Sebelum ini saya pernah berkongsikan artikel yang berkaitan dengan Isu Management Fee Quantum Metal. Anda boleh klik dan baca. Di ringkaskan, isu tersebut viral berkenaan syarikat Quantum Metal mudah mudah menjana pendapatan sebanyak 31.5% dari modal pelaburan ahli sedangkan ramai ahli yang rugi pelaburan mereka selepas 1 tahun. Dan isu ini diburukkan lagi dengan skandal wang hasil profit yang biasanya dapat dalam 5 hari bekerja telah diperpanjangkan selama 20 hari bekerja dan lebih. Jadi ramailah yang cuba mencari alasan disebalik kelewatan pembayaran keuntungan dan pembongkaran yang QM ini adalah sebuah skim ponzi aka SCAM!!!.
Untuk pengetahuan anda, program Quantum Metal menawarkan 3 program emas digital yang utama. Yang pertama adalah program jual beli emas melalui Akaun GSA. Yang kedua adalah program pajak emas online melalui Akaun GCA. Dan yang ketiga adalah program penggandaan modal pembelian emas melalui Akaun GAE. Yang menjadi isu sekarang adalah dari akaun GAE ini iaitu pakej menggandakan pelaburan modal pembelian emas sebanyak 10X ganda. Jom kita lihat spesifikasi pakej tersebut terlebih dahulu untuk lebih faham.
Gold Asset Enhance (GAE 10X)
- Modal untuk 1 unit adalah sebanyak USD250
- Syarikat akan berikan 9 unit tambahan (USD2250)
- Total unit yang anda laburkan adalah sebanyak 10 unit (USD2500)
- Spread perbezaan harga jual beli emas adalah sebanyak 3%
- Dan kos management fee adalah sebanyak 3.5% atau bersamaan dengan USD8.75 setahun untuk 1 unit
Kenapa 10 kali ganda? Ceritanya mudah sahaja. Anda beli minima 1 unit. Syarikat Quantum Metal menawarkan pembiayaan tambahan sebanyak 9 unit. Jadi total unit pelaburan GAE anda menjadi 10 unit lah. Jelas? Faham?
Katakan tiba tiba harga emas naik. Maknanya harga emas yang anda mahu jual melebihi harga emas ketika anda beli. Maka anda sedang profitlah betul? Dan katakan 1 unit anda tiba tiba menjana keuntungan RM20. Disebabkan anda ada 10 unit, maka keuntungan anda telah menjadi RM200 lah. Jelas? Faham?
Jadi di mana syarikat Quantum Metal menjana keuntungan? Jawapannya adalah dari CAS MANAGEMENT FEE!!!. Cas management fee adalah sebanyak 3.5% setahun terhadap pinjaman pembiayaan. Berapa unit yang Quantum Metal berikan dari 1 unit (modal) anda? QM berikan 9 unit tambahan betul? Iaitu bernilai USD2250. Jadi cas 3.5% setahun terhadap USD2250 adalah bernilai USD78.75 setahun. Jadi di mana isunya?
Isunya adalah apabila anda membandingkan cas management fee terhadap modal anda. Anda bandingkan cas USD78.75 terhadap modal anda iaitu USD250. Maka anda akan sedar seolah olah anda kena bayar 31.5% setahun sebagai cas bagi pembelian pinjaman pembiayaan tersebut. Kalau selepas setahun masih tidak untung, maka cas USD78.75 ini akan burn iaitu hangus. Jadi anda akan rasa yang anda rugi 31.5% setahun kalau emas tidak untung.
Tapi tahukah anda, cas USD78.75 adalah terhadap pembiayaan yang diberikan iaitu USD2250. Kalau anda kira semula, ianya sebenarnya MEMANG 3.5% setahun pun dan bukannya 31.5% setahun. Tetapi saya faham akan tujuan posting yang viral di media sosial tersebut. Dan saya bersetuju dengan logik yang diberikan 100%. Kenapa? Cuba bayangkan, kalaulah selepas setahun, harga emas tidak melebihi harga emas ketika anda beli, maka anda belum untung ketika menjual. Dengan kata lain, bayaran management fee USD78.75 akan dikira hangus. Dengan kata lain, ia ibarat seolah olah di dalam kes ini, anda akan rugi dan QM tetap untung. Ya memang betul pun!!!.
