Saya tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan GCA Quantum Metal. Anda boleh baca artikel berkenaan GCA di artikel ini iaitu Gold Convert Account di sini. Harap anda baca dahulu ya. Kisahnya semalam rakan sekerja saya yang kerja sebagai engineer datang kepada kami atas satu satu urusan dan sambil berbual kosong. Antara soalan saya kepada beliau adalah, adakah beliau sudah tahu dan pernah dengar tentang Quantum Metal. Jawapannya adalah ya. Dan saya tanyakan lagi, adakah beliau sudah join Quantum Metal. Jawapannya adalah Ya.
Tahniah buat beliau kerana sudah sertai program emas Quantum Metal dan beliau pun baru sahaja register dalam 1 bulan sahaja. Soalan berikut yang saya tanya adalah apa sebab dan tujuan beliau bersetuju untuk mendaftar dengan Quantum Metal. Jawapan beliau adalah kerana adanya fasiliti GCA Quantum Metal. Wah terbaik. Kerana ini adalah salah satu sebab utama saya join dan sertai Quantum Metal sebelum ini. Dan orang pertama dan terdekat yang saya ajak buat adalah isteri saya sendiri. Kenapa?
Buat GCA Quantum Metal
Jujur cakap, sebenarnya susah hendak ajak orang untuk buat GCA dengan Quantum Metal. Alasan yang saya selalu terima adalah tidak ada duit, tidak cukup duit, tidak berminat dan duit yang ada pun cuma “paras paras” sahaja. Sebenarnya saya sendiri keliru dengan jawapan tersebut. Entahlah samada kerana kurang yakin dengan Quantum Metal atau sebenarnya mereka masih tidak faham. Kita boleh terima kalau mereka faham dan masih tidak berminat. Itu adalah pilihan masing masing. Tetapi bila bagi jawapan tidak ada duit, itu macam jawapan yang tidak selari dengan soalan. Kenapa?
Kalau kita ajak orang beli barang, masuk insurans, membuat pelaburan, buat simpanan atau BELI EMAS, kita faham yang mereka mungkin tidak ada duit. Tetapi GCA Quantum Metal bukan kena beli barang dan habis duit pada produk barangan tersebut. GCA adalah proses PAJAK EMAS ONLINE. Maknanya, anda beli emas dengan duit anda, kemudian pajak emas tersebut kembali dan anda dapat duit anda semula. Di sinilah sebab kenapa saya tidak faham dengan jawapan TAK ADA DUIT tersebut! Di mana yang anda rugi?
Seperti yang saya tuliskan di atas tadi, saya tidak mahu bercerita lanjut berkenaan GCA Quantum Metal. Anda boleh baca artikel yang telah saya tulis panjang lebar sebelum ini pada link yang telah saya kongsikan sebelum ini. Di artikel ini saya lebih mahu anda faham sebab kenapa kita kena buat GCA di dalam Quantum Metal dan kelebihan yang anda dapat menggunakan teknik ini. Harap maklum ya.
Dalam Quantum Metal, kita mahu tukarkan BELANJA HANGUS anda kepada simpanan emas. Macam mana tu? Katakan setiap bulan anda kena bayar yuran sekolah anak anda, bayar kereta, bayar rumah, bayar loan, bayar kredit kad, bayar bil elektrik, bayar bil air, bayar bil telefon, belanja barang basah dan kering dapur dan sebagainya. Ini semua kita sebut sebagai belanja hangus. Iaitu perbelanjaan bulanan yang anda memang kena keluarkan wang untuk membiayai kehidupan anda.
Cumanya di dalam Quantum Metal, kita ada kaedah untuk tukarkan belanja hangus ini kepada simpanan emas tanpa anda gagal membayar komitmen bulanan anda. Inilah sebab kita perkenalkan GCA Quantum Metal ini. Menarik? Teruskan membaca.
BELI EMAS
Katakan komitmen bulanan terbesar anda hanyalah bayar kereta dan rumah. Total dalam RM2000 sebulan. Katakan selepas gaji, anda beli emas digital di Quantum Metal dengan harga RM2000.
PAJAK EMAS
Dalam Quantum Metal, anda boleh pajak emas digital setinggi 91%. Jadi emas digital yang anda beli bernilai RM2000 anda pajakkan kembali untuk dapatkan wang sebanyak 91% x RM2000 = RM1820. Dan wang sebanyak RM1820 di transfer kembali ke dalam akaun bank anda dalam masa 1-2 hari bekerja.
BAYAR KOMITMEN BULANAN
Selepas duit sebanyak RM1820 telah masuk ke akaun anda. Barulah anda gunakan wang ini untuk bayar bulanan kereta dan rumah seperti biasa. Cuma tambah RM180 yang kurang dengan gaji anda.
