Selalu orang cakap beli barang murah China di China atau secara online atau melalui internet. Tetapi tajuk kita pada kali ini pelik sedikit. Iaitu beli barang China yang murah tetapi dari Malaysia. Adakah? Saya akan perkenalkan anda dengan laman web eCommerce Malaysia yang boleh anda cuba untuk membeli barang dengan harga murah. Dan saya sendiri sudah berpengalaman mencuba sendiri membeli barang dari website tersebut. Anda pernah dengar website EzBuy Malaysia?
Semalam lepas, saya telah menolong seorang rakan membeli “drawing tablet” di Aliexpress. Dan ianya telah membuatkan saya terfikir dan berminat untuk membeli tablet drawing tersebut tetapi dari jenama Wacom. Dan oleh kerana saya sendiri penah menggunakan EzBuy, maka saya buat carian di website ini. Dan kemudian saya membuat perbandingan harga dengan eCommerce popular dari Malaysia iaitu Lazada.
Hasil perbandingan harga membuatkan saya terkejut. Harga drawing tablet Wacom berharga RM310 di Aliexpress. Ianya berharga lebih mahal di Lazada Malaysia iaitu RM399. Tetapi di EzBuy, ianya hanya berharga RM211 sahaja. Kalau anda lihat perbezaan harga yang saya paparkan ini, anda rasa anda mahu beli Wacom tersebut di website yang mana? Sudah tentu baik beli di Ezbuy betul? Dan untuk pengetahuan anda, EzBuy adalah TaoBao versi Malaysia.
Dari perbandingan di atas. Dapat saya simpulkan, kalau anda hendak membeli barang dari China melalui internet, anda mungkin akan terfikir web eCommerce seperti Alibaba, AliExpress atau Taobao. Tetapi untuk lebih memudahkan urusan anda, saya menyarankan anda menggunakan website EzBuy sahaja. Mereka juga mengambil barang dari Taobao. Tetapi website mereka lebih murah untuk pengguna Malaysia kerana bahasa dalam english dan harga yang dipaparkan dalam ringgit Malaysia (RM)
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Lazada – website eCommerce online shopping paling popular di Malaysia
- 11Street – website eCommerce online shopping no-2 popular di Malaysia
- Shopee – website eCommerce online shopping no-3 popular di Malaysia
- EzBuy – website yang benar benar menjual barang dari China
Kesimpulan begini. Rasanya anda boleh tahu samada barang tersebut dari China atau tidak. Kalau barang tersebut dari atau buatan China, adalah lebih bijak dan menjimatkan wang kalau anda boleh terus beli dari website China. Dan di Malaysia, agen website China telah membina website khas untuk pengguna Malaysia. Maka lahirlah EzBuy. Jadi kalau anda adalah orang Malaysia mahu beli barang secara online di China, anda boleh mencuba di EzBuy sahaja. Selamat mencuba.