerja kerja online. Katakan anda berniaga online dan anda aktif dengan penggunaan sosial media seperti Whatsapp misalnya. Adalah tidak praktikal kalau Whatsapp personal anda bercampur dengan Whatsapp business anda pada 1 smartphone yang sama. Lebih baik dapatkan smartphone murah dari Xiaomi ini misalnya dan sesuai untuk anda asingkan antara smartphone personal dengan smartphone tujuan kerja. Setuju?
Games? Maaf saya masih belum mencuba memainkan PUBG mobile pada Redmi 9C ini. Tetapi anda kena faham. Bila bercakap pasal games, kita kena memastikan yang smartphone kita mempunyai jumlah RAM dan GPU yang besar untuk main dengan lancar. Smartphone murah seperti ini rasanya kurang sesuai untuk menjalankan aplikasi permainan yang memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi. Ini pendapat saya. Namun seperti yang saya katakan tadi, saya belum mencubanya sendiri. Hanya pendapat saya sahaja.

Pandangan belakang kamera Xiaomi Redmi 9C
Saya sudah mencuba tangkap gambar dan merakam video menggunakan kamera dari Xiaomi Redmi 9C ini. Secara jujur, kualiti gambar dan hasil rakaman video agak memuaskan. Tetapi bagi saya kita memang tidak boleh dapat semua benda terbaik untuk harga yang murah. Jadi kena faham. Hasil tangkapan gambar dan rakaman video adalah cukup sesuai untuk tugasan tugasan biasa. Kalau dalam pencahayaan yang mencukupi, hasil gambar dan video adalah terang dan baik.
Website Untuk Membeli Smartphone Xiaomi Online
- Shopee – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Xiaomi
- Lazada – ini adalah website rasmi (official) yang menjual smartphone Xiaomi
Adakah smartphone Xiaomi Redmi 9C ini ada masalah lambat iaitu lag? Jawapannya sudah tentu ada. Biasanya masalah ini kerana faktor jumlah RAM. Handphone Redmi 9C yang saya gunakan ini adalah dari versi 2GB RAM sahaja. Kalah hendak sedikit lebih laju dan lancar, sila dapatkan versi 3GB RAM. Namun masalah lag ini tidak keterlaluan. Normal bagi smartphone dalam kategori spesifikasi rendah dan murah ini. Sebab itu saya katakan, saya lebih suka kalau ianya dijadikan sebagai handphone kedua untuk kerja kerja online misalnya.
Di mana hendak beli dan berapa harga Xiaomi Redmi 9C di Malaysia? Sila klik link website di atas ini dan buat carian smartphone ini. Harga smartphone ini adalah di bawah RM500 sahaja. Jangan bimbang, anda boleh dapatkan handphone ini bawah RM400 untuk model 2GB RAM seperti saya ini. Saya tidak kisah pun masalah sedikit lambat atau tidak boleh main game. Bagi saya asalkan dapat smartphone murah skrin besar dan saiz bateri besar pun sudah berbaloi. Asalkan ianya boleh membantu saya dalam urusan yang saya perlukan. Xiaomi terbaik.
Leave a Reply