Persoalan. Adakah apa yang QM buat ini salah? Jawapannya adalah tidak. Quantum Metal hanya menyediakan platform sahaja. Cas yang dikenakan adalah munasabah sahaja. Macam mana mana syarikat yang menyediakan servis. Kita guna servis mereka, kita wajib bayar dari servis yang mereka tawarkan. Tidak ada salah pun. Kita rugi atau untung, bukan salah syarikat. Kitalah yang membuat keputusan ketika membeli. Betul?
Contoh. Anda pergi bank untuk buat personal loan. Tujuan anda mahu guna buat pelaburan saham. Bank pun kenakan interest sebanyak 3.5% setahun. Pelaburan saham anda selepas 1 bulan telah rugi 100%. Adakah salah bank? Sudah tentu tidak bukan? Bank hanya mahukan modal pinjaman yang diberikan termasuk interest yang dikenakan. Itu sahaja. Anda rugi atau untung tidak ada kaitan dengan bank pun. Sama jugalah halnya dengan program GAE Quantum Metal ini. Pakej pelaburan GAE hanyalah sebuah platform sahaja.
Saya adalah salah seorang yang menentang mana mana individu yang berminat untuk melabur program GAE ini. Jujur memang saya berbuat begitu 100% walaupun saya memang buat duit dengan Quantum Metal sebagai Introducer. Kenapa? Kerana bagi saya, anda mahu jual beli emas silakan. Anda mahu backup gaji anda dengan emas, silakan. Tetapi bila masuk melabur dalam GAE, saya memang sangat tegas. Saya ada sebab kenapa buat begitu. Saya bukan buat macam ini sekarang tetapi sudah sejak dari awal saya menyertai QM.
Kelayakkan Sebelum Melabur GAE10X
- Anda kena tahu fundamental pergerakkan harga emas
- Tahu baca pergerakkan chart graf harga emas dunia XAU/USD
- Tahu tentang support and resistance
- Tahu kenapa boleh untung dan kenapa boleh rugi
- Tahu risiko leverage
- Ada buying power (modal)
- Sanggup menunggu (masa)
Kriteria di atas ini adalah kriteria yang saya letakkan sendiri bagi mana mana individu yang mahu melabur di dalam GAE Quantum Metal. Saya jujur tidak suka anda membeli GAE tanpa ada ilmu ilmu di atas ini. Anda tidak sabar, anda akan salahkan saya. Anda berasa rugi, anda salahkan saya. Anda tidak faham, anda salahkan saya. Saya lebih suka anda masuk GAE kerana anda faham. Kalau tidak faham asas ini, bagi saya anda tidak layak. Saya lebih rela anda beli GAE10X dengan modal besar tetapi berada di bawah referral dealer yang lain. Jujur. Ini adalah saya!!!.
Sebenarnya nama asal akaun Gold Asset Enhance (GAE) adalah Gold Leverage Account (GLA). Tujuan leverage biasanya adalah untuk menggandakan. Sistem leverage ini biasanya sangat popular di dalam pasaran forex. Sebab itulah ramai yang buat profit di dalam forex. Dan dalam forex, leverage ini sangat tinggi risiko. Anda boleh untung dengan besar dan cepat. Dan dalam masa yang sama anda boleh rugi dengan besar dan cepat. Cumanya di dalam program leverage Quantum Metal ini, risikonya diminima dengan cara tidak ada margin call (MC) dan anda tidak akan hangus modal anda. Cumanya kalau masih belum untung, anda terpaksa membayar yuran management fee 3.5% setahun iaitu USd78.75 setahun untuk 1 unit GAE.
Sebab itulah saya lebih suka kalau anda kurangkan risiko tersebut dengan melabur di dalam pakej GAE 5X Quantum Metal. Bukan tiada risiko tetapi kurang berisiko. Kalau anda tetap mahu melabur di dalam GAE tetapi mahu yang kurang risiko, maka GAE5X bagi saya adalah pilihan terbaik.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Masing masing ada pandangan masing masing. Namun kita terpaksa bersetuju satu perkara. Selagi syarikat yang kita sertai itu bukan syarikat dan kendalian kita sendiri. Maka kita tidak ada kepastian samada program tersebut bakal bertahan lama atau ianya sebuah scam ponzi skim cepat kaya. Dengan kata lain, jika kita mahu buat apa apa pelaburan pun, sila pastikan anda faham risk & reward yang ditawarkan. Dan anda mesti faham tentang pengurusan kewangan yang baik. Sila belajar bagaimana mahu pelbagaikan simpanan dan pelaburan anda supaya anda termasuk di dalam kalangan yang bijak mengurus wang. Harap maklum!!!.