Semalam saya mendapat pertanyaan tentang apa itu public mutual. Saya tahu, pertanyaan sebegini sebenarnya menunjukkan sebenarnya masih ramai diluar sana yang tidak tahu tentang pelaburan yang sah yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Dan apabila kurangnya kesedaran, maka kuranglah yang tahu tentang peluang peluang simpanan jangka panjang selain dari pencen dan juga KWSP. Bila kata apakah simpanan waktu tua nanti. Ramai menjawab pencen dan juga kwsp. Bagi saya ini menyedihkan.
Bagi yang mempunyai skim pencen boleh dikatakan bertuah. Saya tidak katakan ianya cukup tetapi paling kurang ada “bantuan” di hari tua. Bagaimana dengan pekerja swasta? Hanya mengharapkan simpanan kwsp sahaja. Dan mengikut statistik dari pihak kwsp sendiri, majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi. Dan lebih sedih, wang simpanan kwsp akan habis dalam masa 5 – 10 tahun sahaja. Bagaimana dengan hari hari selepas itu?
Penerangan Ringkas Tentang Public Mutual
Mari saya buat kiraan ringkas tentang kwsp sebelum saya bercerita mengenai apa itu public mutual. Majoriti pekerja dengan gaji bawah RM1500 sebulan selepas bersara nanti tidak mempunyai simpanan kwsp sebanyak RM100K pun. Dan katakan anda mempunyai simpanan kwsp RM100K selepas bersara nanti. Sebulan kos untuk hidup hari tua anda habis sebanyak RM1500 sebulan. Dengan penggunaan sara hidup RM1500 sebulan. Wang kwsp anda sebanyak RM100K akan habis dalam tempoh 5 tahun lebih sahaja. Inilah realitinya.
Apabila anda sedar yang simpanan kwsp anda tidak akan cukup pada hari tua nanti. Maka dari sekarang mahu tidak mahu anda kena cari duit tambahan. Salah satu cara dengan membuat pelaburan untuk menggandakan wang anda. Salah satu pelaburan yang sah dan dalam kategori risiko sederhana adalah public mutual. Public mutual adalah satu skim pelaburan yang akan membeli unit unit amanah. Dan kebiasaannya secara purata ianya memberikan pulangan keuntungan sebanyak 10% tahunan.
Jika pulangan diberikan sebanyak 10% tahunan. Maka sudah tentu dalam masa 10 tahun pun sudah 100% iaitu sekali ganda dari apa yang anda laburkan. Bukankah ini cukup bagus? Untuk anda faham lebih lanjut berkenaan public mutual ini, ada baiknya anda telefon sahaja dengan agen public mutual untuk maklumat lanjut. Atau anda baca buku “unit trust” yang saya kongsikan dengan anda di bawah ini. Saya harap penulisan ringkas ini memberikan sedikit kesedaran kepada anda tentang pentingnya membuat simpanan awal selain kwsp untuk hari tua anda. Bye