Author: admin

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Saya memang peminat ikan selar atau kembung. Dan kedua dua ikan ini memang sesuai dimasak dengan cara goreng atau berkuah. Kebiasaannya dalam keluarga saya, ikan selar dimasak berkuah dan ikan kembung lebih kepada goreng. Bagaimana jika ikan anda itu dimasak dengan menu “air asam”. Saya baru sahaja menerima resepi ikan air asam dari pembaca. Dan jujur kata, saya rasanya belum pernah lagi menikmati hidangan ikan air asam ini. Sempat saya bertanya rakan tentang makanan ikan air asam. Beliau terus katakan ianya SEDAP. Beliau kata, selalunya menu macam ini kalau guna ikan pari lebih sedap. Beliau katakan kepada saya yang selalunya kita akan makan…

Read More

Saya tahu, bagi anda yang baru pertama kali kerja di dalam sektor swasta ketika baru sahaja menamatkan pendidikan di peringkat sijil, diploma atau ijazah pasti akan berada dalam satu keadaan dilema seperti orang lain juga iaitu tentang resume kerja. Itulah yang terjadi kepada saya dahulu. Apabila ada rakan yang mahu tolong berikan resume kerja kepada majikan mereka, saya sendiri terfikir bagaimana hendak membuat resume? Adakah anda dalam keadaan sebegini? Saya telah dapat beberapa contoh resume pekerjaan dari beberapa rakan. Sebenarnya malu juga meminta tolong rakan. Hendak mencari kerja, resume pun hendak meniru. Ada juga rakan yang kita sendiri dapat rasa…

Read More

Saya tidak tahu bagaimana dengan anda. Cuma bagi pandangan saya secara peribadi, sebenarnya ramai yang kalau boleh cuba mengelak dari mengambil atau apply loan peribadi dengan pihak bank atas alasan kadar bunga (interest) yang agak tinggi. Tetapi ada sebab juga kenapa loan peribadi (personal loan) ini diwujudkan bagi memenuhi permintaan dalam beberapa bidang terutamanya bagi sektor swasta. Adakah anda tahu cara yang paling mudah untuk mencari loan yang bagus untuk anda? Di sini saya hanya berikan anda pendapat peribadi sahaja. Mungkin saya silap. Harap maklum. Ramai orang tahu yang kadar bunga interest yang dikenakan terhadap personal loan sangat tinggi. Maka adalah…

Read More

Sejak dari dahulu memang saya terfikir yang P.Ramlee berasal dari Singapura. Dan saya tidak pernah terfikir yang rumah P Ramlee adalah di Pulau Pinang. Saya sendiri tidak pasti samada rumah P.Ramlee yang berada di Penang ini adalah rumah ibu bapa kepada P.Ramlee atau rumah beliau sendiri. Namun ianya kini sudah menjadi bahan sejarah yang dijaga bagi memperingati seniman negara Malaysia yang popular suatu masa kini yang menjadi titik tolak kepada industri perfileman negara. Saya rasa anda pun tahu banyak bukan akan filem filem P.Ramlee betul? Semasa ibu bapa saya ke Pulau Pinang seminggu yang lalu, saya berkesempatan untuk membawa mereka ke…

Read More

Dalam keluarga saya, ikan duri sangat sangat jarang kami beli. Malah saya sendiri hampir tidak tahu akan rupa sebenar ikan duri itu bagaimana. Hasil pencarian di internet, saya dapati ikan duri ini sepertinya menyamai ikan keli. Dan dimasak pula dengan gulai tempoyak. Rasanya tidak pernah juga keluarga kami makan atau masak gulai tempoyak. Pelikkah? Tidaklah pelik kerana masakan gulai tempoyak ikan duri bukanlah masakan negeri selatan. Saya beberapa hari lepas telah mendapat resepi gulai tempoyak ikan duri dari kiriman email untuk dipaparkan dalam blog ini. Apabila mendapat resepi ini, saya secara umumnya tidak tahu hendak cerita apa kerana saya sendiri tidak pernah…

Read More

Semalam adalah salah satu dari beberapa kali saya kerap mendapat pertanyaan berkenaan permohonan untuk menggunakan akaun Google Adsense ditolak oleh team Google. Dan boleh dikatakan saya melihat hampir 90% aspek yang sama dari berapa ramai pemilik blog yang telah di “reject” oleh Google akan permohonan mereka. Jujur kata, ramai rupanya yang masih tidak faham akan kenapa dan sebab sebab akaun Google Adsense ditolak oleh Google. Dan dalam artikel pada kali ini, saya ingin berkongsi secebis pendapat saya yang tidak seberapa ini tentang kenapa perlunya anda mengenal Google dahulu sebelum anda memohon untuk mendapatkan akaun Google Adsense. Ini penting bagi memahamkan anda…

Read More

Kali ini saya menerima resepi sup ayam dari pembaca. Anda suka makan sup ayam? Saya suka. Sebenarnya agak jarang untuk dapat dan merasa ayam yang dimasak sup ini. Tetapi apabila sesekali emak buat, dapat makan memang sedap. Hanya perlukan 3 benda sahaja iaitu nasi yang masih panas, sup yang masih panas dan juga sambal kicap. Kalau makan memang sedap dan pasti berpeluh badan. Terasa sedang menikmati makanan yang tidak berminyak, tidak berlemak tetapi menyihatkan. Anda setuju dengan saya? Saya ada tonton rancangan korea. Saya tidak ingat tajuknya apa. Tetapi ada satu isu dalam rancangan itu tentang bagaimana mengembalikan tenaga pada badan…

Read More

Sambal belacan. Saya tidak tahu hendak bercerita apa kerana saya bukan seorang yang makan sambal belacan. Boleh dikatakan dalam keluarga saya, sambal belacan ini hampir tidak pernah digunakan langsung dalam masakan ataupun sebagai pencicah. Kami hanya terjumpa “belacan” ini hanya ketika memesan makanan di kedai makan. Itupun sepertinya tidak penting bagi kami sekeluarga mahu mencuba merasainya. Hanya cicah sekali dan sudah. Sebagai mencuba sahaja. Itu adalah kisah saya. Dan YA, saya hanya merasa sahaja dan tidak ada rasa teringin untuk mencari dan tertanya tanya tentang belacan ini ketika makan. Sejujurnya saya sehingga kini tidak tahu apakah fungsi belacan dalam makanan.…

Read More