Mesti akan ada yang tanya, kalau kita buat GCA Quantum Metal dan dapat kembali duit kita sebanyak 91% dari emas digital yang kita beli, di mana baki 9% emas kita? Jawapan. Sebenarnya 100% emas digital di simpan oleh Quantum Metal. Quantum Metal simpan dan pegang emas anda. Dan Quantum Metal berikan pembiayaan setinggi 91% wang kepada anda. Nanti selepas anda pulangkan semula wang 91% yang anda dapat dari Quantum Metal, anda dapatlah semula emas digital anda 100% kembali. Jadi di mana untungnya?
Mesti akan ada yang tanya buat apa buat GCA Quantum Metal untuk dapat duit 91% dari emas yang kita beli. Nanti duit 91% yang kita dapat kita tidak mampu bayar balik dan emas pun tak dapa. Jadi rugilah sebab dapat duit cuma 91% dari emas yang kita beli.
Jawapannya mudah. Tujuan Quantum Metal perkenalkan akaun GCA adalah untuk memberikan anda teknik untuk buat duit dengan emas. Macam mana? Jom lihat kiraan ringkas di bawah ini.,
Beli Emas Selama 1 Tahun
- Beli emas digital sebanyak RM2000 sebulan.
- Dapat emas sebanyak 6.66 gram ketika nilai pasaran semasa emas bernilai RM300 untuk 1 gram
- Selepas setahun (12 bulan), jumlah emas yang berjaya dibeli dan dikumpul adalah sebanyak 6.66 gram x 12 bulan = 79.92 gram emas
- Pada ketika ini, nilai 79.92 gram emas anda bernilai RM300 x 79.92 gram = RM23976
Pajak Emas Selama 1 Tahun
- Setiap bulan pajak kembali emas digital yang berharga RM2000 untuk dapatkan 91% cash wang tunai kembali yang bernilai RM2000 x 91% = RM1820
- Dengan kata lain anda setiap bulan berhutang dengan Quantum Metal sebanyak RM1820
- Selepas setahun (12 bulan) jumlah hutang anda adalah sebanyak RM1820 x 12 bulan = RM21840
Keuntungan Jika Emas Naik
- Katakan selepas 1 tahun, tiba tiba harga emas naik. Dari RM300 untuk 1 gram telah menjadi RM330 untuk 1 gram.
- Dengan kata lain, nilai emas digital anda yang sebanyak 79.92 gram telah menjadi RM330 x 79.92 gram = RM26373.6
- Anda memilih untuk jual KE SEMUA EMAS DIGITAL anda dan anda dapat wang tunai sebanyak RM26373.6
- Gunakan wang sebanyak 26373.6 untuk bayar KE SEMUA HUTANG anda dengan Quantum Metal
- Jumlah hutang anda ketika buat pajak adalah RM21840
- KEUNTUNGAN BERSIH ADALAH = RM26373.6 – RM21840 = RM4533.6
Apa yang anda nampak? Dengan menggunakan teknik pajak GCA Quantum Metal, anda telah berjaya membuat untung bersih sebanyak RM4533.60 dalam masa 1 tahun dengan syarat harga emas naik melebihi harga emas ketika anda beli. Harap jelas ya.
Cara Daftar/Register Dan Setup Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar dan login.
- sila pastikan anda telah selesaikan perkara di bawah sebelum boleh mula membeli, menjual dan melabur emas di bahagian User Settings.
- Sila pastikan anda isikan maklumat akaun bank TERMASUK upload snapshot bank statement yang tertera logo bank, nama anda dan juga nombor akaun bank anda.
- Sila upload KYC iaitu upload snapshot gambar depan belakang ic kad pengenalan anda.
- Hanya selepas disahkan, baru anda boleh melakukan apa apa transaksi.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara beli emas dan cara pajak emas dalam Quantum Metal ya. Saya akan bimbing anda.
Apa yang Quantum Metal hendak sampaikan adalah, fasiliti GCA Quantum Metal ini memberikan peluang kepada anda untuk membeli emas tanpa menyebabkan anda untuk gagal membayar kos kos bayaran komitmen bulanan anda seperti biasa. Bayangkan anda bayar bil komitmen bulanan anda bertahun tahun dan anda tidak dapat apa apa. Dan bayangkan anda buat GCA Quantum Metal bertahun tahun tanpa gagal. Berapa pula potensi keuntungan yang boleh anda jana? Berbaloi bukan? Saya sendiri sudah buat GCA. Anda bagaimana pula. Jom daftar Quantum Metal melalui link di atas ini ya. BYE.