Kalau anda terbiasa masuk ke dalam Facebook group kereta dari mana mana seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan dan sebagainya. Pasti akan ada banyak komen dan pertanyaan macam mana hendak mudah lulus loan untuk membeli kereta. Ada yang bergaji rendah cuma RM1500 sebulan. Ada yang tidak layak sebab ada rekod pembayaran loan yang tidak cantik seperti ctos dan ccris. Ada yang ada masalah tidak ada kemampuan untuk menyediakan duit muka iaitu deposit dan sebagainya. Jadi ada atau tidak cara untuk beli kereta terpakai yang loan senang lulus? Jawapannya adalah ya ada. Macam mana? Jom saya ceritakan.
Pertama sekali, saya bukan pemilik (owner) kedai kereta yang menjual kereta. Saya adalah ejen penjual kereta secara online. Kami adalah agent kepada company yang menjual kereta terpakai iaitu kereta second hand yang melakukan promosi marketing secara online. Cumanya sebagai ejen, saya bertanggungjawab untuk menyediakan info yang anda mahukan dan menjadi orang tengah kepada syarikat kereta terpakai untuk submit dokumen yang diperlukan. Harap anda faham hal ini terlebih dahulu ya.
Panduan Beli Kereta Second Hand Senang Lulus Loan
KES 1 (Gaji) – Syarikat penjual kereta terpakai ini menawarkan pembelian kereta second hand di kedai mereka dengan minima gaji antara RM1500 – RM2500. Untuk rekod bank, gaji bersih untuk memohon loan kereta di bank mestilah minima RM2500 ke atas dan wang muka sebanyak 10% perlu diberikan. Isunya ramai pelanggan (customer) yang mahu beli kereta terpakai tetapi tidak berjaya submit lulus loan. Jika anda ada masalah seperti ini, kedai kereta terpakai ABC ini boleh cuba membantu anda.
KES 2 (Umur) – Rata rata penjual kenderaan memang meletakkan syarat bagi pembeli kereta mestilah berumur 20 tahun dan ke atas.
KES 3 (Wang Muka) – Kadang kala ada di antara customer yang tidak mampu menyediakan wang muka iaitu wang pendahuluan atau selalu kita sebut sebagai downpayment. Biasanya kalau beli kereta, memang kedai akan minta wang deposit iaitu downpayment 10% dari harga kereta yang ingin kita beli. Tetapi kedai kereta terpakai ABC ini zero downpayment untuk anda yang clear nama dari blacklist.
KES 4 (Blacklist) – Nama anda di senarai hitam iaitu blacklist. Kepada anda yang mahu beli kereta terpakai ya dan nama tidak clear, anda terpaksa berikan deposit sebanyak 10% dan mesti kena ada seorang penjamin untuk dapatkan kereta.
Kes 5 (Guarantor) – Ada sesetengah keadaan memang memerlukan anda selaku pembeli kereta memberikan nama penjamin. Kenapa kena ada penjamin? Mungkin kerana anda baru sahaja kerja atau anda belum pernah ada apa apa loan dengan pihak bank. Atau kemampuan anda untuk mendapatkan kereta tertentu sedikit lebih mahal dari kemampuan kewangan anda. Jadi memang penjual kereta iaitu pihak bank memerlukan anda menyediakan guarentor iaitu penjamin bagi pihak anda. Jika anda ada masalah seperti ini, jangan bimbang, kedai kereta terpakai ABC ini boleh cuba membantu anda.
Kes 6 (Lesen) – Sebagai pembeli kereta, anda wajib kena ada lesen. Adalah tidak logik untuk pihak bank berikan pinjaman kepada anda yang mahu beli kereta tetapi tidak ada lesen memandu. Jangan bimbang, kedai kereta terpakai ABC membenarkan anda untuk beli kereta terpakai dari syarikat mereka dengan syarat minima anda harus kena ada Lesen L. Dan untuk yang tidak ada lesen juga boleh dengan syarat nama anda mestilah clear iaitu tidak blacklist.
