Alhamdulillah saluran YouTube channel saya sudah berjaya mendapat sebanyak dan seramai 999 subscribers. Ini bermakna saya hanya memerlukan 1 subscriber sahaja lagi bagi menjadikan ianya mencukupi mencapai syarat minima iaitu 1000 subscribers untuk diterima mula menjana earning melalui program YouTube adsense. Tetapi ianya bukanlah syarat wajib yang pasti akan menyebabkan pihak YouTube menerima ahli YouTuber mereka mula menjana earning. Tetapi itulah dia salah satu syarat minima yang pihak YouTube sendiri letakkan.
Sebenarnya pada penghujung tahun 2017 memang saya telah bermula projek buat duit dengan video YouTube ini. Namun pada bulan Februari 2018, pihak YouTube telah mengenalkan syarat terbaru YouTube Partner Program mereka. Antara salah satu syarat yang mereka perkenalkan adalah keperluan kepada pemilik akaun YouTube channel untuk mempunyai sekurang kurangnya minima sebanyak 1000 subscribers. Bagi pemilik akaun YouTube channel yang kurang daripada ini akan dihentikan sementara dari menjana earning bersama YouTube Partner Program. Saya salah seorang yang terkesan dengan undang undang baru ini.

Berjaya mencapai 999 subscribers YouTube
999 Subscribers Mendekati Sasaran 1000 subscribers Untuk YouTube
Apa yang terjadi? Saya telah bermula menjana earning YouTube sebanyak USD10 sebulan pada penghujung tahun 2017. Kemudian berjana menjana USD20 pada bulan Januari 2018. Kemudian dianggarkan bakal menjana earning sebanyak USD29@USD30 pada penghujung bulan Februari 2018. Sebelum sempat dapat income, telah disekat dari menyertai YouTube Partner Program dan tidak lagi boleh menjana income menerusi program YouTube adsense. Income bulanan menjadi USD 0 setiap bulan sehingga kini.
Namun saya tidak kesalkan akan berita perkenalan syarat terbaru YouTube Partner Program tersebut. Bagi saya ianya adalah syarat yang munasabah. Tujuannya adalah bagi menangani akaun YouTube channel yang dianggap spam seperti pemilik akaun YouTube channel tidak serius mahu upload video. Hanya upload beberapa video kemudian abai dan sebagainya. Jadi dengan adanya syarat wajib minima iaitu perlu ada 1000 subscribers, maka ianya akan menyebabkan pemilik akaun YouTube channel untuk serius bersama akaun mereka dan kerap mengupload video yang berkualiti dan berguna untuk ditonton oleh pengguna YouTube.
Syarat Youtube Content Creator 2018
- 4000 hours of watch time within the past 12 months
- 1000 subscribers
- 10,000 minimum views (2017)
Dan sebab yang kedua pula adalah untuk memastikan pemilik akaun YouTube channel menjana income pendapatan yang lebih baik dan stabil. Kalau anda sudah ada seramai minima 1000 subscribers, itu bermakna anda sudah mempunyai jumlah penonton video anda seramai 1000 orang. Paling tidak, jika anda mengupload video yang baharu, paling tidak pasti akan ada yang akan menonton video anda dan anda sudah boleh menjana duit melaluinya. Betul?
Sebenarnya ada beberapa syarat yang YouTube kenakan kalau hendak buat duit dengan YouTube Adsense mereka melalui YouTube Partner Program. Dan salah satu syarat adalah kena ada minima 1000 subscribers. Jadi saya cuba capai sasaran tersebut dahulu. Dan sekarang saya sudah berjaya mendapat seramai 999 subscribers. Jadi ini bermakna secara tersirat, saya sebenarnya sudahpun berjaya mencapai sasaran tersebut. Jadi saya akan terus biarkannya berkembang dengan lebih ramai subscribers. Jadi step step seterusnya adalah saya ingin mencapai sasaran syarat YouTube Partner Program yang lain iaitu perlu dapat sebanyak 4000 jam tontonan dalam masa 12 bulan terakhir. Doakan agar target saya tercapai. Bye.
Hehehe..tunggulah..saya dah berbulan tunggu, dah lama capai 1000 subscibers, tapi sampai hari ni takdak apa-apa jawapan dari YouTube..rasanya tahun depan pun habuk je dapat..
lawa bro punya channel, tapi secara peribadi video bro banyak berdasarkan gambar. Saya pun x pasti saya punya lulus ke x. Tapi saya cuba dulu, hehe