Saya rasa, ketika saya ingin membuat tajuk ini, inilah realiti semasa yang kita terpaksa akur dengan kehendak semasa iaitu tentang pilihan kerja. Dengan keadaan matawang ringgit yang masih terus menerus jatuh, dengan keadaan pelaburan asing yang kurang, peluang pekerjaan seakan menjadi semakin sukar. Secara umumnya, saya berpendapat yang peluang kerja masih banyak tetapi perkembangan peluang kekosongan itu berkembang dengan perlahan.
Saya sebagai salah seorang yang bekerja dalam sektor swasta sangat terlihat akan perkembangan kaitan antara ekonomi dengan peluang kerja semasa. Kalau 6 tahun lepas, saya mampu membuat kerja lebih masa iaitu overtime (OT) sebanyak 14 (11 jam sehari) hari dalam sebulan, dan selepas itu turun menjadi 9 hari dalam sebulan. Dan sejak awal tahun ini, ianya terus menurun menjadi 6 hari sahaja dalam sebulan. Langsung tiada tanda akan kembali meningkat akan tetapi beban kerja tetap sama.
Pilihan Kerja Dan Peringatan Masa Depan
Apakah maksud yang saya cuba sampaikan kepada anda? Ianya adalah petanda ekonomi di Malaysia tidaklah begitu bagus untuk pelabur asing. Pelabur asing yang memberikan kerja kepada rakyat Malaysia mencari cara untuk kekal berdaya saing dengan memotong mana mana lebihan perbelanjaan. Dan sudah tentu pilihan kerja dalam sektor swasta terpaksa menggunakan cara memotong jumlah hari OT sebagai cara mengurangkan kos tetapi beban kerja tetap sama. Mudah cerita, kalau dulu anda boleh buat pendapatan RM3500 sebulan, kini RM2500 sebulan pun susah untuk anda dapat.
Perkara penting dalam perkara pilihan kerja itu bukanlah tentang berapa besar gaji anda. Tetapi berapakah besarkah persediaan anda untuk menghadapi masa masa akan datang. Kepada anda yang baru graduan dari Universiti pasti tidak faham akan perkara ini kerana anda masih belum lalui dan “rasa” perkembangan yang saya ceritakan ini.
Cuma nasihat saya, jika anda baru mula bekerja, jangan lalai dan bazir dengan wang yang anda ada. Simpan dan laburlah ke tempat yang betul. Kalau perlu labur dalam instrument kewangan sah seperti Public Mutual dan juga membeli rumah dari sekarang. Kalau anda ada pilihan kerja untuk bekerja sendiri, maka bekerja dan buka lah bisnes. Anda bakal membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Ini lebih baik. Tidak kira samada anda kerja kerajaan, swasta atau sendiri. Beringat dan bersedia lebih awal adalah lebih baik.
2 Comments
untuk yang bekerja dengan majikan, harini, kena ada sekurang kurangnya 2 pendapatan backup. satu je pendapatan backup tak cukup.
Nasihat saya , tak kira kerja kerajaan atau swasta buatlah part time juga dan usahakan part time tu macam kerja full time.Kerja sendiri lebih seronok dan kurang stress. Dulu kerja selalu ambik mc, kerja sendiri nak mc pun kalau boleh tak nak mc.