Kes 7 (Ctos/Ccris) – biasanya kalau rekod kredit ctos anda tidak baik dan rekod pembayaran loan bank iaitu ccris anda tidak cantik, memang susah hendak submit dan lulus loan. Tetapi di kedai kereta terpakai ABC ini anda boleh cuba apply. Tidak berjaya tidak mengapa, tetapi anda ada peluang untuk cuba apply submit loan kereta. Submit loan dan tengok samada lulus atau tidak.
Kes 8 (Loan) – proses yang pertama adalah, syarikat kereta terpakai akan submit permohonan loan kereta anda kepada bank. Jika tidak lulus, anda diberikan pilihan untuk mendapatkan pinjaman kenderaan melalui agensi loan kredit seperti AEON Credit, Tan Chong Capital atau ELK.
Borang Permohonan Beli Kereta Terpakai
- Nama Penuh :
- Nombor I/C :
- Nombor Telefon :
- Email :
- Taraf Perkahwinan :
- Nama Rujukan 1 (Keluarga)
- Nama :
- Alamat :
- Nombor Telefon :
- Relationship :
- Nama Rujukan 2 (Adik Beradik)
- Nama :
- Alamat :
- Nombor Telefon :
- Relationship :
- Nama Rujukan 3 (Kawan)
- Nama :
- Alamat :
- Nombor Telefon :
- Relationship :
- Alamat (Kediaman Sekarang) :
- Rumah sendiri/Ibu Bapa/Saudara/Sewa/Syarikat
- Tempoh menetap :
- Nama Tempat Kerja :
- Alamat Tempat Kerja :
- Tempoh Bekerja :
- Nombor Pejabat Office/Company :
- Nama Bank dan Nombor Akaun :
- Jenis Kereta :
- Auto @ Manual :
Dokumen Yang Diperlukan
- Pekerja Swasta
- IC depan belakang
- Lesen depan belakang
- Slip gaji 3 bulan
- Bank statement 3 bulan
- ‘EPF statement 2 tahun terkini
- Surat pengesahan bekerja
- Bil api & air rumah anda
- Pekerja Kerajaan
- IC depan belakang
- Lesen depan belakang
- Slip gaji 3 bulan
- Bank statement 3 bulan
- Bil api & air rumah anda
- Bekerja Sendiri
- IC depan belakang
- Lesen depan belakang
- SSM (Borang A & D) untuk enterprise. SSM (Borang 9, 24, 44, 49 dan borang M@A) untuk Sdn Bhd
- Bank statement company 6 bulan yang latest
- Bekerja Singapore
- IC depan belakang
- Lesen depan belakang
- Work permit depan belakang
- Slip gaji 3 bulan
- Bank statement 3 bulan
- Surat pengesahan bekerja
- Bil api & air rumah anda
Masalah yang paling biasa yang dihadapi oleh pembeli kereta adalah masalah tidak ada duit muka (deposit/downpaymen) dan tidak lulus loan kereta di bank. Ini adalah masalah yang paling biasa. Ada sesetengah kedai kereta terpakai menawarkan bantuan untuk memudahkan agar permohonan loan kereta anda lepas dan lulus. Dan syarikat kereta ABC ini adalah salah satu syarikat yang menawarkan fasiliti flexsibiliti ini.
Saya tidak mahu memberitahu nama kedai ini. Cukup saya berikan nama kedai yang menjual kereta terpakai ini sebagai kedai ABC. Cumanya saya boleh beritahu anda yang kedai ini terletak di selangor dan ada banyak stok kereta. Prosesnya anda pilih kereta yang anda mahukan. Anda submit loan anda terlebih dahulu. Kalau lulus baru anda datang ke kedai untuk melihat kereta tersebut. Selepas anda berpuas hati, anda baru sign loan tersebut dan boleh terus bawa balik ke rumah. Kalau tidak puas hati, tidak perlu sign loan agreement kereta dan boleh lihat kereta yang lain pula kalau berminat.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta terpakai dan submit dokumen untuk loan bank
Akhir sekali. Saya adalah ejen yang menjual kereta terpakai secara online. Jadi segala urusan untuk submit dokumen memang melalui saya iaitu melalui Whatsapp dan juga email. Anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.