Adakah anda sedang mencari dan ingin beli rumah baru? Artikel ini tidak akan menceritakan tentang rumah lelong sebaliknya saya hanya ingin berkongsi pengalaman didalam membeli rumah baru dan bukannya rumah second hand. Sebenarnya perkara pertama yang ingin dilihat disini adalah apakah TUJUAN anda ingin membeli rumah? Adakah anda seorang flipper yang ingin membuat untung diatas pembelian rumah dan kemudian menjual ketika harga meningkat atau anda ingin membeli rumah untuk diri sendiri/keluarga untuk didiami.
Jika anda pertama kali membeli rumah, adalah lebih baik anda membeli rumah baru. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Pastikan pihak pemaju perumahan (developer) ditempat yang anda ingin beli mempunyai reputasi membina rumah dengan baik. Maksud saya, syarikat pembinaan rumah tersebut telah “verify” dan berjaya pada sebelum sebelum ini dengan menyiapkan beberapa projek perumahan. Ini kerana kecenderungan untuk gagal menyiapkan rumah sangat minima kerana kekuatan reputasi, kewangan dan juga pengalaman syarikat terbabit.
Beli Rumah Baru
Kita tahu anda ingin beli rumah, tetapi jangan lupa ianya sangat sangat bergantung kepada kewangan anda juga. Jika kerjaya anda baik dan mempunyai sumber kewangan yang terbukti, maka pemilikan rumah akan menjadi lebih mudah. Belilah rumah mengikut kemampuan anda sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Tidak dinafikan harga rumah kini sangat mahal, dan oleh itu mempunyai sistem pengurusan yang baik sangat membantu anda membeli rumah dan berupaya mengekalkannya sehingga tamat masa pinjaman.
Seperti yang saya katakan tadi, melihat reputasi pemaju perumahan sangat penting. Ini kerana, sekarang sangat ramai yang ingin membeli rumah ketika pihak pemaju baru sahaja meratakan tanah dan belum lagi ada rumah contoh. Kadang kala pemaju akan menyiapkan rumah contoh 1@2 untuk dijadikan model yang boleh dilihat untuk para pembeli rumah. Dan selepas itu ramailah yang bakal membuat tempahan untuk membeli rumah.
Saya sendiri sebagai salah seorang yang membeli rumah sewaktu pemaju hanya baru menyiapkan dua biji rumah sebagai contoh dan rumah yang saya ingin beli masih belum nampak bayangnya. Perbuatan seperti ini agak berisiko tetapi dengan reputasi pemaju yang baik, selalunya akan terjadi keadaan rumah akan ditempah “booking” habis sebelum semua rumah disiapkan. Hal ini berlaku kepada saya. Nasib saya menempah awal dan pinjaman perumahan saya diluluskan.
Pembelian rumah pada awal pembinaan ada kebaikkannya. Salah satu kebaikkannya adalah, harga rumah yang anda beli selalunya adalah lebih murah berbanding jika rumah telah siap dibina dan masih tiada yang membeli atau menempahnya. Pihak pemaju sendiri memberi tahu kepada saya yang pada tarikh sekian dan sekian sewaktu rumah disiapkan, harga rumah akan melonjak kepada beberapa ribu lebih mahal berbanding sebelum ini. Nasib menyebelahi saya untuk mendapatkan harga yang lebih murah kerana membeli diawal semasa projek dijalankan.
Adalah dinasihatkan anda untuk mempunyai wang simpanan peribadi yang mencukupi dan juga wang kwsp akaun ke-2 yang baik untuk menyegerakan pembelian rumah. Pemaju akan bertanya jika anda mempunyai wang pendahuluan sebanyak 10% (minima) dan juga wang kos guaman. Dua wang ini sangat penting. Tanpa wang pendahuluan dan juga yuran kos peguam didalam menyiapkan kertas kerja pembelian rumah, pihak pemaju tidak dapat meneruskan permohonan pinjaman bank pembelian rumah. Ini kerana pihak bank hanya akan meluluskan 90% pinjaman perumahan dan 10% lagi perlu disediakan oleh anda sendiri. Maka kumpullah wang dari sekarang jika anda berniat ingin membeli rumah. Tetapi jika simpanan kwsp akaun kedua anda mempunyai simpanan yang mencukupi, anda boleh sahaja menggunakan wang kwsp tersebut untuk wang pendahuluan.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- Gila Hartanah – panduan bagaimana membeli rumah dari Faizul Ridzuan
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
- Rahsia Pinjaman Rumah – panduan bagaimana mudah lulus loan rumah
Membeli rumah baru dikawasan penerokaan yang baru dan dipersekitaran yang baik sangat menguntungkan. Harga rumah bakal melonjak naik berkadar dengan masa. Maka tentulah pembelian rumah sangat menguntungkan dan bukannya mendatangkan rugi. Aspek persekitaran seperti sekolah, balai polis, kedai, pasaraya dan pelbagai prasarana yang mencukupi sangat membuat rumah yang anda beli menjadi lebih bernilai dimasa hadapan.
Bagi yang beli rumah baru untuk pertama kali, dan masih tidak bercadang untuk diduduki buat masa kini, pasti akan mengalami beberapa fenomena iaitu samada untuk membayar bayaran bulanan rumah tanpa duduk, atau menyewakan dahulu ataupun membuat homestay. Ini kerana ada yang berfikir untuk mengurangkan bebanan semasa dengan memberikan rumah yang baru dibeli untuk disewa. Ini terpulang kepada individu. Anda berhak dengan rumah anda. Cuma nasihat saya, carilah penyewa yang berkredibiliti supaya anda tidak berlaku perkara yang tidak sedap dan tidak diingini. Anda faham maksud saya. Manusia ada pelbagai ragam. Apa apa pun selamat membeli rumah… 🙂
2 Comments
Assalamualaikum.Tips yang baik . Pengalaman yang saya lalui dalam proses membeli rumah baru dan rumah lama sebelum ini .