Baru baru ini ketika memandikan dan menyiapkan anak saya yang berumur 4 tahun untuk ke sekolah. Saya memang nampak bintik bintik pada tubuh badan anak. Tetapi sangat sedikit lah. Selepas hantar anak ke sekolah dan pada waktu tengah hari, sekolah memaklumkan kepada saya yang anak saya terkena demam campak dan perlu diambil segera bawa balik ke rumah. Saya memang tidak sangka dan terfikir pun bintik tersebut adalah demam campak. Maklumlah ianya adalah pertama kali kena pada anak.
Ketika saya ambil anak dari sekolah pada waktu tengah hari, memang bintik bintik chicken pox telah naik pada muka, tangan dan badan dengan ketara. Maklumlah penyakit ini adalah dari jenis penyakit yang mudah berjangkit. Kalau ada mana mana pelajar yang terkena, memang kena cepat cepat balik rumah dan kuarantin bagi mengelak pelajar lain pun dijangkiti. Saya terus bawa ke farmasi untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan berkenaan penyakit tersebut.
Ubat Demam Campak Chicken Pox
Saya tidak bawa ke klinik ya kerana anak saya tidak demam dan sebagainya. Masih sihat dan ceria seperti biasa. Saya ke farmasi bertanya tentang persediaan ubat yang saya perlukan untuk anak saya kuarantin di rumah. Staff farmasi memberitahu yang saya perlu sediakan ubat demam, batuk, selsema jika gejala demam, batuk dan selsema berlaku. Jadi perlu beri ubatlah. Dan yang paling penting, masalah chicken pox ini sebenarnya memerlukan 2 ubat sahaja iaitu ubat calamine dan ubat antibiotik sahaja. Kenapa?
Sekolah anak saya ada meminta surat kuarantin anak di rumah. Saya tanyakan adakah ianya wajib dan perlu ada surat kerana anak saya tidak ke mana mana dan hanya duduk di rumah sampai sembuh. Rupa rupanya ianya adalah perlu sebagai surat menandakan anak saya tidak hadir ke sekolah kerana demam campak dan juga bukti anak saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh hadir ke sekolah. Maknanya kena ada 2 surat. Surat yang pertama adalah surat kuarantin dan surat yang kedua pula adalah menyatakan anak saya sihat sepenuhnya dari penyakit chickenpox. Harap maklum ya.
Penyakit demam campak akan menunjukkan gejala bintik bintik akan yang naik pada tubuh badan. Dan bintik tersebut akan berair dan pecah. Elakkan memecahkan bintik tersebut dengan sengaja kerana air tersebut adalah virus yang mudah menjangkiti orang lain yang belum pernah terkena demam campak. Dan lubang dari air yang pecah mungkin terkena jangkitan kuman dan menyebabkan kegatalan yang akan menyebabkan anak menggaru.
Ubat Calamine adalah untuk mengurangkan kegatalan pada kulit. Ianya adalah ubat sapu. Dan ubat antibiotik pula adalah untuk mengelakkan bekas lubang dari air yang pecah dari demam campak mengakibatkan jangkitan kuman. Sebab tahap keseriusan setiap orang yang terkena chicken pox tidak sama. Ada yang kena secara sederhana dan ada yang kena teruk. Kita bimbang yang teruk. Seluruh badan kena sampai masuk mulut dan telinga. Siap bernanah kalau terlalu teruk. Jadi ubat antibiotik itu penting.
Sebenarnya demam campak (chickenpox) ini ubatnya adalah antibodi tubuh badan kita sahaja. Cumanya 2 ubat seperti calamine dan antibiotik adalah sebagai ubat bantuan sahaja. Yang pertama untuk kurangkan rasa gatal dan yang kedua adalah untuk membunuh bakteria. Biasanya demam campak akan pulih dalam masa 2 minggu sahaja.
Beli Ubat Calamine & Lotion Semambu Online
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Macam mana hendak baik demam campak dengan cepat? Kurangkan berpeluh. Kerap sapu ubat calamine dan makan ubat antibiotik. Jangan menggaru sampai pecah biktik air bisa chickenpox. Cara tradisional sapukan bedak sejuk dengan daum cermai atau baring di atas daun semambu yang telah dialaskan dengan kain. Cara moden, beli sahaja ubat sapu lotion semambu online, mudah dan cepat. Boleh cuba ikhtiar.
xxxxxxxxxxxxxx
Kawan ada tanya kepada saya anak saya kena demam campak yang mana. Saya tiba tiba jadi konfius. Ada demam campak versi berbeza kah? Katanya yang jenis berat iaitu berlubang dan gatal. Yang kedua pula adalah demam campak jenis yang ringan iaitu seperti ruam sahaja. Anak saya dari jenis pertama. Saya harap tidaklah sampai berat seperti terlalu gatal dan sampai bernanah. Harap semuanya ok sahaja. Namun pendapat ini hanyalah pendapat saya sahaja dari saya sebagai seorang bapa yang pertama kali menangani masalah anak yang kena demam campak. BYE!!!.