Sebenarnya semasa saya mula mula hendak membeli mainan “Dancing Cactus” lebih kepada mahu seronok seronok sahaja. Tujuan belian adalah untuk anak. Sebab perasan yang anak sukakan muzik lagu lagu. Oleh kerana alat mainan anak di rumah yang berunsurkan muzik lagu lagu kebanyakkannya sudah rosak, jadi mainan kaktus menari seperti ini nampak menarik dan kena dengan apa yang saya mahukan iaitu ada lagu dan ada aktiviti patung (kaktus) sedang menari. Itu sahaja tujuan asal saya beli.
Mainan kaktus menari ini mempunyai butang untuk ditekan dan akan memainkan banyak lagu lagu pendek. Cumanya fungsi yang utama adalah bercakap dengan kaktus tersebut. Bila kita bercakap, mainan kaktus tersebut akan merakam percakapan kita dan akan dimainkan semula percakapan kita dalam suara kartun. Menarik bukan? Tetapi tempoh merakam suara adalah pendek sahaja. Ianya sesuai untuk budak budak kerana mereka bukan cakap panjang panjang pun. Hanya sebut pendek pendek seperti aaaa, oooo, uuu, hahahha, ayahhh, maamaa dan sebagainya.
Beli Alat Mainan Dancing Cactus
Anak saya yang berumur 1 tahun 9 bulan sedikit lewat bercakap. Masih belum mampu menuturkan perkataan bermakna 2 patah perkataan. Lebih banyak memberikan syarat kepada kami ibu bapa dengan menarik tangan dan tunjuk sahaja. Seperti mahu susu, tarik tangan saya dan bawa ke bekas susu tepung, maka fahamlah saya yang anak saya hendak minum susu. Tarik tangan saya ke TV dan fahamlah saya yang dia hendak tonton tv. Kurang bercakap. Berasa bimbang pula kalau anak termasuk dalam kategori “speech delay”.
Akan tetapi lain pula jadi untuk anak saya. Bagi saya mainan dancing cactus memberikan kesan yang positif. Bila dia hendak cactus bergerak, dia akan terpaksa bercakap. Dia akan bercakap seperti “wahhh”, dan kaktus menari sambil berbunyi “wahhh” dan bergerak sebentar. Pergerakkan mainan kaktus sambil mengulang bunyi sebutan kita membuatkan anak seperti seronok untuk bercakap. Jadi anak pun akan cuba berulang ulang cakap dengan bunyi sebutan yang berbeza hanya kerana mahu kaktus mainan tersebut bergerak dan bercakap.
Tidakkah ini menarik? Saya setuju kita selaku ibu bapa kena banyak bercakap dengan anak kita supaya mereka ada rasa hendak bercakap. Cumanya alat mainan seperti ini boleh menjadi alat bantuan tambahan untuk anak kita menurut saya. Benda menarik, akan membuatkan anak kecil berminat hendak tahu dan tiru. Kami sebagai emak ayah bercakap dengan dancing cactus dan kaktus bergerak telah membuatkan anak berminat hendak meniru. Meniru dalam benda yang bagus iaitu bercakap. Bagi saya mainan seperti ini mampu merangsang percakapan anak kita. Setuju?
Website Beli Cactus Talking Dancing Online
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Teringat yang sebelum ini ada sahaja mainan yang seakan serupa fungsinya iaitu Talking Tom Cat. Lihat gambar di atas ini. Ianya adalah alat mainan yang boleh merakam percakapan dan mengulang semula percakapan kita. Akan tetapi mainan patung kucing Tom Cat ini tidak bergerak. Berbeza dengan alat mainan dancing cactus, ianya mengulang percakapan kita sambil bergerak seolah olah menari. Jadi itulah dia kelebihan cactus dancing ini.
Di mana hendak beli alat mainan kaktus menari ini. Anda boleh dapatkan melalui internet dengan klik link di atas ini. Anda buat carian kata kunci keyword seperti “Dancing Cactus”. Ianya akan memaparkan sangat banyak penjual yang menjual mainan kaktus ini. Harga dalam lingkungan RM40-RM50 tidak termasuk kos pos. Ada yang versi lama dan versi baharu yang ada lebih banyak muzik lagu. Sekali lagi saya ulang, saya suka dengan alat permainan ini sekarang kerana ianya boleh melatih anak saya untuk mula bercakap. Terbaik.